Photobucket

Monday, February 23, 2009

Astro Kirana Short Film Awards 08/09

TONTON & UNDI CALON KEGEMARAN ANDA
(sila klik gambar di bawah.. tarikh tutup: 26Feb, 11:59mlm)

Sunday, February 22, 2009

GIG

JANGAN LUPA PEGI MENONTON GIG NI OK.

RAHMAT BIN DID SALAH SORANG DARI VOKALIS UTK KUMP "MOM".

JGN LUPA KITA DATANG BERAMAI-RAMAI K.

Monday, February 16, 2009

Komedi Absurd = Lateral Thinking ? ? ?


Pemikiran lateral membawa maksud cara menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya imaginasi (bukan dengan menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yang biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak luar biasa sedikit) tetapi amat berkesan.

Pemikiran Lateral ialah satu cara penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atau tradisional. Ia adalah pemikiran yang menitikberatberatkan pelbagai jenis jawapan dan ia digunakan untuk lari daripada idea-idea yang sudah lama dan sudah biasa diamalkan. Pada masa yang sama  ia juga bertujuan melepaskan diri daripada cengkaman persepsi-persepsi lapuk untuk mencari dan mencipta idea-idea baru.

Dr. Edward de Bono

 

Perkembangan filem-filem di Malaysia sangat perlahan dari segi kandungan dan pengisiannya. Hal ini kerana filem-filem Malaysia masih berlegar-legar di takuk idea yang lama. Hal ini menyebabkan idea-idea yang disumbang melalui filem-filem adalah idea yang konvensional. Masalah utama yang dilihat ialah melalui filem komedi di Malaysia.

Memang diakui bahawa rakyat Malaysia menonton filem untuk berhibur sahaja bukan untuk berfikir. Ini dapat melihat melalui penerbitan filem-filem komedi yang pesat setiap tahun. Filem-filem komedi ini bukan sahaja mempunyai idea yang konvensional malah ia memaparkan komedi yang memperbodohkan penonton iaitu komedi splastik.

Komedi splastik atau lawak splastik ialah lawak yang menggunakan tubuh badan, memek muka, dan juga mengenakan orang lain untuk membolehkan yang menonton ketawa. Namun jika dilihat dari keberkesanan berfikir, komedi ini hanya untuk menghiburkan penonton sahaja. Tetapi penonton yang melihat filem untuk berfikir akan berfikir adakah mereka akan melihat lawak sedemikian. Oleh itu, mereka lebih dahagakan lawak-lawak yang berintelektual seperti komedi absurd.

Komedi absurd merupakan komedi situasi yang mana lawaknya terletak pada dialog dan situasi. Tidak memaparkan memek muka atau terencat akal untuk menghiburkan penonton. Ia merupakan sebuah konsep komedi yang bukan konvensional kerana komedi ini dibuat memerlukan daya imaginasi yang tinggi dan amat berkesan.

memang tiada masalah jika filem-filem komedi ini ditayangkan Malaysia. namun diakhirnya penonton disajikan sebuah idea yang sudah lapuk. sudah tentu kecewa. tetap juag berlaku paradoks. walaupun filem komedi spalstik ini boleh dianggap sebagai filem sampah, ia tetap mendapat sambutan penonton. panggung tetap penuh walaupun sudah dekat dua bulan ditayangkan.

banyak bezanya filem ini jika dibezakan dengan filem yang bagus. banyak juga celanya jika dibandingkan dengan filem-filem yang intelek. kita ambil contoh filem arahan Afdlin shauki yang terbaru iaitu Los Dan Faun (2008). masuk panggung pada 4 disember 2008. ini pendapat peribadi setelah membuat seberapa penyelidikan. pengarah sudah menyatakan filem ini berunsurkan komedi absurd. dan ia memang wujud di dalam filem ini. bagi yang sudah menonton, filem ini tiada unsur komedi splastik. komedinya sangat menarik kerana ia membuatkan penonton berfikir dan ia mengaitkan sesuatu situasi itu dengan sesuatu.

Saturday, February 14, 2009

klasik: Iman (1954)

Story structure:

Iman (1954) ialah di antara filem genre horror Melayu (dan kacukan dgn genre drama-cinta) yg menjadi acuan kpd filem2 seram Melayu melibatkan agama Islam selepasnya. Filem ini adalah berdasarkan kisah buku Faust by Goethe sebuah kisah klasik bangsa Jerman! Mungkin saya agak terlebih puji utk menyamakan kerja kamera di babak pembukaan filem ini spt Citizen Kane, tapi itulah hakikatnya! Kerja kamera yg menyorot dari jauh pemandangan sebuah perkampungan Melayu dgn v/o bacaan Al-Quran memulakan penceritaan filem ini 'menandakan' bahawa filem ini mengandungi unsur2 keagamaan yg akan dikupas dr segi kepercayaan penganutnya. Babak pertama dimana Pak Guru/Ruzlan menghuraikan takrifan ayat Al-Quran kpd anak muridnya mengenai kisah Iblis yg tidak mahu sujud kpd Nabi Adam AS mengesahkan bahawa filem ini bertemakan 'faith' in Islam & self redemption. Pd pndpt aku, babak itu adalah titik-mula penceritaan dimana persoalan sejauh mana kepercayaan manusia terhdp Tuhan & sejauh mana manusia tunduk kpd Iblis? Persoalan hidup & mati?

Anak murid bertanya kpd Pak Guru/Ruzlan "Adakah Iblis berkuasa?" adalah persoalan pokok yg akan dihuraikan oleh filem ini iaitu sejauh mana 'kuasa' yg dimiliki oleh Iblis boleh menguasai manusia dan akibatnya? Adakah kuasa Iblis mengatasi kuasa Tuhan? Persoalan ini mungkin terlalu sensitif utk penganut agama yg alim/warak krn filem ini akan memperlihatkan di antara 'kuasa' Iblis yg mampu menggoyang iman seseorang manusia. Tetapi dialog oleh Pak Guru/Ruzlan "Tuhan lebih lagi berkuasa dr segala makhluk yg dijadikanNya" sudahpun memberikan hint kesudahan filem ini. Pandai!

Sememangnya babak pertama ini sarat dgn tema dan plot utama filem ini yg akan diceritakan di sepanjang cerita Iman. Filem ini bercerita melalui komunikasi di antara mentor (Iblis) dan protege (Tok Guru/Ruzlan). Bersedialah apabila Tok Guru/Ruzlan sendiri bermonolog "Aku sendiri ingin melihat Iblis"! Dialog ini yg membuat aku meremang bulu roma! Hihihi!

Penceritaan filem ini kadangkala spt menonton persembahan teater dimana ada babak2 dialog terhadap watak lain yg 'sebenarnya' monolog/bercakap secara terus kpd penonton. Cuma wardrobe Iblis mcm Batman+Bugs Bunny lah pulak! Aku kagum dgn teknik special effect melalui suntingan (post-production) spt backward camera footage semasa 'mencantumkan semula cawan yg pecah'! Filem ini juga ada byk babak magic or miracle kuasa Iblis misalnya morphing (disolve effect) Pak Guru dr seorg tua ke muda dan aksi 'terbang' mcm Crouching Tiger Hidden Dragon atau badan terapung kerasukan mcm The Exorcist atau penjelmaan sebuah kenderaan mcm kereta Santa Claus! Actually aku nak ketawa but ini filem 1954 ok! Idea depa dah advance walaupun takde CGI lagi! Semuanya melalui suntingan yg convincing utk penonton wayang di tahun 50an!

Oleh kerana filem ini berlatarbelakangkan zaman purbawara ala2 era Hang Tuah, maka 'hiburan' yg ditonjolkan ialah keraian majlis tarian zapin, joget & pencak silat BUKAN disco atau pub atau Dataran Merdeka ya! Mmm, asyik plak aku layan tiga buah lagu zapin/joget masa babak tu! Spt filem2 hindi, lagu zapin/joget yg dinyanyikan berisi dgn lirik berpantun 'nasihat' yg related dgn filem ini. Kalau pejuang etika Melayu tengok babak ni mesti diaorg 'marah' coz relatekan zapin/silat sbg 'hiburan lalai' promosi dr Iblis! Hihihi.
Subtext juga digunakan melalui 'sebuah kotak berisi barang kemas' yg diberikan oleh Ruzlan kpd Hamimah sbg 'pemberian cinta' atau 'pujukan nafsu' yg halus. Aksi Ruzlan memasuki bilik Hamimah melalui tingkap ala2 Romeo & Juliet pulak! Diikuti oleh babak2 nyanyian berduet yg mendayu-dayu & exegerate menunjukkan 'cinta terlarang' mereka berdua. Tuduh-menuduh kecurian bunga Bibah & jala Haron ialah subtext pertelagahan gender perempuan vs lelaki, authority vs org kg. Insiden kecurian & kehilangan Hamimah menunjukkan huru-hara yg diakibatkan oleh Iblis & kemelut masyarakat yg terlalu 'selesa' dgn kurniaan Tuhan menjadi havoc apabila diuji olehNya. Tetapi oleh krn manusia diberikan akal fikiran, maka Iblis juga boleh ditewaskan dgn kekuatan iman. Mungkin ini salah satu moral of the story dr filem ini.


Filem ini juga mengangkat mitos2 gelap dlm masyarakat Melayu misalnya fenomena kerasukan, sampuk , pukau, ilmu kedukunan & legenda org bunian. Yg uniknya, dlm filem ini ‘pukau’ yg digunakan oleh Ruzlan terhadap Hamimah ialah melalui sebuah ‘lagu’ yg mendayu2 ajaran si Iblis berbunyi “Mariiilah adinda aaa.. aaa.. usah dinda bimbang hati, gelisah & menanti-nanti..” Mungkin ianya spt simbolik ‘ilmu pengasih’ agaknya.

Pregnancy Hamimah memberikan hint yg menakutkan krn tidak terbayang bagaimana bayi luar nikah yg akan dilahirkan krn ‘bapanya’ adalah Iblis’s follower! Adakah dia akan lahir spt Damien 666 (The Omen)? Plot ‘mengumpat’ satu kg mengenai kehamilan Hamimah terlalu cliché masyarakat Melayu. Bersedialah juga dgn babak gore apabila Husin ‘membuang’ bayi tersebut. How? Korang kena tengok sendiri!

Klimak filem ini berunsur dakwah dimana ‘baik’ mengalahkan ‘jahat’ dgn kekuatan iman seseorg manusia melalui babak yg seakan cerita alien War of The World pulak dgn laser beam dr langit! Believe me! Cuma aku tak terima kebodohan Ketua Kg yg menjatuhkan hukuman hudud yg dikenakan kpd Hamimah krn definitely kesnya adalah tidak jelas dr segi kesahihan dosa zinanya yg dilakukan di bwh influence Iblis/pukau? Hello! Mahkamah Syariah mesti marah tgk babak itu! Kesimpulannya, Iman boleh dikategorikan sbg sebuah filem horror klasik Melayu yg menjadi rujukan filem2 horror selepasnya dr segi special effect. Cuma aku kasi amaran yg babak terakhir filem ini mungkin mengecewakan korang krn unsur ‘penipuan’ tahap maksima! Kah! Kah! Kah!

Perwatakan:

Pak Guru/Ruzlan (Ahmad Mahmud) - watak protagonist/protege secara simbolik/falsafah seorg alim/warak yg diuji iman/faith-nya terhadap Tuhan iaitu persoalan pokok mengenai 'pilihan' dari kuasa selain Tuhan yg berkaitan pilihan hidup/ajal, tua/muda, susah/senang, miskin/kaya, duniawi/akhirat? Yg semuanya 'diberikan' oleh Iblis (Haji Mahadi) dgn syarat rule#1: Pak Guru/Ruzlan MESTI MEMBELAKANGKAN Tuhan melalui perjanjian warkah yg ditandatangi dgn darah & rule#2: JANGAN SEKALI-KALI menyebut nama Allah! Boleh? Scary or funny or cliche?

Iblis (Haji Mahadi) - watak gore antagonist/mentor 'kejahatan' 'evil' 'devil' 'demon' 'syaitan' etc yg menjadi tunggak filem ini (mmm, aku pon dah keliru siapa sebenarnya protagonist/antagonist filem ni?) Kalau dilihat dr segi character arc, Iblis ditunjukkan sbg suatu kuasa yg hampir perfect tetapi ada flaws di akhir cerita krn kuasanya masih kekal sejak azali sbg 'kurang' dr kuasa Tuhan. Iblis adalah 'cermin terbalik' kpd ketuhanan dimana semua ajaran Iblis adalah ajaran yg bertentangan dgn agama. Agaknya beliaulah rujukan 'frankenstein Melayu'! dan lakonan berani mati seorg 'haji' sbg 'iblis'! Fuyoo!

Hamimah (Sa'adiah) - watak antagonist/sub-character seorg 'tunang org' yg naif & terperangkap dlm situasi adat 'kemelayuan' dan 'suruhan agama' yg utuh.

Husin (A.Rahim) – watak tempelan tipikal anak org kaya yg menidakkan status maruah keluarga yg tercemar krn adiknya Hamimah mengandung luar nikah.

Awang (Aziz Satar) – watak tempelan tipikal org miskin yg menyalahkan masyarakat krn dihina.

Haron (Mohamad Hamid) & Bibah (Mariani) - simbolik percintaan yg suci sesama manusia yg dianggap oleh Iblis sbg 'kolot'.

Ketua Kg (Mustarjo) Рwatak authority yg begitu clich̩ filem2 Melayu; sentiasa betul, betul dan betul walaupun kadangkala pendapatnya tidak betul.
Bapa Hamimah (Malik Sutan Muda) & Ibu Hamimah (Neng Yatimah) - ibubapa yg 'percaya' kpd alam mistik & menjadi mangsa keadaan.
Produksi:

Penerbit:
RUN RUN SHAW & Malay Film Productions Ltd.

Pelakon Utama:
Ahmad Mahmood
Sa'adiah
Haji Mahadi

Pelakon Pembantu:
Neng Yatimah
Mariani
Mohamad Hamid
Malik Sutan Muda
Aziz Satar
Mustarjo
A.Rahim

Sutradara:
K.R.S.Sastry

Pen.Sutradara:
H.M.Rohaizad

Cherita saringan dari:
Faust by Goethe

Susunan & Screenplay:
K.R.S.Sastry

Senikata:
H.M.Rohaizad

Gurindam:
S.Sudarmaji

Juru Gambar:
N.B.Vasudev
& Koh Jee Soon

Pen. Juru Gambar:
K.M.Thomas
& S.Jumari

Juru Suara:
Tan Soo Yam

Pen. Juru Suara:
Yew Song Tee

Pelukis Pemandangan:
J.S.Anthony

Pen. Pelukis Pemandangan:
Rasul Hashim

Laboratory:
V.Radhakrishnan

Pen. Laboratory:
Wong Hong Peng

Penyunting Film:
H.R.Narayana
& Wong Fun

Pen. Penyunting Film:
Lim Yew Hai

Lagu2:
Yusof B.

Tarian:
Edith Costillo

Zapin:
Aziz Satar

Silat:
Rahman Bakar
& Rahim Bakar

Penggambaran Istimiwa oleh:
N.B.Vasudev

Pengulas pjg-lebar:
ajami hashim
pautan asal: horrorisma.blogspot.com

klasik: Antara Dua Darjat (1960)


CERITA & LAKONLAYAR
Omar Rojik

PENGARAH
P. Ramlee

PRODUKSI & SINOPSIS
sila rujuk: sinemamalaysia

MUKADIMAH

Filem ini dibuka dengan paparan kredit produksi berlatarkan shot sekeping papantanda lusuh 'ANGGREK VILLA' yang terbiar di atas tanah semasa hujan lebat di waktu malam dengan iringan muzik orkestra yang meriah! Ia adalah exposition yang murah, mudah dan misteri seakan memberitahu penonton bahawa di sinilah lokasi dunia fiksyen filem ini iaitu di sebuah rumah banglo yang sudah terbiar. Mukadimah ini telah memancing minda penonton dengan persoalan 'apa ceritanya?' dan pemberitahuan 'kamu tontonlah sampai habis!'
Secara strukturnya, skrip filem ini menggunakan cara bercerita yang unik iaitu kombinasi linear dan non-linear storytelling kerana ia dipecah-pecahkan kepada sekuen cerita atau Point-of-View (POV) dari kesemua watak utama. Benarkah kedua-dua cara bercerita; linear dan non-linear bercampur-aduk atau saya mesti mengkategorikannya dalam salah satu cara sahaja? Saya cuba huraikan dan kamu sendiri boleh pilih:

1. LINEAR: Naratif filem ini bergerak dalam real-time ke depan bermula dari babak pembukaan di Anggrek Villa sehinggalah ke tragedi di kampong Ghazali. Kalau difikirkan sekali imbas, ya! ia adalah LINEAR STORYTELLING yang sangat pendek iaitu berdurasi 2 hari dan 2 malam sahaja.

Malam 1:
- Ghazali mengintai Tengku Zaleha di Anggrek Villa yang dianggap ‘hantu’ atau ‘penchuri’
- Introduksi watak-watak dan exposition di rumah itu.
- Ghazali bertekak dengan Sudin mengenai flashback masing-masing.

Siang 1:
- Tengku Zaleha menyarankan kepada Tengku Mukri memanggil orang untuk membaiki piano.
- Pertemuan semula Ghazali dengan Tengku Zaleha sebagai orang asing.
- Pertelagahan Ghazali dan Sudin sekali lagi.
- Lawatan Tengku Aziz ke rumah Ghazali untuk mendapatkan maklumat sebenar dari Sudin.

Malam 2:
- Tengku Mukri berjumpa dengan perempuan simpanannya Nona? Mona? Munah? (maaf! saya tak dapat dengar dengan jelas nama sebenar dia?)
- Tengku Zaleha berjumpa secara sulit dengan Ghazali untuk menghuraikan semua ceritanya dalam flashback.
- Tengku Mukri mengesyaki kecurangan Tengku Zaleha dari kasut yang berlumpur dan gambarnya yang dipecahkan.

Siang 2:
- Tengku Aziz cuba memujuk Tengku Mukri untuk menceraikan Tengku Zaleha yang menimbulkan konflik.
- Tengku Mukri menghalau, melanggar dan menembak Tengku Aziz.
- Tengku Mukri bertengkar dengan Tengku Zaleha.
- Tengku Mukri menyerang Ghazali di kampungnya.
- Tengku Mukri mati ditembak oleh Tengku Aziz.
- Happy ending! Tamat. Noktah. Titik.
Pendek sahaja kan? Ia seolah-olah LINEAR STORYTELLING. Betul atau tidak? Oklah, sekarang saya huraikan pula dalam satu lagi cara:

2. NON-LINEAR: Naratif filem ini bergerak dalam real-time ke depan bermula dari babak pembukaan di Anggrek Villa sehinggalah ke tragedi di kampong Ghazali. Ia adalah NON-LINEAR STORYTELLING yang sangat panjang iaitu berdurasi 2 hari dan 2 malam dalam bentuk real-time DAN kisah sebenar selama 1 tahun dalam bentuk flashback! Ini bermakna naratif filem ini bergerak ke depan dan ke belakang atau NON-LINEAR STORYTELLING. Saya huraikan lagi dengan bantuan diagram berikut: [SILA KLIK UNTUK PEMBESARAN]

Struktur lakonlayar ini boleh dimudahkan dengan melihatnya sebagai ‘3 Act Structure’:

ACT 1: SET-UP/BEGINNING/KEPALA:
Naratif filem ini dibuka secara real-time di TITIK C iaitu 3 bulan selepas perkahwinan Tengku Zaleha dengan Tengku Mukri di TITIK B atau 1 tahun dari TITIK A. Ini ialah permulaan cerita atau frontstory yang ditonton di layar perak tetapi BUKAN permulaan cerita penuh yang sebenar. Filem ini sebenarnya bermula di tengah cerita iaitu pada malam pertama Tengku Zaleha, Tengku Mukri dan Tengku Aziz bermalam di Anggrek Villa. Walaupun babak pembuka berdialog di antara ketiga watak adalah naratif yang memperkenalkan siapakah mereka tetapi babak ini ialah di pertengahan cerita penuh. Exposition dalam rumah yang terbengkalai memastikan bahawa penonton melihat tinggalan backstory filem ini. Lelaki misteri; Ghazali pula adalah clue pertama kepada penonton bahawa ada sesuatu yang tidak kena sebelum ini yang perlu diselesaikan olehnya. Penonton akan terus menonton filem ini untuk mengetahui apakah ia sebenarnya seperti sebuah tekateki/puzzle.
TENGKU AZIZ
Engku Mukri, sudah berapa lamakah rumah ini tidak diduduki orang?

TENGKU MUKRI
Ada lebih kurang setahun.

ACT 2: CONFRONTATION/MIDDLE/BADAN:
Permulaan sebenar cerita penuh ialah di TITIK A. Backstory melalui gabungan/rentetan flashback oleh Ghazali, Sudin dan Tengku Zaleha dari TITIK A ke TITIK B ke TITIK C diletakkan di pertengahan filem sebagai tunjang utama cerita sebenar yang berlaku sepanjang 1 tahun yang lalu.

1. Flashback oleh Ghazali (rujuk diagram/bar atas: TITIK 1 ke TITIK 2)
Ia bermula dengan kejadian kereta Tengku Zaleha tersekat dalam lumpur semasa hujan lebat dan memerlukan bantuan orang kampung yang diketuai oleh Ghazali. Insiden ini ialah titik mula sebenar kisah filem (plot point) ini dimana saat itulah pertemuan kali pertama Ghazali dengan Tengku Zaleha.
Bersambung dari situ, babak-babak seterusnya ialah sekuen naratif secara linear tetapi dalam kombinasi flashback oleh Ghazali dan dari POV Tengku Zaleha sendiri. Kesemua flashback hanya bertujuan untuk establish percintaan di antara Tengku Zaleha dan Ghazali yang mendapat tentangan hebat daripada Tengku Karim (ayahanda Tengku Zaleha) dan Tengku Hasan (abang tiri Tengku Zaleha) kerana perbezaan darjat. Konflik paling besar inilah intipati utama (main-plot) atau taruhan (stakes) filem ini. Ironinya, pandangan serong Tengku Karim dan Tengku Hasan mengenai darjat orang yang dibenarkan berkawan dengan Tengku Zaleha ialah Tengku Hasan sendiri yang mencadangkan supaya mengupah Ghazali untuk menjadi guru piano kepada Tengku Zaleha! Sesi-sesi latihan piano itulah yang menghangatkan lagi percintaan Tengku Zaleha dan Ghazali. Perhubungan sulit mereka digambarkan dengan jelas sewaktu dating di taman bunga semasa lagu Getaran Jiwa. Namun pada malam yang sama iaitu ‘MALAM KEJADIAN’ - pertemuan terlarang mereka berkesudahan dengan satu tragedi. Tengku Karim, Tengku Hasan dan para pengawalnya telah menyerbu mereka dan membelasah Ghazali sehingga pengsan. Kerana itulah flashback oleh Ghazali berakhir di plot-point yang mengakibatkan 'kehilangan' informasi mengenai Tengku Zaleha seterusnya.

MAK JAH
Tengku Zaleha sudah mati nak! Percayalah cakap mak Ghazali!


2. Flashback oleh Sudin (rujuk diagram/bar atas: TITIK 2 ke TITIK 3)
Naratif filem ini disambung oleh cerita dari POV Sudin. Ghazali ditemui oleh Sudin dan orang-orang kampung yang sudah pengsan lalu dibawa pulang ke rumahnya. Kemudian Sudin dan orang-orang kampung pergi 'menyerang' Anggrek Villa tetapi mereka dikejutkan oleh 'kematian' Tengku Zaleha di TITIK 3. Kerana itulah Sudin meyakinkan Ghazali bahawa 'perempuan' yang dilihatnya di Anggrek Villa sekarang BUKAN Tengku Zaleha dan menganggap Ghazali sebagai 'gila'. Flashback oleh Sudin ini ialah plot-point yang mengelirukan anggapan penonton bahawa Ghazali memang 'berkhayal'.

TENGKU KARIM
Saudara kamu hanya pengsan tetapi anak aku mati.


Real-time:
Seterusnya naratif disambung semula dalam real-time di Anggrek Villa. Kerosakan piano di rumah itu menyebabkan Ghazali dipanggil untuk membaikinya. Plot ini pula 'menemukan' semula Ghazali dengan Tengku Zaleha. Persoalan kepada penonton samada Tengku Zaleha ialah 'Tengku Zaleha yang sama' semakin menjadi misteri apabila dia memainkan piano dengan lagu Getaran Jiwa tetapi seolah-olah tidak mengenali Ghazali! Di saat inilah penonton akan semakin tertanya-tanya siapakah yang betul? Ghazali atau Sudin? Tengku Zaleha sudah mati atau masih hidup? Satu lagi plot-point wujud di TITIK C.



3. Flashback oleh Tengku Zaleha (rujuk diagram/bar bawah: TITIK 4 ke TITIK 5 ke TITIK 6 ke TITIK 7)
Flashback Tengku Zaleha ini sangat penting kerana ia menjawab persoalan pertelagahan pendapat di antara Ghazali dan Sudin mengenai samada Tengku Zaleha sudah mati atau tidak. Sebenarnya flashback ini ialah sambungan flashback oleh Ghazali. Di TITIK 2 - Ghazali pengsan, naratif filem ini sebenarnya terpecah kepada 2 dimana kisah sebenar Tengku Zaleha (RUJUK diagram/bar bawah) ‘terlindung' di belakang flashback oleh Ghazali! Maksudnya, kisah Tengku Zaleha adalah parallel dengan kisah Ghazali cuma kedua-dua flashback diceritakan mengikut giliran. Ia mengulang semula peristiwa dari TITIK 4 ke TITIK 5 - ‘MALAM KEJADIAN’ tetapi dari POV Tengku Zaleha pula.

Sebenarnya kisah Tengku Zaleha lebih sengsara dari Ghazali. ‘TRAGEDI KELUARGA’ dari TITIK 5 ke TITIK 6 membongkar semakin banyak rahsia keluarga Tengku Karim iaitu Yang Chik ialah bekas perempuan kabaret (orang kebanyakan). Klimak konflik dalam keluarga kerabat ini mengakibatkan pembunuhan Yang Chik, Tengku Hasan dihukum gantung, Tengku Karim menjadi gila dan Tengku Zaleha terpaksa mengahwini Tengku Mukri. Dalam flashback ini juga, terlalu banyak exposition yang bertali-arus mengejutkan penonton. Kadangkala ia bercampur dengan flashback komplot Tengku Mukri dan ayahandanya Tengku Ayah untuk membolot harta Tengku Zaleha. Pertemuan mereka di Singapura juga membongkar satu lagi plot-point iaitu sebenarnya Tengku Zaleha sudah bertunang dengan Tengku Mukri secara perjanjian wasiat/kontrak di antara Tengku Karim dan Tengku Ayah SEBELUM Tengku Zaleha berkenalan dengan Ghazali. Lalu di TITIK 6/TITIK B, Tengku Zaleha terpaksa berkahwin dengan Tengku Mukri.
TENGKU MUKRI
Sudah hampir 3 bulan kita nikah tapi dinda masih berlaku seperti orang asing.


Dialog di atas memberikan exposition tentang time-frame bilakah perkahwinan di antara Tengku Zaleha dengan Tengku Mukri dari babak di atas iaitu 9 bulan selepas tragedi di Anggrek Villa. Akhirnya, tawaran untuk bercuti ke Anggrek Villa oleh Tengku Mukri kepada Tengku Zaleha membawanya pulang ke Anggrek Villa selepas setahun berlalu di TITIK 7/TITIK C.

GHAZALI
Rupanya penderitaanmu lebih hebat daripada aku Zaleha dan aku rasa sungguh berdosa berjumpa denganmu di tengah malam begini sebabnya kau sudah pun menjadi milik orang.


Real-time:
Di TITIK C, sekembalinya naratif flashback oleh Tengku Zaleha ke real-time, konflik salahfaham di antara Ghazali dan Tengku Zaleha dikira sebagai selesai TETAPI konflik Tengku Mukri dan Tengku Zaleha dirumitkan pula. Babak demi babak membongkar segalanya:


1. Tengku Mukri ada perempuan simpanan.
2. Tengku Mukri sanggup membunuh sahabat karibnya sendiri iaitu Tengku Aziz demi menjaga darjat dan memusnahkan penghalang rancangannya.
3. Tengku Mukri adalah seorang cold blooded killer!
4. Tengku Mukri mengahwini Tengku Zaleha semata-mata hanya untuk membolot harta sepencarian mereka bukannya cinta!
TENGKU MUKRI
Semasa aku di England dulu, mereka menggelar aku 'Tengku Mukri the sharp shooter'!


ACT 3: RESOLUTION/END/EKOR: (TITIK C ke TITIK D)
Durasinya pendek dan lokasinya hanya di kampong Ghazali tetapi banyak! sangat banyak konflik-resolusi, konflik-resolusi, konflik-resolusi berulang-ulang seperti tarik-tali di babak-babak klimak ini!

TENGKU MUKRI
Lalu semua! Nanti aku tembak satu persatu! Lalu!

GHAZALI
Kamu selalu berbangga dengan darah keturunanmu. Sekarang cubalah bandingkan darahmu dengan darahku!


Dialog Ghazali di atas ialah katakunci moral apa yang hendak disampaikan oleh filem ini. Antara Dua Darjat memegang anggapan secara sinis terhadap perbezaan darjat sesama manusia iaitu ianya TIDAK WUJUD dan semua manusia adalah SAMA RATA. Ia seolah propaganda kepada penonton di kalangan orang-orang kelas pertengahan dan bawahan yang sudah tentu menjadi majoriti penonton di akhir tahun 50-an dahulu sebagai selling-point.


Watak Tengku Aziz pula dijadikan wakil orang-orang kelas atasan untuk 'membersihkan' anggapan keji golongan mereka yang bersifat seperti Tengku Mukri yang tidak ubah seperti 'nila setitik' atau 'kambing hitam' sahaja.

NOTA:

SET-UP/PAY-OFF

(senapang di dinding kanan foto di atas)

(testing! 1 2 3!)

senapang patah
"If you say in the first chapter that there is a rifle hanging on the wall, in the second or third chapter it absolutely must go off. If it's not going to be fired, it shouldn't be hanging there." ~ Anton Chekhov
Lihatlah bahawa di babak awal-awal lagi selaras senapang patah di jadikan hiasan di dinding Anggrek Villa sampaikan Tengku Mukri sendiri cuba-cuba menggunakannya! Dalam ertikata lain, filem ini betul-betul menggunakan saranan Chekhov iaitu senapang itu MESTI melepaskan tembakan!


pistol
Tengku Aziz pula digambarkan di babak awal sebagai memiliki sepucuk pistol peribadi yang akan digunakan untuk menembak Tengku Mukri di akhir cerita.

piano
Piano usang di rumah itu ditonjolkan sebagai prop penting di babak awal kerana ia adalah ‘pengikat’ percintaan Ghazali dan Tengku Zaleha melalui lagu Getaran Jiwa.

MAIN PLOT:
Percintaan pasangan Tengku Zaleha dengan Ghazali kerana konflik perbezaan darjat di antara mereka mempunyai 2 fasa halangan utama:
1. flashback: Tengku Karim dan Tengku Hasan
2. real-time: Tengku Mukri

SUBPLOT:
1. Konflik Ghazali dengan dirinya sendiri.
2. Konflik Ghazali dengan Sudin.
3. Konflik Tengku Zaleha dengan dirinya sendiri.
4. Konflik Tengku Hasan dengan Yang Chik.
5. Konflik Tengku Mukri dengan Tengku Aziz.
6. Percintaan Sudin dengan Munah.
7. Perhubungan sulit Tengku Mukri dengan perempuan simpanannya.
8. Komplot pembolotan harta Tengku Zaleha oleh Tengku Ayah dan Tengku Mukri.

KESIMPULAN
Adakah filem ini menggunakan struktur bercerita secara LINEAR atau NON-LINEAR? Terpulanglah kepada kamu! Apa yang dapat saya simpulkan ialah sulaman dan susunan naratif filem ini akan semestinya mengujakan khalayak untuk menontonnya sehingga habis bagi menyelesaikan tekateki/puzzle dari semua flashback. Ia merupakan sebuah lakonlayar hasil karya penulis skrip bapak Omar Rojik yang benar-benar pandai dan berkualiti!

Sekian, terimakasih.
Ajami Hashim
Sabtu, 29 Sept. 2007
pautan asal: bicaraskrip.blogspot.com