Photobucket

Saturday, March 20, 2010

Alice in Wonderland vs German Expressionism



LIMA BINTANG!

bukan kerana saya peminat setia Johnny Depp, atau pun bukan kerana saya penggemar filem Tim Burton, dan juga bukan kerana saya tak pernah jemu melihat lakonan Helena Bonham Carter...

tapi mungkin kerana jiwa saya sudah lekat dengan karya German Expressionism (GE)
haha

sejak mempelajari mengenai era GE ini, saya sudah tertarik dengan konsep dan elemen yang dipersembahkan dalam menghasilkan karya berbentuk GE. barangkali itulah yang dirasakan oleh Tim Burton yang memilih German Expressionism sebagai imej dan style pada hampir setiap filem yang beliau hasilkan. dan tidak pernah satu pun filem beliau yang saya tonton mengecewakan saya. terbaik ah!

seperti juga filem-filem beliau yang lain, Alice in Wonderland ditukarkan kepada versi GE dengan begitu menarik sekali. Tidak perlu saya sentuh mengenai struktur naratif yang telah direka baru dari cerita asal Alice in Wonderland menjadi satu kesinambungan yang sangat kreatif. walaupun sesetengah orang akan menganggap Alice in Wonderland adalah satu "adaptasi yang klise", dan saya sedikit bersetuju, tetapi adapatasi seperti inilah yang lebih sedap mata memandang daripada adaptasi yang lintang pukang dan "lari ke laut", ibarat mutiara naga bertukar mutiara unicorn. ;p

saya sering menyebut filem Tim Burton adalah filem "Dark Musical" kerana pada pandangan saya elemen yang melekatkan saya di kerusi panggung untuk menonton filem2 beliau ialah "muzik". setiap babak, pergerakkan watak, emosi, etc, sering disokong dengan muzik atau audio yang bersesuaian dan menarik saya bersama dalam babak tersebut (ewah!).

ye, selain dari itu, pengolahan karakter dalam alice in wonderland sangat "cantik" dan bersifat "individu". setiap karakter mempunyai ciri2 tersendiri terutama dari segi personaliti. lihat saja bagaimana mad hatter diubah seperti edward scissorhnd versi lucu, red queen yang emo keanak2kan, white queen yang terlebih ayu, serta alice yang lebih berani dan tidak innocent seperti yang sering digambarkan dalam watak2 fairy tales. tapi karakter kegemaran saya tentulah red queen, lakonan helena bonham carter. haha...begini!

production design nya juga memang terbaik ah! saya teramatlah suka apabila satu pengarah mengekalkan style pilihannya dalam setiap filem yang dihasilkan. terserlah rekaan set dan kostum dalam filem alice in wonderland terikat pada elemen gothic, noir, sharp angles building, dan etc.

menonton filem Alice in Wonderland hanya membuatkan saya lebih jatuh cinta pada elemen creative movements ini. kalau berpeluang, saya mahu buat juga. tapi, ada ke yang mahu tonton filem elemen GE di sini??? [^_^]

sekian review cincai sekali lagi

2 bintang:

Rye said...

hehe ni la dinamakan sbg auteur director....

alaaaaa nk tgk.....

Amirah Najihah said...

saya nak tanya kalau cerita Cat in the Hat, dia guna GE juga kan?

boleh reply di email saya?
mierajihah@yahoo.com

terima kasih:)