Photobucket

Friday, November 27, 2009

A Christmas Carol.


first, i just wanna say, sorry for not posting here in a very-very-very-very long time. thanks for those who still setia memposting reviews even though we know this blog dah lama tak aktif. phew~

A Christmas Carol. though christmas is still weeks away, this movie has hit the screen starting from last week, i guess. I, myself dah lama gila tak jejak kaki kat wayang so i went there with hope to see something good comes out of it.

the 3D animation, i respect. they've been using the same method as "Beowulf" which is MOTION CAPTURE to make the movements seemed very realistic. even the panggung is full house, alright! sorry if i compared this movie to "Beowulf", but i think "Beowulf" is soooo much betterr.

the storyline of A Christmas Carol was a drag. a painful drag i must say. though it is animation we're talking about, but the contents are not the slightest bit fun. at all. it's true Jim Carrey had some roles in it, and we knew that whenever he acts/plays, it always going to be fun fun fun!

but this movie is not.

it's a bit scary with ghosts floating around, with moral values stuffed in it, and plenty of sins to repent! this type of storyline is biasa-biasa jer la...ala you know, whenever festive season kan mesti ada cerita pasal keinsafan2 ni....especially film barat.

for those who don't believe in christmas, mesti ada something yang berlaku on christmas eve untuk tunjukkan yang christmas is real.

banyak sangat dah cerita macam tu di produced.

"12 Days Before Christmas", "that movie when Tim Allen had to be Santa", and many more.

Maybe i'm not celebrating it so i feel this way. maybe it's just me. pardon me then.

but all in all, this movie was boring enough, and a bit disappointing too.

btw, this movie was adapted from a book by Charles Dickens with same title. sorry but i'm not a Dickens's fan.

though Charles Dickens is a world renowned author, he must had his reasons for writing that story, i respect him for it. but when it comes to storytelling on screen, i am disappointed. it felt like i was reading a book. a boring one.

:) no offense. i haven't set foot in cinema for a very-very long time.

but the good part of this movie is (other than its animation), how Charles Dickens taught us to be grateful for what you are, and not to look down on unfortunate people around you. and how lonely we will be if we live alone and neglecting others. that's the spirit of Christmas, Dickens!

and also how Dickens portrayed roh2 manusia yang berdosa, the more we commit sins, the more chains will bind us later when we died. just like apa yang dah tertulis dalam Al Quran, hukuman yang kita menghentak kepala ke batu berkali-kali, terbakar berkali-kali, everything seperti itu Charles Dickens dah portray in his book. and he's not a Muslim.

i think that's all i can say about this movie. no more.

p/s: dah lama aku tertanya-tanya, orang Melayu Islam kita ni tak mau ke buat filem berdasarkan Al Quran? Not secara terang-terangan mcm Syurga Cinta tu, but secara halus, macam orang Barat selalu buat. Contohnya; "Evan Almighty"(pasal Nabi Nuh), "2012"(pasal kiamat), "300" (yang seakan meniru konsep perang zaman nabi dulu - tentera Islam 313 org, tentera kafir lebih ramai) dan banyak lagi sebenarnya. Kenapa orang Barat yang buat? KENAPA TIDAK KITA?

Monday, October 12, 2009

PapaDom.

mengisahkan seorang lelaki lakonan Afdlin Shauki yang bernama Saadom, mempunyai seorang isteri lakonan Norkhiriah bernama Mun dan dikurniakan seorang cahaya mata lakonan Liyana Jasmay bernama Miasara. pada awal cerita, Saadom yang merupakan seorang pengusaha nasi kandar yang terkenal kerana papadom-nya yang istimewa, lain dari yang lain, kurang mengambil berat akan anak perempuan beliau. hal ini membuatkan isterinya makan hati dengan cara saadom. sehinggalah pada satu ketika, Mun terlibat dengan kemalangan dan meninggal dunia. maka, keseoranganlah Sadom emembesar dan memberikan kasih sayang kepada Miasara. disebabkan berasa kesal dengan hal tersebut, Saadom mengambil keputusan untuk memberikan sepenuh perhatian kepada satu-satunya anak sehinggalah menjaga anaknya 24 jam dengan begitu teliti.

jalan ceritanya menarik. sebab, sejak dari zaman hitam putih lagi kebanyakan filem atau cerita berkisar tentang pengorbanan seorang ibu. pengarah mengambil kasih sayang seorang ayah kali ini sebagai paparan utama. [ayat macam assignment tetap tak hilang!]. jadi, sebaik mengetahui tema cerita ini, serta merta perkataan 'klise' hilang dari dalam kepala. betul?
cara afdlin menyampaikan cerita ini jugak agak menarik memandangkan ia mengangkat tema kasih sayang. dan, afdlin menjadikan ia sebuah filem dalam kategori komedi. sejauh mana gelak ketawa mampu mewujudkan kesedaran? tapi, PAPADOM tak gagal mewujudkan perasaan rindu pada ayah sebaik selesai menonton. bukankah itu jugak sebahagian kecil bentuk kesedaran. atau mungkin, pada mana-mana siswi yang masih menuntut akan mula memerhati tukang kebun di kolej kediaman mereka. manalah tahu kalau-kalau ayah diorang pun buat macam saadom. kan? =)

watak dan perwatakan. saya lebih berminat untuk melihat watak kecil kerana kebanyakan orang sudah go through watak-watak utama. afdlin memang seorang yang sejak dari dulu suka menggunakan nama-nama berbakat dalam kebanyakan filemnya. makanya tak hairanlah vanidah imran muncul dengan profesor balkes yang boleh dikira berapa aje scene kewujudan dia. mengambil ayat seorang rakan di ulasannya "ada apa-apa ke panggil vanida berlakon ni?". hehehe. kalau nak diikutkan, watak Que Haidar si Wajib Tayang tu pun tak sebesar mana. tapi perwatakan dia sangat selari dengan muka que. kena pada tempatnya! harun salim bachik! perwatakan dia buat saya fikir, manusia memang macam-macam sifatnya! afdlin mengeluarkan satu sisi hidup seorang yang tak seberapa tapi dia jugak nak jadi seseorang dalam sebuah cerita. hal ini dapat dilihat apabila dia mengenakan iq test kepada saadom ketika sesi temuduga saadom untuk menjadi seorang tukang kebun. bila dah diberi kuasa~
ya. afdlin shauki dan liyana jasmay deserve untuk trofi mereka.

ulasan dai sisi kecil. saya terhibur dengan hiburan yang disajikan oleh Afdlin kali ni. wujudnya kumpulan boria bukan bererti Afdlin kekeringan idea dan meniru cara orang lain berkarya. tapi ia satu sindiran manis. saya senyum meleret dengan babak tersebut. dan, saya suka apabila Afdlin mengetengahkan satu situasi yang mana si Wajib Tayang menamakan karyanya dengan nama yang dahsyat tapi isinya tiada. itu wujud!
sebaik selesai menonton, cuma satu yang terfikir di benak saya.
"no wonder papadom menang di FFM"

tarikh tayangan: 11 oktober 2009.
tempat: cathay, the curve damansara.

Thursday, August 20, 2009

sebuah kebenaran di dalam Laskar Pelangi (2008)

 

Filem Laskar Pelangi (2008) ini mengangkat tema pendidikan. Karya hasil garapan Riri Riza ini memperlihatkan sesuatu yang menarik untuk ditonton dan dihayati kerana tema pendidikan amat jarang sekali diangkat ke layar perak. Filem berlatarbelakangkan Pulau Belitong pada tahun 1974 yang mana majoriti masyarakatnya menjadi kuli di lombong timah iaitu PN Timah. Telah menjadi satu kebiasaan anak-anak muda belitong akan menjadi kuli dilombong ini. Namun kewujudan SD Muhammadiah yang berdekatan dengan PN Timah seperti tidak diendahkan masyarakat. Masyarakat di situ lebih rela membiarkan keturunannya bekerja sebagai kuli di PN Timah kerana mereka berpendapat masa depan mereka bergantung pada PN Timah. Namun semangat Pak Harfan dan Cikgu Muslimah untuk meneruskan pendidikan di SD Muhammdiah telah mendapat sokongan daripada 10 orang murid barunya. 10 orang inilah yang digelar Laskar Pelangi. Walaupun belajar serba kekurangan, mereka tetap gigih meneruskan usaha ilmu untuk memajukan anak-anak kuli PN Timah. Gaya pengarahan Riri Riza yang begitu mantap berjaya mengangkat filem ini dengan indah. Keindahan darui segi visual, penceritaan, muzik, dan kaitan antara watak-watak. Pertama kali saya menonton filem ini membuatkan saya terasa kekaguman usaha watak-watak meneruskan perjuangan menuntut ilmu. Walaupun secara realitinya tema yang diangkat nampak senang dan mudah namun pendekatan yang disampaikan oleh Riri Riza sangat hebat dan bermakna serta mempunyai maksud yang tersendiri.

Laskar Pelangi diangkat dengan caranya tersendiri. saya tertarik dengan beberapa dialog yang disampaikan. Dialognya sangat terkesan. Sangat dekat dengan masyarakat Melayu. Berfalsafah dan mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat. Setiap dialog-dialog yang disampaikan mempunyai nilai-nilai yang di dokong manusia itu sendiri. Pertamanya yang dikenal pasti ialah sifat kepimpinan manusia. Ia dapat dilihat melalui babak di mana Cikgu Muslimah memanggil anak-anak muridnya masuk ke kelas. Kucai yang dipertanggungjawabkan sebagai ketua kelas telah dimarahi Cikgu Mus kerana dikatakan gagal mengawal rakan-rakannya. Dialognya seperti berikut,

Cikgu Mus : Kucai, kau itu ketua kelas! Tugas kau itu membantu ibu membuat kawan-kawan masuk ke kelas.

Kucai : Ibu harus tau, kawan-kawan aku itu kek setan semua. Aku tak nak lagi harus begitu. Mulai sekarang aku nak berhenti jadi ketua kelas.

Cikgu Mus : Kucai, menjadi seorang pemimpin adalah tugas yang mulia.

Sahara : Al-Quran pun kata bahawa kepimpinan seseorang itu akan dipertanggungjawabkan kelak di akhirat.

Jelas dialog di atas menerangkan betapa pentingnya seorang pemimpin. Pemimpin dibentuk semasa kecil. Kaitannya ialah dengan pendidikan. Melalui pendidikan lah akan lahir seorang pemimpin. Filem ini menekankan nilai kepimpinan yang dibentuk melalui pendidikan. Untuk menjadi seorang pemimpin yang dipertanggungjawapkan dengan sesuatu, seseorang itu haruslah mempunyai nilai-nilai peribadi yang tinggi.

Secara dasarnya mesej-mesej yang disampaikan adalah rentetan daripada nilai kemanusiaan yang sudah biasa diangkat di dalam mana-mana filem. Tetapi melalui Laskar Pelangi mesej-mesej ini diangkat mengikut dimensi yang lain. Mesej pertama yang disampaikan seperti yang diterangkan sebelum ini iaitu sifat kepimpinan. Mesej kedua yang cuba disampaikan berkait dengan mesej kepimpinan iaitu kekuasaan. Bila manusia menjadi pemimpin secara automatik kekuasaan pasti dimiliki. Jadi terpulanglah bagaimana kuasa itu digunakan dengan sebaik-baiknya. Babak di mana menunjukkan mesek kekuasaan ialah di mana ketika babak Pak Harfan sedang membetulkan bangku sambil itu dia bersembang dengan Pak Jol, kawan baiknya.

Pak Jol : bagaimana caranya kalian mempertahankan sekolah ini? Biayanya? Gajinya?

Pak Harfan : Jol, sekolah ini adalah sekolah di mana pendidikan agama, pendidikan budi pekerti bukan sekadar pelengkap kurikulum. Kecerdasan dilihat bukan sekadar dari nilai-nilai, dari angka-angka itu, bukan! Tapi dari hati.

Pak Harfan : Lihat diri kau Jol, dari mana kau dapatkan rasa kepedulian itu? orang biasanya kalau terlalu nyaman punya kekuasaan, punya wang banyak, lupa diri. Mahunya tambah kekuasaan, tambah kekayaan dengan menghalalkan segala cara. Kalau perlu seluruh kekayaan negeri ini untuk keluarganya sahaja. Tapi kau tidak Jol.

Di dalam babak ini juga menunjukkan mengapa Pak Harfan masih mempertahankan sekolah ini dari terus ditutup. Kerana sekolah ini merupakan sekolah yang bukan sahaja mengajar kurikulum biasa tetapi mengajar seseorang menjadi lebih bersifat manusia. dengan kuasa dapat melakukan apa saja. Dialog Kalau perlu seluruh kekayaan negeri ini untuk keluarganya sahaja sangat sinonim dengan masyarakat Melayu tidak kira yang berada di Indonesia atau Malaysia. Sebuah realiti di mana mementingkan kerabat sendiri.

Teguhkan pendirianmu. Kalian harus punya ketekunan, harus punya keinginan yang kuat untuk mencapai cita-cita. Kalian harus punya keberanian dan pantang menyerah menghadapi tentangan macam apa. Dan ingat hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.

Pak Harfan

Dialog Pak Harfan ini merupakan dialog yang membawa maksud sebenar perjalanan sebenar filem ini. Selepas dialog ini habis diucap oleh Pak Harfan dan dia mengumumkan kelas sudah selesai, pelajar-pelajar ini mengeluarkan nada mengeluh. Tanda mereka tidak puas dengan pembelajaran ilmu yang disampaikan oleh Pak Harfan. Dialog hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya ini di ulang sebanyak dua kali. Kali kedua dialog ini diucapkan sewaktu sebelum kematian Pak Harfan secara mengejut. Ketika dialog ini diucap buat kali kedua, Pak Harfan mengucapkannya pada Ikal, Lintang, dan Mahar. Di mana ketiga-tiga mereka ini bercerita mengenai hadiah kemenangan di karnival kesenian. Setelah lima tahun mereka bersekolah, itulah hadiah penghargaan pertama yang mereka perolehi.

Semangat meneruskan perjuangan SD Muhammadiah sedikit terbantut apabila Bakri, guru ketiga SD Muhammadiah telah mendapat tawaran mengajar di sekolah lain. Pak Harfan cuba menghalang Bakrim untuk berpindah tetapi bakri tetap pendirian mahu berpindah kerana dari permulaan cerita pemaparan watak bakri ini sudah dapat dilihat dia tidak senang dan tidak ikhlas untuk mengajar di SD Muhammadiah.

Mus, pernah kau fikir kenapa Cuma satu-satunya Mus? Kerana ngak ada yang peduli Mus...

Bakri

Pada babak ini menunjukkan keikhlasan yang ada pada diri seseorang walaupun sedar kekurangan yang dirasai. Watak Bakri melambang sifat Melayu yang hipokrit, tidak mahu bersusah. Hanya melihat pada kesenangan sahaja.

Cikgu Mus : semua tak percaya anak-anak miskin punya hak untuk belajar.

Pak Harfan : yang penting kita tak boleh putus asa, tugas kita meyakini anak-anak ini bahawa meraka berani punyai cita-cita. ..

Seperti yang diperkatakan, menjadi budaya masyarakat Belitong. Mereka tidak percaya anak miskin tidak punyai hak untuk menuntut ilmu. Cikgu Mus dan Pak Harfan cuba membuktikan pandangan bakri itu silap. Akhirnya setelah Bakri keluar dari SD Muhammadiah, anak-anak ini berjaya memenangi beberapa anugerah mengharumkan nama SD Muhammadiah.

Secara keseluruhannya, tema pendidikan yang cuba di angkat oleh Riri Riza berjaya mendapat perhatian penonton di serata Indonesia dan Malaysia. Hasil garapannya sangat menyentuh hati, beremosi. Setiap karakter yang diwujudkan sangat terkesan. Terutamanya tiga watak utama pelaar iaitu Ikal, Lintang, dan Mahar. Mahar menjadi genius ketika karnival seni. Seorang yang cintakan seni. Lintang seorang yang genius di dalam matematik dan sains. Manakala Ikal punyai peranan tersendiri kerana dia merupakan watak utama yang mengerakkan cerita. Hakikatnya, filem Laskar Pelangi adalah sebuah filem yang mempunyai pemikiran yang bebas dan menyampaikan mesej-mesej yang sudah dominan dengan cara atau dimensi yang berbeza.

 

 

 

Monday, August 3, 2009

Tanda-tanda hari kiamat.

- bila Allah tarik nyawa orang-orang yang berilmu.

....seperti Allahyarham Yasmin Ahmad. Al Fatihah.

**Takziah untuk keluarga Allahyarham Yasmin Ahmad yang sangat kami sanjungi, daripada seluruh anggota KPB.

Saturday, July 25, 2009

Raihani Mohd.Saaid: KUMPULAN CERPEN 10+1 BADRUL BAMBI




cover depan Badrul Bambi, gambar oleh Fariz Ramlee, rekabentuk dan rekaletak oleh Sinaganaga.Kata pengantar oleh Prof.Madya Dr.Lim Swee Tin.

‘’Raihani boleh menjadi cerpenis wanita yang berjaya dan berbeza dari penulis wanita yang lain jika dia meninggalkan cerita masak-memasak dan jahit-menjahit…’’
-Hizairi Othman, MPR 1998.

‘’Cerpen Ideal Cinta Melayu secara tersirat merakam pergolakan politik tanah air suatu ketika dahulu. Sekurang-kurangnya masih ada cerpen yang merakamkan detik ini, daripada ia dibiarkan berlalu…’’
-Ali Majod, Utusan Zaman 1 Oktober 2000.

Jika rakan-rakan sekelian mahukan cerpen-cerpen dari seorang penulis wanita yang tidak menulis hal kahwin cerai, cinta tiga segi, masak-memasak atau jahit-menjahit…

Jika rakan-rakan sekelian mahukan cerpen yang merakam pergolakan politik sama ada di tanah air mahupun di tanah seberang…

Jika rakan-rakan sekelian mahukan cerpen-cerpen tentang dunia seni persembahan dari seorang graduan/pengamal seni persembahan, sebagaimana Nisah Haji Haron memanfaatkan pengalamannya sebagai peguam di dalam karya-karya beliau…

Maka, kumpulan cerpen 10 campur 1 bertajuk Badrul Bambi ini wajib anda miliki. Di dalamnya mengandungi 10 buah cerpen yang pernah diterbitkan di beberapa penerbitan mapan dan juga diiktiraf dalam beberapa siri sayembara sastera peringkat kebangsaan. Tetapi ada juga sebuah cerpen bonus iaitu Badrul Bambi II yang digarap khas untuk pembaca yang mula mengenali saya melalui cerpen Badrul Bambi sekitar tahun 1997 dahulu. Cerpen Badrul Bambi II belum pernah disiarkan di mana-mana penerbitan dan ekskusif untuk kumpulan ini sahaja.

Penerbit: Rumah Buku Rania.

Jumlah keseluruhan muka surat : 184

Kumpulan cerpen Badrul Bambi boleh didapati dengan harga RM20 (termasuk kos pengeposan). Cara-cara memesan kumpulan cerpen ini:

Emel kepada badrulbambi@hotmail.com dengan tajuk emel : BADRUL BAMBI
Nyatakan jumlah naskhah yang ingin dipesan, nama dan alamat kiriman.
Masukkan jumlah wang yang secukupnya ke akaun

BSN- SITI RAIHANI 1010029897000183 atau

CIMB – FARIZ RAJEMEE 12530077634523

Maklumkan jumlah wang, waktu bank in dan nama akaun ke alamat emel yang telah diberi.

TAWARAN ISTIMEWA!
Jika anda membeli 3 naskhah, anda akan diberikan diskaun 50 % untuk naskhah ke-3, bermakna anda membayar RM10.00 sahaja untuk naskhah tersebut.

RM 50.00 untuk 3 naskhah!

Setiap naskhah yang dipesan akan ditandatangan secara personal oleh penulis.

Wednesday, June 17, 2009

Okuribito @ Departures ~ sangat bagus!

www.departures-themovie.com

info filem: imdb

sinopsis: wikipedia

waktu tayangan: cinema.com.my

short rev: ajamihashim

Monday, June 15, 2009

Jangan Pandang Belakang Congkak...

Mengisahkan tentang Punai, Cat & Johan yang mendapat telegram yang meminta mereka mencari Pak Sudir kerana akan diwasiatkan harta tanpa mengetahui sebenarnya harta tersebut adalah saka. menurut wasiat, ketiga-tiga mereka perlu mematuhi beberapa syarat sebelum layak mewarisi harta tersebut. syarat tersebut adalah mereka perlu bermalam di rumah pak sudir selama tiga malam berturut-turut dan dilarang menyentuh barang di dalam rumah tersebut termasuk sebuah congkak. nak dijadikan cerita, pada malam pertama mereka telah berjalan-jalan di kawasan rumah tersebut dan akhirnya terjumpa sebuah bilik yang menenpatkan congkak usang. mereka juga secara tidak sengaja telah terlanggar congkak tersebut lalu terbalik. di belakang congkak tersebut, terdapat satu tulisan ( saya cuba baca tapi tak dapat agak apa perkataan yang terdapat di situ).
selepas malam tersebut, kampung yang didatangi mereka mengalami peristiwa pelik. sebenarnya bukan lama sangat pun sebab mengikut syarat mereka cuma perlu bermalam 3 malam sahaja. maka, sepatutnya 3 malam jugaklah semua kejadian berlaku. tapi, penceritaan macam lama. saya jadi kurang puas hati dengan perkara tu. mengganggu fikiran logik saya ketika menonton. ok, tak mahu ulas!
macam yang media asyik tulis (klise sungguh media. =p), memang cerita ni okay. berpegang pada tema komedi seram, lakonan para pelakon yang agak memberi komitmen..semua okay. terletak pada ceritanya. menyentuh tentang lakonan, saya tertarik dengan den wahab dan wataknya. em, sekali tengok macam pernah tengok den wahab dengan watak tu. atau ade seseorang pernah bawak karakter lebih kurang macam tu? kalau media puji mazlan, saya mahu puji azlee. honestly, saya tak suka tiap kali azlee berlakon. macam over. tapi kali ni saya suka azlee in character-nya. penampilan tak banyak. tapi, success!
lagu tema! ok, saya menganggap lagu tersebut sebagai lagu tema sebab cuma lagu tu yang saya dengar. maka, saya yakin ianya adalah lagu tema JPBC. lagu tu mix tradisional dan rap. sangat sesuai dengan tema filem iaitu komedi-seram. bila imbas balik filem-filem seram yang gagal sebelum ni, salah satu darinya sebab tema lagu yang entah apa-apa. tak sesuai dengan tema filem. bukan setakat filem tempatan, filem luar jugak! bunyi sangat penting dalam membantu penceritaan sesebuah filem. kalau muzik tak sesuai, penceritaan pasti kurang mendatangkan kesan. makanya, filem tersebut jugak tak menarik untuk dihabis tonton. muzik boleh mengganggu emosi penopnton. itu yang saya sangat pasti!
sebenarnya, saya hanyut menonton JPBC. JPBC macam satu terapi untuk orang-orang yang sedang punya masalah. anda masuk dengan masalah, anda akan keluar dengan gelak ketawa. itupun jika anda normal dan punya sense of gelak dalam diri anda. tak perlulah prejudis sangat dengan filem tempatan. ok? =)

Wednesday, June 3, 2009

PROJEK FILEM ASTRO SHAW SDN. BHD.


Salaam & hi..

Astro Shaw Sdn. Bhd. sedang dalam proses untuk menerbitkan sebuah filem baru. Sehubungan itu, kami sedang menghebahkan kepada penulis-penulis skrip tempatan yang berminat agar dapat menghantar sinopsis untuk dipertimbangkan. Disertakan maklumat berkaitan pencarian cerita baru ini.

Terima kasih,
Noraini Ridzuan
Penyelaras Kreatif
Astro Shaw Sdn. Bhd.


PROJEK FILEM ASTRO SHAW SDN. BHD.

Elemen filem yang ingin diterbitkan:
1. Cerita mesti berkenaan kebudayaan atau sejarah Malaysia, atau kombinasi antara kedua-duanya. Namun cuba elakkan isu berkaitan politik dan perkauman.
2. Filem dalam Bahasa Malaysia, namun sinopsis/treatment/skrip boleh ditulis dalam Bahasa Inggeris.
3. Cerita yang boleh meninggalkan impak kepada industri perfileman Malaysia serta mampu memperkenalkan identiti Malaysia ke pentas antarabangsa.
4. Cerita juga perlu mampu menembusi pasaran luar negara.
5. Cerita perlu mempunyai unsur komersial yang mampu memberi pulangan kepada pelaburan yang dibuat Syarikat.
6. Tidak ada genre tertentu yang ditetapkan, ianya terpulang kepada penulis.
Bagaimana?:
1. Penulis hendaklah menghantar sinopsis tidak lebih daripada tiga (3) mukasurat.
2. Penulis boleh menghantar sebanyak mungkin sinopsis, namun hanya satu yang terbaik akan dipilih untuk ke peringkat seterusnya.
3. 10 penulis yang terbaik akan dipanggil untuk sesi pitching bersama panel penilai Astro Shaw.
4. Hanya enam (6) sinopsis akan dipilih untuk dikembangkan menjadi treatment. Treatment hendaklah ditulis dalam bentuk ‘babak demi babak’. Jumlah mukasurat tidak dihadkan. Sejumlah bayaran akan diberikan pada peringkat ini.
5. Daripada enam (6) treatment, hanya tiga (3) yang terbaik akan dikembangkan menjadi skrip.
6. Terdapat tiga (3) draf skrip bagi tiga (3) cerita yang terpilih tersebut. Setiap draf akan menerima bayaran. Ketiga-tiga skrip ini bakal menjadi hak milik Astro Shaw Sdn. Bhd.
7. Hanya satu (1) skrip terbaik akan diterbitkan. Skrip ini akan diberikan bayaran tambahan berdasarkan kepada harga pasaran.
8. Tarikh tutup untuk menghantar sinopsis ialah pada 22 Jun 2009 (Isnin).
Sinopsis boleh dihantar melalui email ke noraini_ridzuan@ astro.com.my atau melalui pos kepada:

Noraini binti Ridzuan
Penyelaras Kreatif
Astro Shaw Sdn. Bhd.
Unit 1, Tingkat 5, Blok C
Mines Waterfront Business Park
The Mines Resort City
43300 Seri Kembangan
Selangor

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Noraini di talian 03-95436688 samb. 3118.

STRUKTUR PEMILIHAN SKRIP PROJEK FILEM, ASTRO SHAW SDN. BHD. (sila klik)


FILM PROJECT ASTRO SHAW SDN. BHD.

Among the criteria to be considered:
1. Stories must include the culture or the history of Malaysia, or combination of both. It is keenly encouraged to avoid political and racial issues.
2. The film shall be in the Malay Language but the synopsis/treatment/script can be written in English.
3. Stories should give great and prolonged impact onto Malaysian Film Industry and be able to introduce Malaysian identity for the world’s attention.
4. Stories must also be able to travel beyond the Malaysian market.
5. Stories must have a degree of commercial value which can give positive return on investment.
6. No particular genre is set; it is up to the writers themselves.

How?
1. Writers must send synopses of not more than three (3) pages.
2. Writers can send in as many synopses possible, but only one will be chosen to move on to the next phase.
3. 10 best writers will be called upon for pitching sessions with Astro Shaw’s judging panels.
4. Only six (6) synopses will be chosen to be developed into a treatment. Treatment must be written in a scene-by-scene structure. The total of pages is unlimited. Payments shall be inclusive within this phase.
5. From six (6) treatments, only the best three (3) will be developed into a script.
6. For the three (3) selected stories, there will be three (3) drafts of scripts. Each draft will be paid for. These three (3) stories will be the property of Astro Shaw Sdn. Bhd.
7. A (1) best script out of the three (3) will be chosen to be produced. Additional payment will be paid to the chosen script.
8. The last day of submission for the synopses is on the 22nd of June 2009 (Monday).
Synopses can be sent via email to noraini_ridzuan@ astro.com.my, or by posting it to:

Noraini binti Ridzuan
Creative Coordinator
Astro Shaw Sdn. Bhd
Unit 1, Level 5, Block C
Mines Waterfront Business Park
The Mines Resort City
43300 Seri Kembangan
Selangor

For further enquiries, do call Noraini at 03-95436688 ext. 3118.
SCRIPT SELECTION STRUCTURE FOR FILM PROJECT, ASTRO SHAW SDN. BHD.

Monday, June 1, 2009

Tahniah Visage.

Di satu pagi Ahad ketika sedang membaca akhbar Pancaindera, aku terbaca yang pengarah dari Malaysia berjaya membawa filemnya ke Festival Filem Cannes ke 62. Tahniah! Walaupun tak menang apa2, tapi kalau dapat masuk tu kira hebat lah jugak kan? ikuti perbualan antara aku dan abang aku ni.
Aku: Fuhyo..giler ah. pengarah Malaysia dapat masuk Cannes!
Abang aku: Siapa?
Aku: Takkan Razak Mohaideen kott....nama dia Tsai Ming Liang.
Abang aku: Oh cina? Cerita apa?
Aku: Nana Tanjung. Hahaha..taklah, tajuk dia Visage.
haha~ perbualan yang provokatif macam festival filem Cannes jugak. lalala~

Saturday, May 30, 2009

satire vs animation

sudah 2 malam berturut aku tonton filem di panggung wayang. malam pertama aku tonton Night At Museum 2. malam kedua aku tonton Monster VS Alien. nantikan review aku. sekarang tak berkesempatan. sabar ya.

tengok filem-filem ini



aku bagi 5 bintang dekat filem-filem ini!

Saturday, May 9, 2009

sudah lame dah xde review filem.

ahli2 blog ini sudah lame gamaknya tak tengok wayang dipangung. saya sendiri pun sudah lama tak ke panggung. tak berkesempatan.

jadi bila lagi nak wat review filem ni? takkan semua tak ke panggung. saya tahu ahli2 blog ini suka tengok filem. jadi rajin2 lah wat review lepas tengok filem. tak kesah la tengok kat panggung ke. tengok kt pirate cd ke. download filem ke. yang penting review.

bila dah tengok tu pastikan anda tahu nak review filem macam mana ya.

yeah!

Saturday, May 2, 2009

Dalam otak ada sarang Spiderman.

masya-Allah. sudah lama blog ni terbiar tanpa entri baru. Apa-apa pun trimas kepada peng-entri terakhir yakni encik Fariziskan kerna sudi memerah tenaga membuang sarang Spiderman di minda beliau.
Aku - walaupun founder blog ni, tapi aku lebih suka serahkan tugas-tugas mengkritik ni kepada orang yang lebih kritis. maka aku memilih untuk tak menyumbang. hehe~
ada sorang ahli KPB mencadangkan pada aku untuk mendaftar kelab ni di satusuara.com. tapi bila aku tengok web tu, kelab2 yang berdaftar kebanyakannya kelab2 yang dah establish, yang dah diiktiraf, macam kelab silat lah, kelab aktiviti lasak lah...maka aku terus off webpage tersebut. aku berfikir dan berfikir dan berfikir....
patut ke aku daftar KPB di situ?? (tulisan ala2 malu nak muncul)
sila beri pandangan dan pendapat ya!
p/s: dan setujukah korang kalau aku wat undian utk lantik presiden KPB ni?

Wednesday, March 25, 2009

Dragonball Evolution ; Adaptasi Dari Komik Mutiara Naga.

aku diminta. diminta untuk review filem ini. walaupun aku taknak buat tapi aku serah saja.pada mulanya aku pergi ke panggung mahu tonton Geng kerana sebelum ini 2 kali aku pergi tiket sold out. tapi kali ini takde rezeki jugak sebab GSC Klang dah tiada tayangan Geng. hampeh! kira-kira nak tengok la filem lain macam Merly & Me (betul x ejaan aku?) or Sayang You Can Dance tapi tak kesampaian. Merly & Me takde. Sayang You Can Dance macam tak best. diakhirnya tengokla Dragonball yang pada ketika aku zaman kanak-kanak aku begitu gilakan komik ini. sampai sekarang kot aku gila kat dragonball. kira aku tak kisah sangatla nak tengok dragonball ni coz memang aku minat sangat2! cuma aku banyak dapat berita dari rakan2 aku yang mengatakan filem ini tiada kepuasan untuk peminat2 dragonball.

mula tayangan. kepala aku dah dapat fikir yang watak Son Goku ni jambu sangat. pastu dia pandai. pergi sekolah. tak sama dengan komik. dimana Son Goku dalam komik alang2 bodoh dan tak tahu apa2 selain datuknya Son Gohan. maybe sebab itu dinamakan Dragonball Evolution. perjalanan filem ini bergerak dengan terlalu pantas. mungkin kekangan masa. dah nama pun filem adaptasi. kalau nak dikutkan filem ini terlalu simple. mudah sangat Goku, Bulma, Master Roshi dan Yamcha kumpul dragonball. senang sangat. kepayahan mengumpul dragonball didalam komik tidak ditunjukkan di dalam filem.ketidakpuasan mula terbit dalam diri aku.

aku dapat rasa perkembangan cerita di dalam filem ini diubah hampir 70% jika dibandingkan dengan komik.(sebab tula namanya Dragonball Evolution). mungkin penumpuan produksi hanya pada kesan khas dan CGI saja. memang gempakla kesan khas filem ini. Kamehameha cantek. best! Cici (bakal isteri goku) pun nampak manis. suara Bulma amatlah seksi. muka pun cantek. satu watak saja yang aku rasa tdiak diubah. watak ini sama dengan watak komik. Master Roshi. sama jer ngn komik. dia punya Gatal. suka simpan majalah Playboy. pandang Bulma dengan penuh berahi. pakai baju hawaii. sama!

watak Picollo tetap warna hijau. tapi kat kepala dia takde sesungut macam dalam komik dan dia x pakai serban. kostum pun lain. Picollo dibantu seorang watak yang aku x ingat namanya. pembantu dia ada kebolehan menyamar menjadi Cici. babak di mana Goku bertukar menjadi monyet (Ozaru), ada sedikit perubahan. Ozaru ini tidak lah besar sangat macam kt dalam komik. saiznya kira2 3 kali besar Picollo kot. haaa. dan Goku dapat kawal dirinya dari mengganas menjadi Ozaru. tapi yang paling penting, Goku di dalam filem takda ekor! x sama ngn komik. cuma yang sama ialah mempunyai tongkat sakti. dalam komik Goku akan bertukar jadi Ozaru apabila dia terpandang bulan mengambang. tapi di dalam filem dia menjadi Ozaru ketika berlakunya gerhana matahari. sangat lain.

 

aku tak puas tonton filem ini. harap2 ada lah sekuel filem ini dan harapan filem sekuel ini jangan palak macam yang first.


3 Bintang.

Sunday, March 22, 2009

race to witch mountain....

aku penat tengok cerita ni!
sebab aksi yang dipaparkan sentiasa berjalan tanpa ditangguh-tangguh walau sekejap. jantung aku tekejut dek kerana asyik tersentak. hehehe.

minit cerita bermula dengan paparan keratan akhbar tentang UFO yang dijumpai di Bumi. pada awalnya aku menganggarkan cerita ni macam boring sebab scene keratan akhbar ni snagatlah mengambil masa yang lama. mungkin sebab ia dilakukan sebagai latar opening credit membuatkan aku ala-ala bosan menunggu kisah bermula.

sinopsis.
kisah ni tentang sepasang saudara iaitu Sara & Seth yang datang dari sebuah planet yang terletak berpuluh kilometer dari Bumi. mereka datang ke sini kerana mahu menyelamatkan satu-satunya bukti yang boleh menyelamatkan planet mereka dan memastikan keselamatan Bumi tidak terancam. bukti tu adalah sejenis alat yang merupakan kajian ibu bapa mereka. pasangan bersaudara ni menggunakan khidmat sebuah teksi yang dipandu oleh Jack lakonan The Rock (the reason why i watched this movie). setelah berjaya membantu Sara & Seth mengambil barang tersebut, Jack gagal melepaskan diri dari mereka kerana dia berasa bertanggungjawab untuk membantu setelah mengetahui siapa kedua-dua kanak-kanak ini. hal ini kerana, mereka mahu pulang segera ke planet mereka sedangkan dalam masa yang sama dburu oleh dua pihak yang berlainan iaitu seorang pembunuh upahan dari planet mereka sendiri dan Bahagian Penyiasatan Khas US yang mengendalikan kes berkaitan UFO ini.

aku berasa sangat 'termasuk' dengan aksi-aksi dalam filem ini kerana ia membuatkan keiginan aku untuk menunggu apa seterusnya. perjalanan ceritaya yang mudah difahami (naratif) membuatkan aku sagnat santai untuk menontonnya berbanding beberapa filem Holywood yang memerlukan akal berfikir dengan lebih ligat. apa yang lebih menarik, pelbagai perkara disampaikan dengan sinikal. contoh, watak Jack adalah seorang yang berbadan sasa namun mempunyai hati yang kecil. dia seorang yang mudah berasa rendah diri. malah, dia juga digambarkan sebagai seorang yang lembut hati.
selain itu, karakter Dr. Alex Friedman yang bekerja sebagai penceramah di sebuah konvensyen UFO namun beliau gagal menghabiskan sesinya dengan berkesan. hal ni bagi aku menunjukkan betapa ketinggian ilmu seseorang tu belum tentu mampu membuat orang lain mempercayai akan kepakarannya..

watak & karakter semuanya nampak okay. yang lurus memang dipersembahkan dengan sangatlah lurus dan yang jahat memang nampak sangatlah jahatnya walaupun dia datangnya daripada sekumpulan orang dalam jabatan kerajaan...

tak rugi menonton. silalah ke panggung berhampiran anda...

4 stars.

Sunday, March 15, 2009

novel : adaptasi drama atau filem. . .mana lebih berkesan?

baru-baru ini pada 14 Mac 2009 aku ada menghadiri Bicara Penerbitan, Novel : Adaptasi Ke Drama dan Filem. Mana Yang Lebih Hebat? seminar ini anjuran pelajar semester 5 Sarjana Muda Penerbitan, Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media. tempat kejadian di Dewan Annexe UiTM Malaysia. aku datang lambat 5 minit kerana kehujanan. walaupun dalam hati terasa gundah kerana lambat (takut2 terlepas perkara yang penting) sampai di tempat kejadian, seminar masih belum bermula. aku sangat teruja untuk menghadiri seminar ini kerana pada semester ini aku ada mengambil subjek Adaptasi Karya. jadi serba sedikit aku mahu menambahkan lagi pengetahuan tentang ilmu adaptasi. menarik juga kalau ia dipelajari. tapi sedikit kepayahan kerana ia sesuatu yang rumit.

aku menulis ini bukan nak komen berkaitan pengurusan. tapi aku sedikit kecewa dengan cara pengurusan seminar ini. biar aku luahkan sedikit supaya ada penambahbaikan. lama juga aku menunggu untuk majlis bermula. lebih kurang jam sepuluh lebih baru majlis bermula. aku tak paham kenapa. diposter jam 8.30 sepatutnya majlis sudah bermula tetapi kekosongan yang kami tunggu diantara jam lapan hingga sepuluh tidak diisi dengan apa-apa aktiviti. mungkin bagi aku panel jemputan lambat. tapi kami dibiarkan kesepian. aku taknak komen lebih-lebih. takut ada yang menyalahkan. yang aku sungguh tertanya-tanya, perjalanan majlis amat asing bagi aku. pelik. protokol sangat pelik. tak pernah aku jumpa protokol majlis sebegini. tapi takpe. pengisian majlis lebih penting. ini yang aku betul-betul nak komen.

panel yang di jemput ialah Jamal Khan, Pengarah Drama, Samsiah Mohd Nor, Novelis, Norden Mohamed, Pengurus Besar Alaf 21, Maizurah, Penulis Skrip dan juga moderator yang sepatutnya mengendalikan seminar (tak nampak pun) iaitu Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar, Pengacara RTM yang versatil. Beliau tidak datang (aku tak tahu kenapa dia tak datang) dan digantikan dengan orang lain. majlis dimulakan dengan moderator bertanyakan pendapat panel-panel tentang adaptasi. aku setuju dengan semua pendapat panel-panel kerana apa yang mereka cakap sama dengan apa yang aku dapat di dalam kelas.

cuma aku sedikit kecewa lagi kerana tiada seorang pun ahli panel mempunyai latarbelakang filem. Jamal Khan mungkin ada latarbelakang filem tapi beliau lebih kepada drama tv. mungkin kalau nak kata proses adaptasi novel ke filem dan drama adalah sama, perbezaannya banyak yang ketara kerana bagi aku proses adaptasi ke filem lebih rumit. komersialnya perlu difikirkan. sebab penonton filem di Malaysia menonton filem untuk berhibur bukan untuk berfikir. mungkis sebab itu filem-filem adaptasi di Malaysia tidak mendapat sambutan. lain di Hollywood, 70% filem-filem yang Box Office dan menang anugerah adalah dari file adaptasi. kita tak boleh bandingkan dengan Hollywood. jauh panggang dari api.

masalah besar yang aku nampak di dalam industri filem kita ialah kekurangan content yang bagus. aku sangat setuju apa yang diperkatakan oleh Jamal Khan, kita perlu terus mengadaptasi novel ke filem atau drama kerana kebanyakan novel-novel di Malayisa sangat bagus content nya. kebanyakan skrip yang ada semua sampah. itu kata-kata Jamal Khan. sedikit kasar. tapi ia realiti. tengok sahaja Hollywood (bukan nak bandingkan tetapi jadikan contoh untuk penambahbaikan), mereka sudah kehabisan idea untuk mengahasilkan filem, nak tahu apa yang mereka buat untuk mengatasi masalah mereka? mereka ambil novel-novel dan komik-komik yang popular untuk di adaptasi ke layar perak. apa yang terjadi filem-filem ini sangat mendapat sambutan. tak mampukah Malaysia melakukan sedemikian? mungkin masalah kewangan jadi punca mengapa ia begini. . .

novel mempunyai ruang lingkup yang tidak terbatas manakala drama dan filem terbatas. sebab itulah di Malaysia kebanyakan novel lebih selesa di adaptasi ke drama bersiri. ia lebih panjang dan lebih menarik. semua boleh masukkan. tak timbullah karya novelis diperkosa. mana perginya pengkarya yang hebat? mana perginya mereka? sampai bila kita perlu merintih mengenang nasib industri kreatif kita? biarkan. aku percaya suatu hari nanti pasti ada yang mampu mengubahnya.

 

 

siapalah aku dalam banyak pengkarya. . . .

Sunday, March 8, 2009

Slumdog Millionaire.

cerita yang cantik.
"What if all the questions in the game can be answered by an ordinary man, without proper education? without preparing anything, just relying on his plain memory?"
mungkin itu yang selalu dipikir2 kan oleh orang ketika sedang nonton Who Wants To Be a Millionaire. nah hasilnya.
Slumdog Millionaire mengakui kekotoran negara India, mengakui kesempitan hidup di sana, dan menunjuk bukti kebencian mereka terhadap agama Islam. Tapi kenapa pengarah mat saleh pulak yang berani tunjukkan semua kebenaran tu?
ceritanya cantik, shotnya cantik, the negative side of India yang cantik.
tak ada lagi pemandangan2 indah yang selalu korang tengok dalam filem2 Bollywood yang terguling guling jatuh gunung selama ni.
the rest of the review aku serahkan pada korang utk menilai if korang dah tengok cte ni. ;)

Saturday, March 7, 2009

Nilai Skrip Masa Kini

Xsangka pula amoy ada tulis psl penulis dah. Aku still nak tulis pasal penulis skrip kat Malaysia ni coz aku pun penah blaja dlm bidang tu tp xtaulah arah tuju aku lepas ni coz aku sndri sedang menapak menghasilkan 'sesuatu' utk bidang ni.
Aku selaku x student scriptwriting sebenarnya agak malu bila berdepan ngn m.cik2, p.cik2 aku bila balik sebelah Johor ni. Diorg majoriti berstatus kelas atasan. Engineer, lecturer & farmacist.. Bukan malu kerna jwtan diorg tapi bila diorg mempersoalkan tindakan penulis skrip yg skunk agak 'terbuka' menghasilkan skrip tentang kehidupan org melayu yg kian x bersempadan. Pakaian yg mngalahkan org Barat, cara pertuturan yg kurang sopan antara org muda & org yg lebih tua, pergaduhan di meja makan, perebutan lelaki antara perempuan hingga berlaku pertelingkahan yg keterlaluan & byk lagi. Menurut mereka tidak perlu tonjol kan perkara cm2 & jadikan semua 2 sbg subjek utama. Penonton skunk terlalu mudah terikut ngn apa shja yg muncul di kaca tv. Sepatutnya penulis2 skrip menggunakan kelebihan yg ada pd mereka utk mendidik penonton utk dgn cara yg lebih bijak..
Woo, aku sbenarnya agak ptus kata2 bila menerangkan kpd mereka. Ye,bkn sng utk berdepan ngn 1001 pemikiran manusia di dunia. Xmgkin kita dpt nk puaskan hati smua org,kan?? Cuma yer, mana yg baek dijadikan panduan & yg sebaliknya jdikan sempadan..

Sunday, March 1, 2009

Odoi Odu ~ filem pendek terbaik AKSFA08/09.. apa kata anda?

*sila tonton Odoi Odu secara online di sini >> ODOI ODU
..dan berikan komentar anda di kotak komen

perlukan penulis yang hebat???

academy award dah pun lepas. kita dah tau pun siapa pemenangnya. macam biasalah, kalau namanya hollywood, kalau filem yang tercalon tu biase2 je standardnye pun, still digembar gemburkan sebagai filem yang terhebat DI DUNIA. hanya kerana konsep "GLOBAL" a.k.a POPULAR CULTURE, semua pun rasa academy award ini memang penilaian bertaraf dunia.

tapi tak dinafikan memang filem2 yang mereka hasilkan tu tinggi jugalah kualitinya kalau nak dibandingkan dengan filem filem yang ada. okaylah, bukannya aku nak membebel pasal kualiti filem mereka bagus ke, filem kita pun leh pergi jauh ke, tapi aku cuma nak suarakan satu persoalan yang aku suka tanya dalam fikiran aku. persoalan yang dah banyak sangat orang persoalkan, sampai dah tak tersoal pun.

adakah industri perfileman kita perlukan penulis yang hebat????


ramai pengarah filem di malaysia yang menulis skrip sendiri dan ada juga yang mengambil skrip orang lepas tu kata tu skrip dia. eh, sorry sorry. off record!!
tapi, entahlah kamu semua setuju atau tidak, susah sekali nak tengok filem kita yang skripnya benar benar bagus.

ada yang benar benar menulis skrip dan benar benar mengarah, itu benar benar berjaya menghasilkan filem yang cukup "feel"nya. ada juga yang benar benar berani memilih skrip yang bagus dari penulis yang benar benar berani menulis "akal" dan "hati" nya.

jika dilihat pada filem yang tercalon sebagai filem terbaik di academy award lepas, 4 dari 5 filem yang tercalon adalah adaptasi dari novel atau buku yang telah sedia ada ditulis dan diterbit. filem tersebut adalah filem slumdog millionaire, the reader, the curios case of benjamin button, dan frost/nixon. slumdog millionaire menjadi filem terbaik.

bukan tahun ini sahaja, tetapi tahun tahun yang lepas juga memaparkan begitu banyak filem Hollywood yang diadaptasi dari buku, novel, cerpen, dongeng, dan etc. sambutan??? kutipan??? berjuta juta lemon!!!!

mereka hasilkan filem dari hasil tulisan seseorang. atau pun, mereka hasilkan filem dari hasil penceritaan hidup seseorang yang benar benar ada. kesimpulannya, mereka hasilkan filem dari idea yang telah ada terlebih dahulu, dan mereka meluaskan idea itu ke serata dunia dengan cara "bikin filem".

jadi, tak ada masalah sebenarnya kalau kita cuba bekerjasama dengan penulis yang sedia ada dan jelas banyak juga bilangannya di malaysia ini untuk menghasilkan filem yang bagus. janganlah terlalu bersikap "bagus ke idea kau?" atau "siapa kau?" dalam menilai karya seseorang. ye, mungkin ada yang kata, "susahlah nak cari penulis yang bagus".

hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih.

Monday, February 23, 2009

Astro Kirana Short Film Awards 08/09

TONTON & UNDI CALON KEGEMARAN ANDA
(sila klik gambar di bawah.. tarikh tutup: 26Feb, 11:59mlm)

Sunday, February 22, 2009

GIG

JANGAN LUPA PEGI MENONTON GIG NI OK.

RAHMAT BIN DID SALAH SORANG DARI VOKALIS UTK KUMP "MOM".

JGN LUPA KITA DATANG BERAMAI-RAMAI K.

Monday, February 16, 2009

Komedi Absurd = Lateral Thinking ? ? ?


Pemikiran lateral membawa maksud cara menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya imaginasi (bukan dengan menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yang biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak luar biasa sedikit) tetapi amat berkesan.

Pemikiran Lateral ialah satu cara penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atau tradisional. Ia adalah pemikiran yang menitikberatberatkan pelbagai jenis jawapan dan ia digunakan untuk lari daripada idea-idea yang sudah lama dan sudah biasa diamalkan. Pada masa yang sama  ia juga bertujuan melepaskan diri daripada cengkaman persepsi-persepsi lapuk untuk mencari dan mencipta idea-idea baru.

Dr. Edward de Bono

 

Perkembangan filem-filem di Malaysia sangat perlahan dari segi kandungan dan pengisiannya. Hal ini kerana filem-filem Malaysia masih berlegar-legar di takuk idea yang lama. Hal ini menyebabkan idea-idea yang disumbang melalui filem-filem adalah idea yang konvensional. Masalah utama yang dilihat ialah melalui filem komedi di Malaysia.

Memang diakui bahawa rakyat Malaysia menonton filem untuk berhibur sahaja bukan untuk berfikir. Ini dapat melihat melalui penerbitan filem-filem komedi yang pesat setiap tahun. Filem-filem komedi ini bukan sahaja mempunyai idea yang konvensional malah ia memaparkan komedi yang memperbodohkan penonton iaitu komedi splastik.

Komedi splastik atau lawak splastik ialah lawak yang menggunakan tubuh badan, memek muka, dan juga mengenakan orang lain untuk membolehkan yang menonton ketawa. Namun jika dilihat dari keberkesanan berfikir, komedi ini hanya untuk menghiburkan penonton sahaja. Tetapi penonton yang melihat filem untuk berfikir akan berfikir adakah mereka akan melihat lawak sedemikian. Oleh itu, mereka lebih dahagakan lawak-lawak yang berintelektual seperti komedi absurd.

Komedi absurd merupakan komedi situasi yang mana lawaknya terletak pada dialog dan situasi. Tidak memaparkan memek muka atau terencat akal untuk menghiburkan penonton. Ia merupakan sebuah konsep komedi yang bukan konvensional kerana komedi ini dibuat memerlukan daya imaginasi yang tinggi dan amat berkesan.

memang tiada masalah jika filem-filem komedi ini ditayangkan Malaysia. namun diakhirnya penonton disajikan sebuah idea yang sudah lapuk. sudah tentu kecewa. tetap juag berlaku paradoks. walaupun filem komedi spalstik ini boleh dianggap sebagai filem sampah, ia tetap mendapat sambutan penonton. panggung tetap penuh walaupun sudah dekat dua bulan ditayangkan.

banyak bezanya filem ini jika dibezakan dengan filem yang bagus. banyak juga celanya jika dibandingkan dengan filem-filem yang intelek. kita ambil contoh filem arahan Afdlin shauki yang terbaru iaitu Los Dan Faun (2008). masuk panggung pada 4 disember 2008. ini pendapat peribadi setelah membuat seberapa penyelidikan. pengarah sudah menyatakan filem ini berunsurkan komedi absurd. dan ia memang wujud di dalam filem ini. bagi yang sudah menonton, filem ini tiada unsur komedi splastik. komedinya sangat menarik kerana ia membuatkan penonton berfikir dan ia mengaitkan sesuatu situasi itu dengan sesuatu.

Saturday, February 14, 2009

klasik: Iman (1954)

Story structure:

Iman (1954) ialah di antara filem genre horror Melayu (dan kacukan dgn genre drama-cinta) yg menjadi acuan kpd filem2 seram Melayu melibatkan agama Islam selepasnya. Filem ini adalah berdasarkan kisah buku Faust by Goethe sebuah kisah klasik bangsa Jerman! Mungkin saya agak terlebih puji utk menyamakan kerja kamera di babak pembukaan filem ini spt Citizen Kane, tapi itulah hakikatnya! Kerja kamera yg menyorot dari jauh pemandangan sebuah perkampungan Melayu dgn v/o bacaan Al-Quran memulakan penceritaan filem ini 'menandakan' bahawa filem ini mengandungi unsur2 keagamaan yg akan dikupas dr segi kepercayaan penganutnya. Babak pertama dimana Pak Guru/Ruzlan menghuraikan takrifan ayat Al-Quran kpd anak muridnya mengenai kisah Iblis yg tidak mahu sujud kpd Nabi Adam AS mengesahkan bahawa filem ini bertemakan 'faith' in Islam & self redemption. Pd pndpt aku, babak itu adalah titik-mula penceritaan dimana persoalan sejauh mana kepercayaan manusia terhdp Tuhan & sejauh mana manusia tunduk kpd Iblis? Persoalan hidup & mati?

Anak murid bertanya kpd Pak Guru/Ruzlan "Adakah Iblis berkuasa?" adalah persoalan pokok yg akan dihuraikan oleh filem ini iaitu sejauh mana 'kuasa' yg dimiliki oleh Iblis boleh menguasai manusia dan akibatnya? Adakah kuasa Iblis mengatasi kuasa Tuhan? Persoalan ini mungkin terlalu sensitif utk penganut agama yg alim/warak krn filem ini akan memperlihatkan di antara 'kuasa' Iblis yg mampu menggoyang iman seseorang manusia. Tetapi dialog oleh Pak Guru/Ruzlan "Tuhan lebih lagi berkuasa dr segala makhluk yg dijadikanNya" sudahpun memberikan hint kesudahan filem ini. Pandai!

Sememangnya babak pertama ini sarat dgn tema dan plot utama filem ini yg akan diceritakan di sepanjang cerita Iman. Filem ini bercerita melalui komunikasi di antara mentor (Iblis) dan protege (Tok Guru/Ruzlan). Bersedialah apabila Tok Guru/Ruzlan sendiri bermonolog "Aku sendiri ingin melihat Iblis"! Dialog ini yg membuat aku meremang bulu roma! Hihihi!

Penceritaan filem ini kadangkala spt menonton persembahan teater dimana ada babak2 dialog terhadap watak lain yg 'sebenarnya' monolog/bercakap secara terus kpd penonton. Cuma wardrobe Iblis mcm Batman+Bugs Bunny lah pulak! Aku kagum dgn teknik special effect melalui suntingan (post-production) spt backward camera footage semasa 'mencantumkan semula cawan yg pecah'! Filem ini juga ada byk babak magic or miracle kuasa Iblis misalnya morphing (disolve effect) Pak Guru dr seorg tua ke muda dan aksi 'terbang' mcm Crouching Tiger Hidden Dragon atau badan terapung kerasukan mcm The Exorcist atau penjelmaan sebuah kenderaan mcm kereta Santa Claus! Actually aku nak ketawa but ini filem 1954 ok! Idea depa dah advance walaupun takde CGI lagi! Semuanya melalui suntingan yg convincing utk penonton wayang di tahun 50an!

Oleh kerana filem ini berlatarbelakangkan zaman purbawara ala2 era Hang Tuah, maka 'hiburan' yg ditonjolkan ialah keraian majlis tarian zapin, joget & pencak silat BUKAN disco atau pub atau Dataran Merdeka ya! Mmm, asyik plak aku layan tiga buah lagu zapin/joget masa babak tu! Spt filem2 hindi, lagu zapin/joget yg dinyanyikan berisi dgn lirik berpantun 'nasihat' yg related dgn filem ini. Kalau pejuang etika Melayu tengok babak ni mesti diaorg 'marah' coz relatekan zapin/silat sbg 'hiburan lalai' promosi dr Iblis! Hihihi.
Subtext juga digunakan melalui 'sebuah kotak berisi barang kemas' yg diberikan oleh Ruzlan kpd Hamimah sbg 'pemberian cinta' atau 'pujukan nafsu' yg halus. Aksi Ruzlan memasuki bilik Hamimah melalui tingkap ala2 Romeo & Juliet pulak! Diikuti oleh babak2 nyanyian berduet yg mendayu-dayu & exegerate menunjukkan 'cinta terlarang' mereka berdua. Tuduh-menuduh kecurian bunga Bibah & jala Haron ialah subtext pertelagahan gender perempuan vs lelaki, authority vs org kg. Insiden kecurian & kehilangan Hamimah menunjukkan huru-hara yg diakibatkan oleh Iblis & kemelut masyarakat yg terlalu 'selesa' dgn kurniaan Tuhan menjadi havoc apabila diuji olehNya. Tetapi oleh krn manusia diberikan akal fikiran, maka Iblis juga boleh ditewaskan dgn kekuatan iman. Mungkin ini salah satu moral of the story dr filem ini.


Filem ini juga mengangkat mitos2 gelap dlm masyarakat Melayu misalnya fenomena kerasukan, sampuk , pukau, ilmu kedukunan & legenda org bunian. Yg uniknya, dlm filem ini ‘pukau’ yg digunakan oleh Ruzlan terhadap Hamimah ialah melalui sebuah ‘lagu’ yg mendayu2 ajaran si Iblis berbunyi “Mariiilah adinda aaa.. aaa.. usah dinda bimbang hati, gelisah & menanti-nanti..” Mungkin ianya spt simbolik ‘ilmu pengasih’ agaknya.

Pregnancy Hamimah memberikan hint yg menakutkan krn tidak terbayang bagaimana bayi luar nikah yg akan dilahirkan krn ‘bapanya’ adalah Iblis’s follower! Adakah dia akan lahir spt Damien 666 (The Omen)? Plot ‘mengumpat’ satu kg mengenai kehamilan Hamimah terlalu cliché masyarakat Melayu. Bersedialah juga dgn babak gore apabila Husin ‘membuang’ bayi tersebut. How? Korang kena tengok sendiri!

Klimak filem ini berunsur dakwah dimana ‘baik’ mengalahkan ‘jahat’ dgn kekuatan iman seseorg manusia melalui babak yg seakan cerita alien War of The World pulak dgn laser beam dr langit! Believe me! Cuma aku tak terima kebodohan Ketua Kg yg menjatuhkan hukuman hudud yg dikenakan kpd Hamimah krn definitely kesnya adalah tidak jelas dr segi kesahihan dosa zinanya yg dilakukan di bwh influence Iblis/pukau? Hello! Mahkamah Syariah mesti marah tgk babak itu! Kesimpulannya, Iman boleh dikategorikan sbg sebuah filem horror klasik Melayu yg menjadi rujukan filem2 horror selepasnya dr segi special effect. Cuma aku kasi amaran yg babak terakhir filem ini mungkin mengecewakan korang krn unsur ‘penipuan’ tahap maksima! Kah! Kah! Kah!

Perwatakan:

Pak Guru/Ruzlan (Ahmad Mahmud) - watak protagonist/protege secara simbolik/falsafah seorg alim/warak yg diuji iman/faith-nya terhadap Tuhan iaitu persoalan pokok mengenai 'pilihan' dari kuasa selain Tuhan yg berkaitan pilihan hidup/ajal, tua/muda, susah/senang, miskin/kaya, duniawi/akhirat? Yg semuanya 'diberikan' oleh Iblis (Haji Mahadi) dgn syarat rule#1: Pak Guru/Ruzlan MESTI MEMBELAKANGKAN Tuhan melalui perjanjian warkah yg ditandatangi dgn darah & rule#2: JANGAN SEKALI-KALI menyebut nama Allah! Boleh? Scary or funny or cliche?

Iblis (Haji Mahadi) - watak gore antagonist/mentor 'kejahatan' 'evil' 'devil' 'demon' 'syaitan' etc yg menjadi tunggak filem ini (mmm, aku pon dah keliru siapa sebenarnya protagonist/antagonist filem ni?) Kalau dilihat dr segi character arc, Iblis ditunjukkan sbg suatu kuasa yg hampir perfect tetapi ada flaws di akhir cerita krn kuasanya masih kekal sejak azali sbg 'kurang' dr kuasa Tuhan. Iblis adalah 'cermin terbalik' kpd ketuhanan dimana semua ajaran Iblis adalah ajaran yg bertentangan dgn agama. Agaknya beliaulah rujukan 'frankenstein Melayu'! dan lakonan berani mati seorg 'haji' sbg 'iblis'! Fuyoo!

Hamimah (Sa'adiah) - watak antagonist/sub-character seorg 'tunang org' yg naif & terperangkap dlm situasi adat 'kemelayuan' dan 'suruhan agama' yg utuh.

Husin (A.Rahim) – watak tempelan tipikal anak org kaya yg menidakkan status maruah keluarga yg tercemar krn adiknya Hamimah mengandung luar nikah.

Awang (Aziz Satar) – watak tempelan tipikal org miskin yg menyalahkan masyarakat krn dihina.

Haron (Mohamad Hamid) & Bibah (Mariani) - simbolik percintaan yg suci sesama manusia yg dianggap oleh Iblis sbg 'kolot'.

Ketua Kg (Mustarjo) Рwatak authority yg begitu clich̩ filem2 Melayu; sentiasa betul, betul dan betul walaupun kadangkala pendapatnya tidak betul.
Bapa Hamimah (Malik Sutan Muda) & Ibu Hamimah (Neng Yatimah) - ibubapa yg 'percaya' kpd alam mistik & menjadi mangsa keadaan.
Produksi:

Penerbit:
RUN RUN SHAW & Malay Film Productions Ltd.

Pelakon Utama:
Ahmad Mahmood
Sa'adiah
Haji Mahadi

Pelakon Pembantu:
Neng Yatimah
Mariani
Mohamad Hamid
Malik Sutan Muda
Aziz Satar
Mustarjo
A.Rahim

Sutradara:
K.R.S.Sastry

Pen.Sutradara:
H.M.Rohaizad

Cherita saringan dari:
Faust by Goethe

Susunan & Screenplay:
K.R.S.Sastry

Senikata:
H.M.Rohaizad

Gurindam:
S.Sudarmaji

Juru Gambar:
N.B.Vasudev
& Koh Jee Soon

Pen. Juru Gambar:
K.M.Thomas
& S.Jumari

Juru Suara:
Tan Soo Yam

Pen. Juru Suara:
Yew Song Tee

Pelukis Pemandangan:
J.S.Anthony

Pen. Pelukis Pemandangan:
Rasul Hashim

Laboratory:
V.Radhakrishnan

Pen. Laboratory:
Wong Hong Peng

Penyunting Film:
H.R.Narayana
& Wong Fun

Pen. Penyunting Film:
Lim Yew Hai

Lagu2:
Yusof B.

Tarian:
Edith Costillo

Zapin:
Aziz Satar

Silat:
Rahman Bakar
& Rahim Bakar

Penggambaran Istimiwa oleh:
N.B.Vasudev

Pengulas pjg-lebar:
ajami hashim
pautan asal: horrorisma.blogspot.com

klasik: Antara Dua Darjat (1960)


CERITA & LAKONLAYAR
Omar Rojik

PENGARAH
P. Ramlee

PRODUKSI & SINOPSIS
sila rujuk: sinemamalaysia

MUKADIMAH

Filem ini dibuka dengan paparan kredit produksi berlatarkan shot sekeping papantanda lusuh 'ANGGREK VILLA' yang terbiar di atas tanah semasa hujan lebat di waktu malam dengan iringan muzik orkestra yang meriah! Ia adalah exposition yang murah, mudah dan misteri seakan memberitahu penonton bahawa di sinilah lokasi dunia fiksyen filem ini iaitu di sebuah rumah banglo yang sudah terbiar. Mukadimah ini telah memancing minda penonton dengan persoalan 'apa ceritanya?' dan pemberitahuan 'kamu tontonlah sampai habis!'
Secara strukturnya, skrip filem ini menggunakan cara bercerita yang unik iaitu kombinasi linear dan non-linear storytelling kerana ia dipecah-pecahkan kepada sekuen cerita atau Point-of-View (POV) dari kesemua watak utama. Benarkah kedua-dua cara bercerita; linear dan non-linear bercampur-aduk atau saya mesti mengkategorikannya dalam salah satu cara sahaja? Saya cuba huraikan dan kamu sendiri boleh pilih:

1. LINEAR: Naratif filem ini bergerak dalam real-time ke depan bermula dari babak pembukaan di Anggrek Villa sehinggalah ke tragedi di kampong Ghazali. Kalau difikirkan sekali imbas, ya! ia adalah LINEAR STORYTELLING yang sangat pendek iaitu berdurasi 2 hari dan 2 malam sahaja.

Malam 1:
- Ghazali mengintai Tengku Zaleha di Anggrek Villa yang dianggap ‘hantu’ atau ‘penchuri’
- Introduksi watak-watak dan exposition di rumah itu.
- Ghazali bertekak dengan Sudin mengenai flashback masing-masing.

Siang 1:
- Tengku Zaleha menyarankan kepada Tengku Mukri memanggil orang untuk membaiki piano.
- Pertemuan semula Ghazali dengan Tengku Zaleha sebagai orang asing.
- Pertelagahan Ghazali dan Sudin sekali lagi.
- Lawatan Tengku Aziz ke rumah Ghazali untuk mendapatkan maklumat sebenar dari Sudin.

Malam 2:
- Tengku Mukri berjumpa dengan perempuan simpanannya Nona? Mona? Munah? (maaf! saya tak dapat dengar dengan jelas nama sebenar dia?)
- Tengku Zaleha berjumpa secara sulit dengan Ghazali untuk menghuraikan semua ceritanya dalam flashback.
- Tengku Mukri mengesyaki kecurangan Tengku Zaleha dari kasut yang berlumpur dan gambarnya yang dipecahkan.

Siang 2:
- Tengku Aziz cuba memujuk Tengku Mukri untuk menceraikan Tengku Zaleha yang menimbulkan konflik.
- Tengku Mukri menghalau, melanggar dan menembak Tengku Aziz.
- Tengku Mukri bertengkar dengan Tengku Zaleha.
- Tengku Mukri menyerang Ghazali di kampungnya.
- Tengku Mukri mati ditembak oleh Tengku Aziz.
- Happy ending! Tamat. Noktah. Titik.
Pendek sahaja kan? Ia seolah-olah LINEAR STORYTELLING. Betul atau tidak? Oklah, sekarang saya huraikan pula dalam satu lagi cara:

2. NON-LINEAR: Naratif filem ini bergerak dalam real-time ke depan bermula dari babak pembukaan di Anggrek Villa sehinggalah ke tragedi di kampong Ghazali. Ia adalah NON-LINEAR STORYTELLING yang sangat panjang iaitu berdurasi 2 hari dan 2 malam dalam bentuk real-time DAN kisah sebenar selama 1 tahun dalam bentuk flashback! Ini bermakna naratif filem ini bergerak ke depan dan ke belakang atau NON-LINEAR STORYTELLING. Saya huraikan lagi dengan bantuan diagram berikut: [SILA KLIK UNTUK PEMBESARAN]

Struktur lakonlayar ini boleh dimudahkan dengan melihatnya sebagai ‘3 Act Structure’:

ACT 1: SET-UP/BEGINNING/KEPALA:
Naratif filem ini dibuka secara real-time di TITIK C iaitu 3 bulan selepas perkahwinan Tengku Zaleha dengan Tengku Mukri di TITIK B atau 1 tahun dari TITIK A. Ini ialah permulaan cerita atau frontstory yang ditonton di layar perak tetapi BUKAN permulaan cerita penuh yang sebenar. Filem ini sebenarnya bermula di tengah cerita iaitu pada malam pertama Tengku Zaleha, Tengku Mukri dan Tengku Aziz bermalam di Anggrek Villa. Walaupun babak pembuka berdialog di antara ketiga watak adalah naratif yang memperkenalkan siapakah mereka tetapi babak ini ialah di pertengahan cerita penuh. Exposition dalam rumah yang terbengkalai memastikan bahawa penonton melihat tinggalan backstory filem ini. Lelaki misteri; Ghazali pula adalah clue pertama kepada penonton bahawa ada sesuatu yang tidak kena sebelum ini yang perlu diselesaikan olehnya. Penonton akan terus menonton filem ini untuk mengetahui apakah ia sebenarnya seperti sebuah tekateki/puzzle.
TENGKU AZIZ
Engku Mukri, sudah berapa lamakah rumah ini tidak diduduki orang?

TENGKU MUKRI
Ada lebih kurang setahun.

ACT 2: CONFRONTATION/MIDDLE/BADAN:
Permulaan sebenar cerita penuh ialah di TITIK A. Backstory melalui gabungan/rentetan flashback oleh Ghazali, Sudin dan Tengku Zaleha dari TITIK A ke TITIK B ke TITIK C diletakkan di pertengahan filem sebagai tunjang utama cerita sebenar yang berlaku sepanjang 1 tahun yang lalu.

1. Flashback oleh Ghazali (rujuk diagram/bar atas: TITIK 1 ke TITIK 2)
Ia bermula dengan kejadian kereta Tengku Zaleha tersekat dalam lumpur semasa hujan lebat dan memerlukan bantuan orang kampung yang diketuai oleh Ghazali. Insiden ini ialah titik mula sebenar kisah filem (plot point) ini dimana saat itulah pertemuan kali pertama Ghazali dengan Tengku Zaleha.
Bersambung dari situ, babak-babak seterusnya ialah sekuen naratif secara linear tetapi dalam kombinasi flashback oleh Ghazali dan dari POV Tengku Zaleha sendiri. Kesemua flashback hanya bertujuan untuk establish percintaan di antara Tengku Zaleha dan Ghazali yang mendapat tentangan hebat daripada Tengku Karim (ayahanda Tengku Zaleha) dan Tengku Hasan (abang tiri Tengku Zaleha) kerana perbezaan darjat. Konflik paling besar inilah intipati utama (main-plot) atau taruhan (stakes) filem ini. Ironinya, pandangan serong Tengku Karim dan Tengku Hasan mengenai darjat orang yang dibenarkan berkawan dengan Tengku Zaleha ialah Tengku Hasan sendiri yang mencadangkan supaya mengupah Ghazali untuk menjadi guru piano kepada Tengku Zaleha! Sesi-sesi latihan piano itulah yang menghangatkan lagi percintaan Tengku Zaleha dan Ghazali. Perhubungan sulit mereka digambarkan dengan jelas sewaktu dating di taman bunga semasa lagu Getaran Jiwa. Namun pada malam yang sama iaitu ‘MALAM KEJADIAN’ - pertemuan terlarang mereka berkesudahan dengan satu tragedi. Tengku Karim, Tengku Hasan dan para pengawalnya telah menyerbu mereka dan membelasah Ghazali sehingga pengsan. Kerana itulah flashback oleh Ghazali berakhir di plot-point yang mengakibatkan 'kehilangan' informasi mengenai Tengku Zaleha seterusnya.

MAK JAH
Tengku Zaleha sudah mati nak! Percayalah cakap mak Ghazali!


2. Flashback oleh Sudin (rujuk diagram/bar atas: TITIK 2 ke TITIK 3)
Naratif filem ini disambung oleh cerita dari POV Sudin. Ghazali ditemui oleh Sudin dan orang-orang kampung yang sudah pengsan lalu dibawa pulang ke rumahnya. Kemudian Sudin dan orang-orang kampung pergi 'menyerang' Anggrek Villa tetapi mereka dikejutkan oleh 'kematian' Tengku Zaleha di TITIK 3. Kerana itulah Sudin meyakinkan Ghazali bahawa 'perempuan' yang dilihatnya di Anggrek Villa sekarang BUKAN Tengku Zaleha dan menganggap Ghazali sebagai 'gila'. Flashback oleh Sudin ini ialah plot-point yang mengelirukan anggapan penonton bahawa Ghazali memang 'berkhayal'.

TENGKU KARIM
Saudara kamu hanya pengsan tetapi anak aku mati.


Real-time:
Seterusnya naratif disambung semula dalam real-time di Anggrek Villa. Kerosakan piano di rumah itu menyebabkan Ghazali dipanggil untuk membaikinya. Plot ini pula 'menemukan' semula Ghazali dengan Tengku Zaleha. Persoalan kepada penonton samada Tengku Zaleha ialah 'Tengku Zaleha yang sama' semakin menjadi misteri apabila dia memainkan piano dengan lagu Getaran Jiwa tetapi seolah-olah tidak mengenali Ghazali! Di saat inilah penonton akan semakin tertanya-tanya siapakah yang betul? Ghazali atau Sudin? Tengku Zaleha sudah mati atau masih hidup? Satu lagi plot-point wujud di TITIK C.



3. Flashback oleh Tengku Zaleha (rujuk diagram/bar bawah: TITIK 4 ke TITIK 5 ke TITIK 6 ke TITIK 7)
Flashback Tengku Zaleha ini sangat penting kerana ia menjawab persoalan pertelagahan pendapat di antara Ghazali dan Sudin mengenai samada Tengku Zaleha sudah mati atau tidak. Sebenarnya flashback ini ialah sambungan flashback oleh Ghazali. Di TITIK 2 - Ghazali pengsan, naratif filem ini sebenarnya terpecah kepada 2 dimana kisah sebenar Tengku Zaleha (RUJUK diagram/bar bawah) ‘terlindung' di belakang flashback oleh Ghazali! Maksudnya, kisah Tengku Zaleha adalah parallel dengan kisah Ghazali cuma kedua-dua flashback diceritakan mengikut giliran. Ia mengulang semula peristiwa dari TITIK 4 ke TITIK 5 - ‘MALAM KEJADIAN’ tetapi dari POV Tengku Zaleha pula.

Sebenarnya kisah Tengku Zaleha lebih sengsara dari Ghazali. ‘TRAGEDI KELUARGA’ dari TITIK 5 ke TITIK 6 membongkar semakin banyak rahsia keluarga Tengku Karim iaitu Yang Chik ialah bekas perempuan kabaret (orang kebanyakan). Klimak konflik dalam keluarga kerabat ini mengakibatkan pembunuhan Yang Chik, Tengku Hasan dihukum gantung, Tengku Karim menjadi gila dan Tengku Zaleha terpaksa mengahwini Tengku Mukri. Dalam flashback ini juga, terlalu banyak exposition yang bertali-arus mengejutkan penonton. Kadangkala ia bercampur dengan flashback komplot Tengku Mukri dan ayahandanya Tengku Ayah untuk membolot harta Tengku Zaleha. Pertemuan mereka di Singapura juga membongkar satu lagi plot-point iaitu sebenarnya Tengku Zaleha sudah bertunang dengan Tengku Mukri secara perjanjian wasiat/kontrak di antara Tengku Karim dan Tengku Ayah SEBELUM Tengku Zaleha berkenalan dengan Ghazali. Lalu di TITIK 6/TITIK B, Tengku Zaleha terpaksa berkahwin dengan Tengku Mukri.
TENGKU MUKRI
Sudah hampir 3 bulan kita nikah tapi dinda masih berlaku seperti orang asing.


Dialog di atas memberikan exposition tentang time-frame bilakah perkahwinan di antara Tengku Zaleha dengan Tengku Mukri dari babak di atas iaitu 9 bulan selepas tragedi di Anggrek Villa. Akhirnya, tawaran untuk bercuti ke Anggrek Villa oleh Tengku Mukri kepada Tengku Zaleha membawanya pulang ke Anggrek Villa selepas setahun berlalu di TITIK 7/TITIK C.

GHAZALI
Rupanya penderitaanmu lebih hebat daripada aku Zaleha dan aku rasa sungguh berdosa berjumpa denganmu di tengah malam begini sebabnya kau sudah pun menjadi milik orang.


Real-time:
Di TITIK C, sekembalinya naratif flashback oleh Tengku Zaleha ke real-time, konflik salahfaham di antara Ghazali dan Tengku Zaleha dikira sebagai selesai TETAPI konflik Tengku Mukri dan Tengku Zaleha dirumitkan pula. Babak demi babak membongkar segalanya:


1. Tengku Mukri ada perempuan simpanan.
2. Tengku Mukri sanggup membunuh sahabat karibnya sendiri iaitu Tengku Aziz demi menjaga darjat dan memusnahkan penghalang rancangannya.
3. Tengku Mukri adalah seorang cold blooded killer!
4. Tengku Mukri mengahwini Tengku Zaleha semata-mata hanya untuk membolot harta sepencarian mereka bukannya cinta!
TENGKU MUKRI
Semasa aku di England dulu, mereka menggelar aku 'Tengku Mukri the sharp shooter'!


ACT 3: RESOLUTION/END/EKOR: (TITIK C ke TITIK D)
Durasinya pendek dan lokasinya hanya di kampong Ghazali tetapi banyak! sangat banyak konflik-resolusi, konflik-resolusi, konflik-resolusi berulang-ulang seperti tarik-tali di babak-babak klimak ini!

TENGKU MUKRI
Lalu semua! Nanti aku tembak satu persatu! Lalu!

GHAZALI
Kamu selalu berbangga dengan darah keturunanmu. Sekarang cubalah bandingkan darahmu dengan darahku!


Dialog Ghazali di atas ialah katakunci moral apa yang hendak disampaikan oleh filem ini. Antara Dua Darjat memegang anggapan secara sinis terhadap perbezaan darjat sesama manusia iaitu ianya TIDAK WUJUD dan semua manusia adalah SAMA RATA. Ia seolah propaganda kepada penonton di kalangan orang-orang kelas pertengahan dan bawahan yang sudah tentu menjadi majoriti penonton di akhir tahun 50-an dahulu sebagai selling-point.


Watak Tengku Aziz pula dijadikan wakil orang-orang kelas atasan untuk 'membersihkan' anggapan keji golongan mereka yang bersifat seperti Tengku Mukri yang tidak ubah seperti 'nila setitik' atau 'kambing hitam' sahaja.

NOTA:

SET-UP/PAY-OFF

(senapang di dinding kanan foto di atas)

(testing! 1 2 3!)

senapang patah
"If you say in the first chapter that there is a rifle hanging on the wall, in the second or third chapter it absolutely must go off. If it's not going to be fired, it shouldn't be hanging there." ~ Anton Chekhov
Lihatlah bahawa di babak awal-awal lagi selaras senapang patah di jadikan hiasan di dinding Anggrek Villa sampaikan Tengku Mukri sendiri cuba-cuba menggunakannya! Dalam ertikata lain, filem ini betul-betul menggunakan saranan Chekhov iaitu senapang itu MESTI melepaskan tembakan!


pistol
Tengku Aziz pula digambarkan di babak awal sebagai memiliki sepucuk pistol peribadi yang akan digunakan untuk menembak Tengku Mukri di akhir cerita.

piano
Piano usang di rumah itu ditonjolkan sebagai prop penting di babak awal kerana ia adalah ‘pengikat’ percintaan Ghazali dan Tengku Zaleha melalui lagu Getaran Jiwa.

MAIN PLOT:
Percintaan pasangan Tengku Zaleha dengan Ghazali kerana konflik perbezaan darjat di antara mereka mempunyai 2 fasa halangan utama:
1. flashback: Tengku Karim dan Tengku Hasan
2. real-time: Tengku Mukri

SUBPLOT:
1. Konflik Ghazali dengan dirinya sendiri.
2. Konflik Ghazali dengan Sudin.
3. Konflik Tengku Zaleha dengan dirinya sendiri.
4. Konflik Tengku Hasan dengan Yang Chik.
5. Konflik Tengku Mukri dengan Tengku Aziz.
6. Percintaan Sudin dengan Munah.
7. Perhubungan sulit Tengku Mukri dengan perempuan simpanannya.
8. Komplot pembolotan harta Tengku Zaleha oleh Tengku Ayah dan Tengku Mukri.

KESIMPULAN
Adakah filem ini menggunakan struktur bercerita secara LINEAR atau NON-LINEAR? Terpulanglah kepada kamu! Apa yang dapat saya simpulkan ialah sulaman dan susunan naratif filem ini akan semestinya mengujakan khalayak untuk menontonnya sehingga habis bagi menyelesaikan tekateki/puzzle dari semua flashback. Ia merupakan sebuah lakonlayar hasil karya penulis skrip bapak Omar Rojik yang benar-benar pandai dan berkualiti!

Sekian, terimakasih.
Ajami Hashim
Sabtu, 29 Sept. 2007
pautan asal: bicaraskrip.blogspot.com