Friday, January 9, 2009
selamana mahu menjadi seorang yang pasti dan angkuh?
angkuh sungguh bilamana kau perlukan sesuatu. tapi bilamana kau puas memiliki sesuatu kau melepaskan apa yang dipertanggungjawabkan terhadap diri kau. jangan sampai apa yang kau miliki nanti menjadikan kau lupa diri sehingga ada yang mengatakan kau tamak dan gila!
jangan menjadikan diri kau terlalu pasti untuk melakukan sesuatu kerana bilamana kau sungguh yakin dengan apa yang kau buat kau akan merasakan kau sahaja yang betul dan mengenepikan orang sekeliling. sesungguhnya kelakuan ini sungguh menjijikkan dan amat memalukan kerana kau digelar sebagai 'bullshit'.
cuba kau fikirkan kenapa kau perlu angkuh dan pasti? tidakkah kau fikir bahawasanya manusia ini amat kecil ibarat debu2 yang berterbangan apabila ditiup oleh angin manusia itu sendiri. fikir dan tenangkan diri. jika kau masih tidak sedar bahawa kau telah jauh menyimpang sebagai seorang manusia, tidak mengapa kerana Tuhan itu Maha Pengampun. pintu taubat terbuka untuk setiap mausia yang lemah.
aku tidak tahu kenapa pagi yang hening ini aku begitu tegar memikirkan hal2 seperti ini. aku seperti rasakan aku perlu melakukan sesuatu untuk memberi makna dan kata yang tepat untuk meluahkan segala yang terbuku selama bertahun2. aku uga tidak tahu mengapa aku melepaskan ini di blog ini, bukan blog aku. ia juga merupakan salah satu apa yang aku rasa di hening subuh ini.
kepada rakan2 yang tahu dan serba maklum tentang diri aku, pasti kau tahu bagaimana aku merasakan sesuatu bila ketegaran itu menjadi enak dan mengasyikkan. banyak hal yang membawa kita menjadi sebegini. banyak hal juga kita telah diperbuat sebegini. tetapi adakah kita sedar dalam hal2 sebegini kita tidak tahu yang kita ini telah berjaya mencapai keinginan hati dan nafsu.
madah yang ditulis ini buakn untuk dituju kepada sesiapa. tetapi khas dituju kepada diri sendir dan juga rakan2 kerana aku tidak mahu aku dan juga kamu semua menjadi seperti apa yang aku katakan. sesungguhnya aku mahu rakan2 dan sekeliling menjadi rakan yang baik dan juga menjadi penyedap dan keselesaan untuk diri aku.
wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 bintang:
oh!
hehhe...ape2 pun...congrats for tercalon~
eh?......tq....n welcome....
pape pun jgn lupe mengundi beb!
undi andan mampu mengubah sejarah....
anda berikan saya kepercayaan...yang lain saya akan uruskan......
vote for me!
Post a Comment