Photobucket

Wednesday, July 23, 2008

Kebangkitan filem Epik dan Mitos.

Pembikin filem kini semakin ghairah dalam menghasilkan filem-filem berbentuk epik. Apatah lagi sejarah kesusasteraan memungkinkan penghasilan filem bergenre sedemikian, kerana unsur-unsur spektakular yang terkandung di dalamnya.

Namun, perkara yang sebenarnya yang memungkinkan atau faktor utama filem-filem sedemikian dapat dihasilkan dengan lebih mudah adalah disebabkan adanya sokongan teknologi perfileman yang semakin canggih.

Filem seperti ini tidak hanya diterima di China yang mempunyai nilai kebudayaan dan tinggalan sejarah yang tinggi, bahkan mula mendapat sambutan audiens di seluruh dunia. Sebab itulah akhir-akhir ini semakin banyak filem epik dan mitos di hasilkan di Holywood, seperti Forbidden Kingdom, The Mummy: Tom of The Dragon Emperor, Troy, Harry Potter dan Kingdom of Heaven.

Perkembangan dan perluasa pengunaan teknologi Imej Janaan Komputer memungkinkan serta memudahkan lagi filem berbentuk epik dan mitos sebagai trend semasa industri filem mutakhir, yang telah membelanjakan kos yang besar dan produksi yang lebih complicated.

Penghasilan filem epik atau mitos, mementingkan aspek serta melibatkan dua karekteristik yang saling bersangkut paut, iaitu yang mempunyai subjek atau pertalian dengan dunia purba dan bernilai sejarah yang mempunyai nilai. Selain daripada melibatkan kos yang besar.

Nilai spektakular pada filem epik bukan sahaja terletak pada elemen visualnya sahaja tetapi juga pada kosep rekaan bunyi. Atas alasan itu filem epik atau mitos sering mengangkat subjek-subjek yang mempunyai tema perperangan.

Secara am kelebihan yang dapat dilihat filem epik dan mitos kadang kala memberi sumbangan kepada nilai intelektual, ia juga memandatkan serta memudahkan cerita daripada bahan sejarah yang kompleks supaya bersifat antarabangsa dan mudah diikuti oleh khalayak dunia.

6 bintang:

Cik-MeGa said...

tapi ade kelemahan jugak filem2 epik yg gunakan teknologi canggih neh. salah satunya keoriginalitinya sudah pudar. kira xde la. tp, kredit utk pembikin filem krn tetap bersungguh menaikkan martabat sesuatu yg lagenda.
sudah baca review penggiat & pengkritik filem tntg forbidden kingdom?
mereka menyalahkan teknologi yg terlampau hingga menenggelamkan konteks cerita yg mna pd mereka KOSONG...
dlm hal ni, kungfu panda terselamat sbb pelakonnya bukan jackie chan & jugak jet li....

Aina said...

aku suka filem epik dan mitos kerana karya seperti itu boleh dikategorikan sebagai salah satu karya agung..
tapi pelik..
bila wujudnya karya epik dan mitos yang memaparkan "hero" melayu menjadi kurang waras kerana gilakan seorang puteri tayang dada...huhu

Cik-MeGa said...

mastikus: setuju dgn ko! cte dr hong kong xde plak heroin tayang dada ek? si geisha tu pkai sopan jek...
kesimpulannya, tarikan filem di malaysia adalah melalui heroinnya yang tayang dada? begitu? lalalala

Rye said...

hahahaha

mastikus + ungu : tayang dada pun nak di gaduhkan...lalala~
itu kan budaya pemakaian. maybe diorg research pemakaian puteri jawa begitu, mak abegitulah jadinyaaa...

huahahua..

erm. ntah kenapa, aku x beminat nak baca review ni, sbb aku bukan seorg lecturer utk bace review2 begini. bahasanya terlalu tinggi. aku kan budak bodoh baru nak belajar. so, open review lebih menarik perhatian aku.

maaf ya, pengepost entry ni.

:P

Cik-MeGa said...

muse: kamu lagi punya gaduh ya sama pengepost entri?
lalala

Letting the time pass me by said...

Cerita cina yang banyak buat filem epik.. pakai pelakon tambahan beratus-ratus,... the three kingdom la, the forbidden kongdom dn bermacam-macam lagi...