Saturday, March 6, 2010
book of ELI
mula2 sekali minta maaf sebab lama sangat tak update blog ni n lama tak menulis dekat sini. memikirkan blog ini pun lama tak diaktifkan, dan saya juga secara kebetulan menonton Book Of Eli, tiba2 tergatal tangan nak buat review di sini. haha
okie, kasi intro skit pasal movie ni. book of eli mengisahkan pengambaran seorang lelaki menuju ke barat untuk menghantar sebuah buku yang dipercayai boleh membawa perubahan kepada kehidupan manusia di bumi setelah kejadian "letupan" (alah..tak habis2 dunia musnah, ada post-pro life..hehe). cam biasa juga, adalah pula satu mamat yang mahukan buku itu untuk menguasai dunia. mamat ni berusahalah nak dapatkan buku ni dari lelaki ni, ha..nak tahu jalan cerita selanjutnya, pergilah tengok sendiri. waha!
struktur naratif? pada pandangan saya jalan ceritanya boleh diagak. barangkali tidak pada ending yang reveal keadaan sebenar lelaki itu, tetapi secara keseluruhan, jalan ceritanya boleh dibaca. filem ini menyentuh isu bible itu sebagai satu panduan yang mampu membawa perubahan kepada manusia serta memberi kuasa mempengaruhi pemikiran manusia jika disalahgunakan. pada pandangan saya, isu yang dipaparkan agak menarik, tetapi penggunaan tamadun manusia selepas "akhir zaman" sangat tidak menarik perhatian saya. barangkali sudah terlalu biasa menonton filem atau drama yang menggunakan kehidupan selepas "dunia musnah", telah menutup fikiran saya untuk menerima cerita yang lebih kurang sama.
tapi, apa yang membuatkan saya terus duduk di kerusi wayang ialah dari sudut cinematografi serta penyuntingannya. dua elemen ini boleh saya katakan bukanlah perkara yang klise dan biasa saya lihat dalam filem Hollywood yang lain. terdapat beberapa kelainan dari segi pengambilan shot serta penggunaan warna bagi filem ini. fighting scene yang sgt "detail" dari segi pergerakkan watak dan "kesan akibat" nya..hehe..barangkali memang sudah minat saya terhadap penyuntingan, saya gemar melihat bagaimana visual dalam filem ini diubah warnanya sesuai dengan tamadun yang cuba disampaikan selain dari memberi simbolisme terhadap watak2 dalam filem ini sendiri.
secara keseluruhannya, saya menganggap filem ini biasa saja dari sudut jalan cerita yang saya kategorikan sebagai klise. tapi mujur dua elemen yang dinyatakan di atas berjaya juga menarik perhatian saya untuk melihat filem ini dari sudut yang berbeza. jika mahu menonton filem ini, saya galakkan agar anda menonton dari sudut ideologi yang cuba disampaikan tanpa melihat jalan cerita yang "kurang sukar" diagak itu. sekian terima kasih.
p/s: review cincai, lama tak wat review. hehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 bintang:
waa..at keast you're posting....
lame dh aku x g nonton wayang...;(
aku dah nonton v3.
malu nk review.
sbb saaaaaangat bengang dgn muvee tuh.
muse - haha...aku teruskan perjuangan kita! tak kisahlah cincai pun kan. chaiyok koyok!
mega - buat je. luahkan kebengangan mu di sini. sini tidak perlu ada limitation dalam mengkritik. haha
Post a Comment