Photobucket

Friday, September 26, 2008

ideologi si Mamat Khalid~

pada tanggal 15 September 2008, aku telah ke FINAS dengan mind-setting hanya untuk berbuka puasa. tapi ada pulak tiba-tiba diadakan seminar "MENJEJAK PEMIKIRAN MAMAT KHALID". Aduss~
aku pergi dengan cawan kosong.
panelnya terdiri daripada empat manusia berilmu iaitu, A. Wahab - seorang penulis/pengkritik filem, Dr Zulkifli - seorang lecturer freelancer dlm film studies, En Norman - lecturer bijak kebanggaan kita, dan Mamat Khalid sendiri.
Mungkin korang dah terbaca artikel tentang seminar ni kat surat khabar Harian Metro kut?
Lebih kurang apa yang press cakap dengan apa yang Mamat Khalid cakap cuma mungkin bertapis sikit. Bukanlah Mamat Khalid tu mencarut pun~
Mamat Khalid meletakkan beberapa harapan dia dalam membikin filem. Harapan2 dia ni harap2nya dapat jadi ideologi yang membentuk budaya. ecewahhh~!
1. Filem di Malaysia ni akan jadi satu budaya. Something yang semua orang buat. BUat tu bukanlah maksudnya semua orang keluar shoot, tapi semua orang pergi nonton, dan balik berfikir.
2.Filem hitamputih dari Kala Malam Bulan Mengambang tu di hasilkan untuk merai zaman kegemilangan filem Melayu dulu2. Untuk meminjam sedikit magic dari hasil tangan Run Run Shaw dan P Ramlee. Walaupun zaman dulu tu, hasil hitamputihnya terpaksa sebab tak ada lagi teknologi warna, tapi magic tulah yang Mamat nak pinjam.
3.Filem Lang Buana adalah essence of Mamat Khalid. Kalau nak kenal diri dia, tonton Lang Buana.
4.Bila dia buat filem, harap2nya apa yang penonton dapat adalah sebaliknya daripada apa yang dia nak katakan. Contoh, kalau dalam Man Laksa, endingnya gunakan konsep Mat Jenin, jadi apa yang penonton patut buat lepas tengok cerita tu adalah tanya diri sendiri "What are we gonna do about it?" Maksudnya, janganlah jadi macam Man Laksa tu~!
5.Penonton seharusnya menerima/merespek apa yang pengarah tu buat, dari segi naratif, bukan menghukum pengarah dengan mengatakan cerita tu tak best sebab jalan cerita tak memenuhi kehendak korang. Kalau Mamat letakkan endingnya berangan - adalah sebabnya tu~! Bukan sesaja je (mcm filem Mistik, lalala~) or untuk tunjuk ending yang klise. (mcm Mistik gak)
6.Filem Rock hanya akan difahami oleh orang yang hidup di zaman tu. Kalau Mat2 Kuntum tak faham cerita tu, tolonglah faham yang cerita tu hanya untuk rockers~! Haha~
7.Every parody filem yang Mamat buat, ada sesuatu yang dia nak sampaikan. Each of it. Cont0hnya, dia menggunakan puteri Majapahit sebagai watak Puteri Gunung Ledang sedangkan dalam sejarah, Puteri Gunung Ledang tu orang Johor~ KOrang rasa apa yang dia nak sampaikan kat siniey~?
Bagi panel2 bijak yang lain tu, diorang lebih banyak bidaskan genre2 filem yang MAmat Khalid buat dari segi teori dan pandangan ahli2 buku or ahli2 falsafah. termasuklah En Norman yang kita sayang~

en hassan muthalib~


seorang lecturer di FACT. jelas sekali dia bukan orang baru. disebabkan para pengalamannya yang tersangat-sangat-luas-sehingga-korang-boleh-ternganga-lopong-sambil mengangguk-angguk-hanya-dengan-dengar-dia-mengkritik-filem. bagus jugak FACT jemput dia jadi lecturer, biar minda budak-budak kita terbukak luas sikit. biar mata diorang melihat dengan cara Anuar Nor Arai melihat.


tapi, masing-masing ada opinion masing-masing. bagi Hassan Muthalib, tak ada istilah "filem seni" dan "filem commercial". tapi istilah itulah itulah yang kita makan selama ni kan? Bukannya en Hassan Muthalib seorang yang sempurna dari serba-segi, tapi dia sangat tinggi-berilmu.


aku pun kadang-kadang kerut dahi jugak bila dengar dia interpret sesebuah visual dengan konfidennya. macam tak nak caya~ tapi dia ni pandai dan pakar dan berilmu. tapi macam tak logik pun ada.


tapi apa2 hal pun, kalau korang sambung belajar kat FACT lepas nih, kalau en hassan masih ada, korang akan terbuka minda dalam mengkritik filem.


kalau korang nak search pasal dia~ just type hassan muthalib kat google.com


lalala~

Tuesday, August 26, 2008

wall-E






ehem ehem..






wall-E, satu filem animasi keluaran terbaru Pixar. nak tahu juga apa yang menarik. maka, nak tahu, kenalah pergi tengokkan? jadi aku berjaya jugalah menonton filem ini. aku tak tahu nak review apa sebenarnya ni. tapi, memandangkan, atas permintaan sahabat baik iaitu mrs muse, maka aku rasa aku cuba jugalah wat review. lagipun lama tak menulis dekat sini.






masa permulaan filem ini, aku diselubungi rasa kurang selesa dan sedikit celaru apabila melihat dunia yang dipenuhi dengan sampah. bangunan lebih rendah dari timbunan sampah. dunia tiada manusia. BUMI penuh dengan SAMPAH! isy, takut juga pun ada. rasa rimas tengok keadaan dan suasana ini. kemudian paparan watak Wall E yang rutin hariannya adalah "mengotakkan" sampah sampah yang ada. (perhatian: jangan guna perkataan tu). karakternya ditunjukkan mempunyai tempat tinggal sendiri, mengumpul barang2 yang menarik perhatiannya, menonton video, merakam emosi yang dimahu, tidur, bangun, charge tenaga guna tenaga solar, sambung buat kerja balik. begitulah seterusnya. namun begitu, apabila cerita ini berjalan dengan kehadiran watak EVE yang akhirnya membawa Wall-E ke satu kapal angkasa yang menempatkan sejumlah bilangan manusia yang malas, malas, malas, malas, malas dan malas, maka barulah kurang rasa kurang senang tadi.






apa yang aku mahu katakan mengenai filem ini, aku tertarik dengan konsep "patah balik" yang dilakukan. bagaimana manusia yang telah pun maju, mempunyai teknologi melampaui batas sampai mereka tidak perlu lagi berdiri melakukan sebarang kerja, akhirnya kembali ke dunia untuk menyuburkan kembali tanaman, majukan kembali, = peradaban baru!






dunia moden kembali menjadi tamadun mesopotamia. alangkah indahnya falsafah itu! sebagai manusia, aku terasa sangat "sentap" apabila melihat watak Wall- E dan EVE yang bersungguh-sungguh mahukan semua kembali ke bumi. mereka hanyalah robot. mereka sepatutnya ciptaan manusia. manusia yang sepatutnya ada perasaan. tapi manusia yang duduk diam, makan, tidur, duduk, makan tidur, dan berjuang di saat-saat akhir. barangkali itulah yang terjadi masa kini. manusia tidak lagi menjaga bumi dalam erti kata lain hanya tahu berseronok dan mencari kesenangan. akhirnya, sampah juga yang tinggal dekat bumi. manusia entah ke mana. aduh!






aku juga suka isu "kepentingan alam sekitar" yang dipaparkan dalam filem ini. dipaparkan bahawa manusia terpaksa duduk di dalam kapal angkasa untuk menunggu bumi dibersihkan dari segala sampah. mereka hanya boleh pulang ke bumi setelah robot seperti EVE menjumpai unsur yang hidup iaitu "tumbuhan". tumbuhan inilah yang akan mengaktifkan kapal angkasa tersebut untuk kembali ke bumi. ye, pencemaran alam akan merosakkan bumi. kalau kita ni memang hebat, memang kreatif, boleh cipta kapal angkasa macam tu, memanglah hidup kita senang. tapi kalau benar terjadi macam tu, mana manusia nak pergi? betul ke akan ada kapal angkasa yang akan bawa kita tinggal dekat ruang angkasa??? isy..takut lak bila fikir...






itu je aku nak cakap. la la la la...tapi aku suka watak Wall-E. cute, adorable, very loving, wah......aku jatuh cinta sama robot pula. bayangkan bagaimana mrs muse boleh menggambarkan WALL-E adalah SHIA labeouf. ah, senang cerita, tak rugilah tengok wall-e. memang best. yebedabedu!!!

Saturday, August 23, 2008

Susuk by Naeim Ghalili and Amir Muhammad



Susuk represents sesuatu yang syirik, kepercayaan orang Melayu biasanya untuk jadikan diri sendiri cantik or digilai. dalam filem Susuk pulak, Naeim & Amir letakkan satu fine line di antara pemakai susuk dan orang biasa. dengan meletakkan satu clear statement yang disebut oleh pelakon Aleeza Kassim sebagai Rozana dalam filem tu, iaitu "Susuk membezakan antara selebriti dan orang biasa." something like that la maksud dialognya.




maksudnya, if you want to be somebody, you have to wear susuk. dunia realiti selebriti. yang selama ni dinafi-nafikan, dirahsia-rahsiakan, sekarang ditayang terang-terang oleh Naeim dan Amir. betul atau tidak tu, terpulang kepada siapa yang nak percaya.




tapi watak Diana Rafar, iaitu Soraya, percaya. dan yang ajaibnya, dia tak rasa geli or takut pun dekat benda syirik tu. malahan ada keinginan untuk mencuba. mula-mula aku tengok reaksi dia masa dia baru dengar tentang susuk, dia tak ada satu reaksi takut pun. aku ingatkan dia ni tak ada didikan agama or might be somebody yang really jahil. tapi dia ada emak di kampung yang beristighfar bila dengar tentang susuk. dia ada kakak yang kena abused by husband sendiri. oh then i noticed. emak dan kakaknya tu macam tak ada pertalian aje. if perempuan kena abused, mestilah ibu org pertama yang akan protect anak perempuannya tu kan? but dlm family Soraya, it doesn't happen. i wonder why..hmmm...




anyway, back to susuk, cara Naeim dan Amir bercerita very twisted. mereka ni tunjukkan karakter Ida Nerina dan Diana Rafar seolah mereka dua orang yang berbeza. Mula storyline dengan tunjukkan Ida Nerina keluar dari satu gudang kosong dengan terhoyong-hayang dan terjelepuk di atas tanah. didekati oleh Adlin Aman Ramli pulak lepas tu. and then poof, pergi kat Diana Rafar. okey, dua watak yang berbeza.




tapi yang sebenarnya watak yang sama. Ida Nerina is Diana Rafar yang telah mencapai susuk keramat. Susuk Keramat tu susuk yang paling tinggi darjatnya, dan hanya boleh dibuat oleh Dukun Dewangga, bla-bla-blahh.. keperluan karakter Ida Nerina pulak, membunuh untuk makan daging manusia bagi mengubat sumpahan langgar pantang yang dia dah buat.




Cerita ni tak ada satu pun karakter yang bersikap rasional. tak ada satu pun yang bertindak nak baya ayat suci AlQuran ke, or even sembahyang ke. cuma satu watak, iaitu ibu Soraya yang beristighfar, but in the end dia mati jugak. mati sebab apa, aku pun confused.




reaksi teman serumah Soraya bila dapat tau Soraya bercium dalam lif pun macam biasa, macam benda tu dah berlaku banyak kali. Rilek. tak seorang pun yang boleh beranikan diri melempang Soraya tu.




okey. Soraya jahil agama. berkawan pun dengan manusia yang jahil agama. so, nobody could stop her.




scene-scene yang tak berapa diperlukan dalam filem ni pun banyak. antaranya,

-mak cik yang dah mati suruh Soraya nyanyikan satu lagu untuk dia.

-cameo Yasmin Ahmad as jururawat. mungkin bertindak untuk penonton dalam pawagam jerit : "Oh! Yasmin Ahmad lah!!"

-scene bergurau-gurau dalam bilik gunakan bantal berbulu(or might be bahasa filem, Naeim dan Amir nak tunjuk yang scene ayam(bulu) seterusnya ada kena mengena dengan Soraya)

-watak abang ipar Soraya yang abused wife. yang tak ada kena mengena dengan susuk. (mungkin untuk tunjuk betapa miserablenya hidup Soraya, or untuk jadikan watak abang ipar tu sbg penyambung antara Soraya dan Adlin)

-Scene Rozana mandi kolam, yang dengan selamba menayang pakaian mandinya iaitu bra dan seluar dalam shj.


in the end, orang-orang yang Ida Nerina (or Soraya) bunuh untuk memenuhi keperluan dia tu adalah orang-orang yang pernah sakitkan hati dia. tak seorang pun orang awam yang tak bersalah. so.....what's the point of killing? kat situ dah tunjukkan yang Ida Nerina took revenge at the same time dalam keperluan nak makan daging manusia. (but manusia yang pernah sakitkan hati dia.) huh?!


lalala.


p/s: beb~aku punya lesen utk buat silap. so, maafkanlah review yg sangat amatur ni ye.

Wednesday, July 23, 2008

Kebangkitan filem Epik dan Mitos.

Pembikin filem kini semakin ghairah dalam menghasilkan filem-filem berbentuk epik. Apatah lagi sejarah kesusasteraan memungkinkan penghasilan filem bergenre sedemikian, kerana unsur-unsur spektakular yang terkandung di dalamnya.

Namun, perkara yang sebenarnya yang memungkinkan atau faktor utama filem-filem sedemikian dapat dihasilkan dengan lebih mudah adalah disebabkan adanya sokongan teknologi perfileman yang semakin canggih.

Filem seperti ini tidak hanya diterima di China yang mempunyai nilai kebudayaan dan tinggalan sejarah yang tinggi, bahkan mula mendapat sambutan audiens di seluruh dunia. Sebab itulah akhir-akhir ini semakin banyak filem epik dan mitos di hasilkan di Holywood, seperti Forbidden Kingdom, The Mummy: Tom of The Dragon Emperor, Troy, Harry Potter dan Kingdom of Heaven.

Perkembangan dan perluasa pengunaan teknologi Imej Janaan Komputer memungkinkan serta memudahkan lagi filem berbentuk epik dan mitos sebagai trend semasa industri filem mutakhir, yang telah membelanjakan kos yang besar dan produksi yang lebih complicated.

Penghasilan filem epik atau mitos, mementingkan aspek serta melibatkan dua karekteristik yang saling bersangkut paut, iaitu yang mempunyai subjek atau pertalian dengan dunia purba dan bernilai sejarah yang mempunyai nilai. Selain daripada melibatkan kos yang besar.

Nilai spektakular pada filem epik bukan sahaja terletak pada elemen visualnya sahaja tetapi juga pada kosep rekaan bunyi. Atas alasan itu filem epik atau mitos sering mengangkat subjek-subjek yang mempunyai tema perperangan.

Secara am kelebihan yang dapat dilihat filem epik dan mitos kadang kala memberi sumbangan kepada nilai intelektual, ia juga memandatkan serta memudahkan cerita daripada bahan sejarah yang kompleks supaya bersifat antarabangsa dan mudah diikuti oleh khalayak dunia.

Friday, July 18, 2008

Grave of the Fireflies

Grave of the Fireflies yang di arahkan oleh Isao Takahata pada tahun 1988 mengisahkan tentang kehidupan masyarakat Jepun semasa berlakunya Perang Dunia ke-dua.

Filem animasi ini merungkai persoalan mengenai penindasan yang berlaku terhadap masyarakat Jepun, “Ideologi sesebuah filem sebenarnya secara halus dipengaruhi oleh persepsi pengarah tentang persekitaran ataupun sesuatu isu yang ingin dikupas”. Secara amnya, ideologi adalah salah satu cara untuk mendapatkan kuasa (power) dan pengakhiran (ending) yang dikehendaki.

Oleh itu tidak hairanlah filem ini banyak memaparkan simbolik kepada anti-amerika. Bagaimana nilai sebuah negara itu hancur akibat kekecohan yang dilakukan. Contoh pengeboman yang dilakukan Amerika terhadap negara Jepun. Lantas mengangkat nilai rohani dan jasmani dalam masyarakat Jepun, ini dapat dilihat melalui watak Seita dan Setsuko yang cekal menghadapinya.

Amnya dalam sesebuah filem, pengarah akan menonjolkan kekuatan jati diri seorang watak utama. Contoh apa yang telah digarapkan, melalui Grave of the Fireflies oleh Isao beliau meletakkan sifat keperwiraan seorang abang yang cuba melindungi adiknya dari pelbagai ancaman.

Kesimpulannya pengarah telah berjaya mengangkat kekuatan bangsa Jepun di dalam filem ini, walau pada dasarnya Jepun gagal dalam peperangan dunia ke-dua tetapi pengarah berjaya membawa penonton ke sisi yang lain mengenai kekuatan jiwa mereka. Seterusnya meruntuhkan anggapan penonton mengenai kehebatan mereka tentang kejayaan mereka memusnahkan Jepun, khasnya melalui watak Seita dan Setsuko.

Monday, July 14, 2008

5 teori

p/s: sebenarnya entri ni dah lama nak letak kat kpb ni..tapi asyik lupa je...selamat membaca

Ya a au..Hari ni saya mahu katakan pasal 5 teori yang sering aku gunakan untuk menulis satu skrip atau cerita. Selalunya lebih kepada skrip filemlah. Aku perlu bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya skrip ini menjadi sebuah filem (blink blink), maka aku akan berusaha lebih menjadikan skrip itu suatu realiti. Hehe...kira kesimpulannya aku ni suka beranganlah. Adalah seorang “pengarah” sekarang ni yang suka kata “kita kena buat filem yang orang nak tengok” atau “filem komersial” atau pun “orang tengok filem saya, itu bermakna filem saya bagus”. Bla bla bla…ada juga seorang “pengarah” yang satu lagi ni suka cakap macam ni pula, “ini filem saya, idea saya, suka hati sayalah kalau orang tak suka” atau “ada saya kisah apa orang kata pasal filem saya” atau pun “jangan jadi katak bawah tempurung, kita terima ideologi luar, jangan jadi kolot semua pun tak boleh”. Sekali lagi…bla bla bla…pada pandangan aku lah yang tak berapa hebat ni pun, aku rasa pengarah2 ni patutnya pertimbangkan kedua2nya sekali. Kita kena buat filem berdasarkan apa yang orang mahu tonton tapi dengan cara kita yang tersendiri. Kita tak boleh pentingkan diri dan kita juga tidak boleh pentingkan penonton sahaja. Dua2 nya penting. Jadi apa kata kita teruskan dulu dengan 5 teori itu sambil saya kaitkan teori2 itu dengan kenyataan yang baru saja aku nyatakan tadi. Ehem..

1) trailer atau promosi. Kalau tengok trailer filem yang gempak, rasa macam filem tu pun gempak gila. Tak sabar2 nak tengok. Promosi hangat bangat. Sampai keluarlah kenyataan dari surat khabar itu, majalah itu, orang terkenal itu, macam-macam ada. Semua pun serba serbi hebat dan gempak. Tapi terjadilah satu kejadian yang melibatkan aku dan rakan aku pergi menonton sebuah filem Hollywood yang mempunyai trailer yang sangat gempak. Sekali tengok filemnya, rasa macam nak claim balik duit tiket. Bukan sekali terjadi kejadian ni. Dah beberapa kali jadi pun. Bukan filem hollywood sahaja, filem kita pun macam tu gak. Tapi sebenarnya, filem kita jarang mempunyai trailer yang menarik dan gempak. Kenapa tak buat trailer yang bagus? Sekurang2nya, orang akan datang juga tengok filem itu. Ini dahlah filem pun hampeh, trailer pun hampeh, promosi pun hancurs! Jadi???

2) hero dan heroin. Penonton mahu tengok hero dan heroin yang menarik hati mereka. Bukan bermaksud perlu tampan, cantik atau seksi. Blagh tuih! Kalau ada rupa, itu satu aset. Tapi kalau tak boleh berlakon, tak guna juga. penonton bijak. Bukan bodoh. Kau ambil sekadar cantik, pastu tayang situ tayang sini, ingat orang suka ke sebenarnya? Suka buat “rezeki” je bolehlah. Tapi tak bermakna filem kau tu bagus. Ambillah pelakon yang betul2 ada personaliti, dan bukan semata2 rupa. Orang akan suka juga tengok pelakon yang tidaklah begitu tampan atau cantik, tapi ada karisma atau aura tersendiri. Jadi, ambillah pelakon yang buat orang mahu tengok, bukan semata2 buat “sedap” orang.

3) bila dah orang datang nak tengok sebab trailer yang bagus, dan sebab pelakon yang mereka mahu tengok, jadi, pastikan filem anda itu mempunyai jalan cerita yang menarik. Janganlah semata-mata ada jalan cerita, jalan je. Biarlah ada kesinambungan. Biarlah orang datang tengok, dan orang memang nak duduk dekat kerusi sebab nak tahu jalan cerita, bukan sebab rugi beli tiket. Jika cerita anda boleh membuatkan penonton mahu tahu, atau lebih banyak menimbulkan “curiousity” maka itu sudah cukup bagus menandakan filem anda mempunyai jalan cerita yang sangat menarik, sekurang2nya membuat orang tertarik.

4) dalam satu jalan cerita yang menarik, ciptalah karakter yang menarik. Berjaya memikat hati penonton, atau bahasa omputehnya “fall in love”. Hal ini tidak membawa maksud watak itu perlu romantik ke, sweet talker ke, handsome ke, macam2 lah yang positif. Tahukah anda, watak jahat kadang2 lebih menambat hati penonton. aku rasa definisi yang sesuai dengan kenyataan jatuh cinta dengan karakter adalah lebih kepada penonton berjaya memahami atau berasa dekat dengan karakter tersebut. Penonton berjaya meletakkan diri mereka bersama dengan watak2 dalam filem itu. Maka, itu juga membantu penonton memahami apa kehendak karakter tersebut dan jalan cerita akan disampaikan dengan lebih mudah. Tak adalah bila orang keluar dari panggung wayang, pastu tertanya2, “pa dia watak tu nak?”

5) akhir sekali, ideologi! Filem yang kosong, semata2 komersial, atau lawak tiada motif, semua itu tidak memberi makna apa sekali pun. Kita mahu menyampaikan mesej. Kita tidak mahu orang menganggap industri perfileman adalah industri yang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada negara kita. Kalau sekadar membantu dari segi kewangan, itu tidak mampu meyakinkan rakyat negara kita bahawa mesej yang disampaikan melalui filem sebenarnya mempunyai pengaruh yang lebih kuat. Jadi, kepada semua pengarah yang ada, sila ada ideologi. Jangan buat filem yang tidak mempunyai mesej. Sila spesifikkan mesej anda. Apa yang anda mahu sampaikan. Jangan semata2 mahu membawa perubahan, tetapi tidak tahu cara yang betul. Jadi sekali lagi, sila ada ideologi!

Baiklah. Sekian sahaja 5 teori mastikus. Setelah memikirkan 5 teori ini, maka anda bolehlah jadikannya sebagai filem yang bukan sahaja penonton mahu tonton, tapi anda berpuas hati kerana filem ini juga filem yang anda mahu hasilkan. Aku anggap konsep ini sebagai “give and take”…hehe…tolonglah jangan buat filem yang penonton naik jelik tengok atau pun filem yang hanya buat penonton ketawa sahaja. buatlah filem yang penonton boleh “enjoy” tengok, tapi anda masih lagi akan memiliki identiti tersendiri dalam menghasilkan filem anda. ..tamat!