Monday, March 22, 2010

how to train your dragon



setelah lama tak dapat tgk versi 3D, dapat jugalah merasa tgk wayang pakai spec 3D dengan menonton filem How to Train Your Dragon ni. jakun gak lah pakai spec tu. rasa cam nak bawa balik pun ada. hahaha

okie, back to the motif! hehe..first of all, struktur naratif yang biasa sangatlah ditonton dalam filem animasi2 sebelum ini. watak utama yg chaos, relationship problem dgn ayahnya (masalah kurang memahami), pastu anak nak buktikan yang dia sebenarnya boleh diharap, pastu terbukti lah! and dalam pada nak berjaya tu, adalah seorang perempuan yang melengkapi hidupnya. wah! sama saja struktur naratif filem ini dengan filem Cloudy with chance of meat balls, chicken little, finding nemo, dan bla bla.

tapi, nak kata filem animasi ini kurang menarik pun, tidak juga. barangkali itulah keistimewaan filem2 dari "sana", walaupun benda yang sama dan lebih kurang dipaparkan, kita masih mampu menerima reconstruct yang dilakukan. ada saja karakter yang menarik perhatian, dan ada saja karakter yang membuatkan kita asyik nak gelakje!

how to train your dragon menyentuh sifat naga dari sudut yang berbeza. dimana bertahun lamanya majoriti melihat naga sebagai satu haiwan yang ganas dan pembunuh, tetapi sebenarnya ada sebab musabab yang menjadikan naga itu sebegitu. sudut ini disentuh dengan memaparkan elemen kelemahan naga itu sendiri yang mampu membentuknya menjadi haiwan peliharaan. menarik! ada juga babak2 tertentu yang menimbulkan rasa sebak di hati saya, terutama paparan kesetiaan haiwan peliharaan kepada tuannya. ye, barangkali saya memang pencinta haiwan, sebak tu emo! haha

kesimpulan cincai, kalau rasa nak berhibur, tontonlah movie ini. yang minat gerard butler, bolehlah nak dengar suara die disumbangkan dalam animasi ini. tapi, apa2 pun, saya terhibur menonton filem ini. bolehlah bagi 3 bintang~

1 bintang:

Muse said...

oh i love dreamworks' animation!!!