Photobucket

Thursday, August 20, 2009

sebuah kebenaran di dalam Laskar Pelangi (2008)

 

Filem Laskar Pelangi (2008) ini mengangkat tema pendidikan. Karya hasil garapan Riri Riza ini memperlihatkan sesuatu yang menarik untuk ditonton dan dihayati kerana tema pendidikan amat jarang sekali diangkat ke layar perak. Filem berlatarbelakangkan Pulau Belitong pada tahun 1974 yang mana majoriti masyarakatnya menjadi kuli di lombong timah iaitu PN Timah. Telah menjadi satu kebiasaan anak-anak muda belitong akan menjadi kuli dilombong ini. Namun kewujudan SD Muhammadiah yang berdekatan dengan PN Timah seperti tidak diendahkan masyarakat. Masyarakat di situ lebih rela membiarkan keturunannya bekerja sebagai kuli di PN Timah kerana mereka berpendapat masa depan mereka bergantung pada PN Timah. Namun semangat Pak Harfan dan Cikgu Muslimah untuk meneruskan pendidikan di SD Muhammdiah telah mendapat sokongan daripada 10 orang murid barunya. 10 orang inilah yang digelar Laskar Pelangi. Walaupun belajar serba kekurangan, mereka tetap gigih meneruskan usaha ilmu untuk memajukan anak-anak kuli PN Timah. Gaya pengarahan Riri Riza yang begitu mantap berjaya mengangkat filem ini dengan indah. Keindahan darui segi visual, penceritaan, muzik, dan kaitan antara watak-watak. Pertama kali saya menonton filem ini membuatkan saya terasa kekaguman usaha watak-watak meneruskan perjuangan menuntut ilmu. Walaupun secara realitinya tema yang diangkat nampak senang dan mudah namun pendekatan yang disampaikan oleh Riri Riza sangat hebat dan bermakna serta mempunyai maksud yang tersendiri.

Laskar Pelangi diangkat dengan caranya tersendiri. saya tertarik dengan beberapa dialog yang disampaikan. Dialognya sangat terkesan. Sangat dekat dengan masyarakat Melayu. Berfalsafah dan mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat. Setiap dialog-dialog yang disampaikan mempunyai nilai-nilai yang di dokong manusia itu sendiri. Pertamanya yang dikenal pasti ialah sifat kepimpinan manusia. Ia dapat dilihat melalui babak di mana Cikgu Muslimah memanggil anak-anak muridnya masuk ke kelas. Kucai yang dipertanggungjawabkan sebagai ketua kelas telah dimarahi Cikgu Mus kerana dikatakan gagal mengawal rakan-rakannya. Dialognya seperti berikut,

Cikgu Mus : Kucai, kau itu ketua kelas! Tugas kau itu membantu ibu membuat kawan-kawan masuk ke kelas.

Kucai : Ibu harus tau, kawan-kawan aku itu kek setan semua. Aku tak nak lagi harus begitu. Mulai sekarang aku nak berhenti jadi ketua kelas.

Cikgu Mus : Kucai, menjadi seorang pemimpin adalah tugas yang mulia.

Sahara : Al-Quran pun kata bahawa kepimpinan seseorang itu akan dipertanggungjawabkan kelak di akhirat.

Jelas dialog di atas menerangkan betapa pentingnya seorang pemimpin. Pemimpin dibentuk semasa kecil. Kaitannya ialah dengan pendidikan. Melalui pendidikan lah akan lahir seorang pemimpin. Filem ini menekankan nilai kepimpinan yang dibentuk melalui pendidikan. Untuk menjadi seorang pemimpin yang dipertanggungjawapkan dengan sesuatu, seseorang itu haruslah mempunyai nilai-nilai peribadi yang tinggi.

Secara dasarnya mesej-mesej yang disampaikan adalah rentetan daripada nilai kemanusiaan yang sudah biasa diangkat di dalam mana-mana filem. Tetapi melalui Laskar Pelangi mesej-mesej ini diangkat mengikut dimensi yang lain. Mesej pertama yang disampaikan seperti yang diterangkan sebelum ini iaitu sifat kepimpinan. Mesej kedua yang cuba disampaikan berkait dengan mesej kepimpinan iaitu kekuasaan. Bila manusia menjadi pemimpin secara automatik kekuasaan pasti dimiliki. Jadi terpulanglah bagaimana kuasa itu digunakan dengan sebaik-baiknya. Babak di mana menunjukkan mesek kekuasaan ialah di mana ketika babak Pak Harfan sedang membetulkan bangku sambil itu dia bersembang dengan Pak Jol, kawan baiknya.

Pak Jol : bagaimana caranya kalian mempertahankan sekolah ini? Biayanya? Gajinya?

Pak Harfan : Jol, sekolah ini adalah sekolah di mana pendidikan agama, pendidikan budi pekerti bukan sekadar pelengkap kurikulum. Kecerdasan dilihat bukan sekadar dari nilai-nilai, dari angka-angka itu, bukan! Tapi dari hati.

Pak Harfan : Lihat diri kau Jol, dari mana kau dapatkan rasa kepedulian itu? orang biasanya kalau terlalu nyaman punya kekuasaan, punya wang banyak, lupa diri. Mahunya tambah kekuasaan, tambah kekayaan dengan menghalalkan segala cara. Kalau perlu seluruh kekayaan negeri ini untuk keluarganya sahaja. Tapi kau tidak Jol.

Di dalam babak ini juga menunjukkan mengapa Pak Harfan masih mempertahankan sekolah ini dari terus ditutup. Kerana sekolah ini merupakan sekolah yang bukan sahaja mengajar kurikulum biasa tetapi mengajar seseorang menjadi lebih bersifat manusia. dengan kuasa dapat melakukan apa saja. Dialog Kalau perlu seluruh kekayaan negeri ini untuk keluarganya sahaja sangat sinonim dengan masyarakat Melayu tidak kira yang berada di Indonesia atau Malaysia. Sebuah realiti di mana mementingkan kerabat sendiri.

Teguhkan pendirianmu. Kalian harus punya ketekunan, harus punya keinginan yang kuat untuk mencapai cita-cita. Kalian harus punya keberanian dan pantang menyerah menghadapi tentangan macam apa. Dan ingat hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.

Pak Harfan

Dialog Pak Harfan ini merupakan dialog yang membawa maksud sebenar perjalanan sebenar filem ini. Selepas dialog ini habis diucap oleh Pak Harfan dan dia mengumumkan kelas sudah selesai, pelajar-pelajar ini mengeluarkan nada mengeluh. Tanda mereka tidak puas dengan pembelajaran ilmu yang disampaikan oleh Pak Harfan. Dialog hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya ini di ulang sebanyak dua kali. Kali kedua dialog ini diucapkan sewaktu sebelum kematian Pak Harfan secara mengejut. Ketika dialog ini diucap buat kali kedua, Pak Harfan mengucapkannya pada Ikal, Lintang, dan Mahar. Di mana ketiga-tiga mereka ini bercerita mengenai hadiah kemenangan di karnival kesenian. Setelah lima tahun mereka bersekolah, itulah hadiah penghargaan pertama yang mereka perolehi.

Semangat meneruskan perjuangan SD Muhammadiah sedikit terbantut apabila Bakri, guru ketiga SD Muhammadiah telah mendapat tawaran mengajar di sekolah lain. Pak Harfan cuba menghalang Bakrim untuk berpindah tetapi bakri tetap pendirian mahu berpindah kerana dari permulaan cerita pemaparan watak bakri ini sudah dapat dilihat dia tidak senang dan tidak ikhlas untuk mengajar di SD Muhammadiah.

Mus, pernah kau fikir kenapa Cuma satu-satunya Mus? Kerana ngak ada yang peduli Mus...

Bakri

Pada babak ini menunjukkan keikhlasan yang ada pada diri seseorang walaupun sedar kekurangan yang dirasai. Watak Bakri melambang sifat Melayu yang hipokrit, tidak mahu bersusah. Hanya melihat pada kesenangan sahaja.

Cikgu Mus : semua tak percaya anak-anak miskin punya hak untuk belajar.

Pak Harfan : yang penting kita tak boleh putus asa, tugas kita meyakini anak-anak ini bahawa meraka berani punyai cita-cita. ..

Seperti yang diperkatakan, menjadi budaya masyarakat Belitong. Mereka tidak percaya anak miskin tidak punyai hak untuk menuntut ilmu. Cikgu Mus dan Pak Harfan cuba membuktikan pandangan bakri itu silap. Akhirnya setelah Bakri keluar dari SD Muhammadiah, anak-anak ini berjaya memenangi beberapa anugerah mengharumkan nama SD Muhammadiah.

Secara keseluruhannya, tema pendidikan yang cuba di angkat oleh Riri Riza berjaya mendapat perhatian penonton di serata Indonesia dan Malaysia. Hasil garapannya sangat menyentuh hati, beremosi. Setiap karakter yang diwujudkan sangat terkesan. Terutamanya tiga watak utama pelaar iaitu Ikal, Lintang, dan Mahar. Mahar menjadi genius ketika karnival seni. Seorang yang cintakan seni. Lintang seorang yang genius di dalam matematik dan sains. Manakala Ikal punyai peranan tersendiri kerana dia merupakan watak utama yang mengerakkan cerita. Hakikatnya, filem Laskar Pelangi adalah sebuah filem yang mempunyai pemikiran yang bebas dan menyampaikan mesej-mesej yang sudah dominan dengan cara atau dimensi yang berbeza.

 

 

 

Monday, August 3, 2009

Tanda-tanda hari kiamat.

- bila Allah tarik nyawa orang-orang yang berilmu.

....seperti Allahyarham Yasmin Ahmad. Al Fatihah.

**Takziah untuk keluarga Allahyarham Yasmin Ahmad yang sangat kami sanjungi, daripada seluruh anggota KPB.