Wednesday, April 7, 2010

Evolusi KL Drift II




10 minit pertama memang penting! Dan syamsul yusof Berjaya buat saya kagum dengan persembahan 10 minit pertama Evolusi KL Drift 2 (EKLD2) beliau. Mata saya tertancap tekun pada layar. Pada awalnya bimbang hasilnya akan menghampakan sepervi V3- Samseng Jalanan. Tapi 10 minit pertama garapan Syamsul Yusof buat saya percaya EKLD2 pasti menarik.

EKLD2 merupakan kesinambangunan daripada Evolusi KL Drift mengisahkan tentang Zack Ikmal lakonan Syamsul Yusof yang mula menceburi sukan permotoran drift secara professional. Kehidupan Zack masih dikelilingi rakan-rakannya iaitu Sham (Farid Kamil), Zul (Buzen), (Vee (Hetty Sarlene) bersama seorang lagi iaitu Alya lakonan Scha Al-Yahya yang mana wataknya baru muncul dalam EKLD2. Dalam masa yang sama, Joe (Aaron Aziz) masih menjalankan aktiviti haramnya iaitu pengedaran dadah. Dia kini bergandingan dengan Ery (Shaheizy Sam) mempunyai misi ingin menguasai seluruh kawasan KL. Ery pula mempunyai misi untuk menghapuskan Zack kerana dendamnya terhadap Zack yang menyebabkan salah seorang konconya yang dahulu telah dimasukkan ke dalam penjara kerana maklumat Zack. Aktiviti jahat Joe membuatkan pihak polis yang diketuai oleh Inspektor Kamal (Remy Ishak) mengumpul maklumat dan bukti untuk membawanya ke muka pengadilan. Kamal meminta bantuan dari Alya yang merupakan sahabatnya supaya Alya mendapatkan maklumat daripada Zack kerana dia mempercayai Zack mengetahui rahsia kegiatan dadah Joe.

Permusuhan Joe terhadap Zack membawa kepada dendam yang membuatkan dia memerangkap Zack dengan meletakkan dadah di bengkel Zack. Ketika melepaskan diri dari pihak polis, Kamal meminta Zack memberitahu pihak polis maklumat yang dia tahu tentang Joe. Hal ini membuatkan Joe menjadi marah dan menjadikan Sham dan Alya sebagai umpan untuk menghapuskan Zack.dengan bantuan pihak polis, Joe dan Ery mati dalam pertempuran yang turut mengorbankan Alya.

Naratif cerita ini berjalan dengan susunan yang kemas. Jalan cerita yang mudah difahami dan juga suntingan yang kemas disertai dengan susunan muzik yang tidak membuatkan penonton berasa kurang selesa menontonnya (kebiasaannya filem aksi dan perlumbaan gemar memasukkan bunyi yang agak membingitkan yang boleh mengganggu tumpuan penonton. Mengambil V3 – Samseng Jalanan sebagai contoh). Malah, ‘kehilangan’ Fasha lakonan Fasha Sandha yang juga merupakan pelakon utama dalam Evolusi KL Drift yang pertama juga dinyatakan tanpa menimbulkan keraguan kepada penonton.

Watak dan perwatakan juga disampaikan dengan baik oleh para pelakon. Pujian harus diberikan kepada Scha kerana persembahannya yang cemerlang dalam EKLD2 menerusi watak Alya walaupun pasti yang dia tidak akan mucul lagi sekiranya Syamsul bercadang untuk membuat sekuel KL Drift.



Dengan meletakkan diri saya sebagai penonton yang meminati filem aksi, saya memberi EKLD2 sebanyak 5 bintang dari aspek tersebut. Babak aksi yang dipersembahkan membuatkan saya berasa kagum kerana ia sebuah filem yang terhasil dari industri perfileman Malaysia. Mungkin kerana memikirkan yang bapa beliau, Datuk Yusuf Haslam telah memberi kepercayaan dengan melabur jumlah modal yang besar maka Syamsul memberikan yang terbaik agar tidak menghampakan kepercayaan tersebut. Usaha Syamsul nyata berhasil kerana hasil kerja kerasnya, aksi yang dipaparkan dalam EKLD2 benar0benar memberikan kepuasan! Malah, tak salah sekiranya saya mengatakan yang saya mengharap yang lebih lagi dari pengarah muda ini!

5 bintang:

Muse said...

eh aku igtkan kat KL drift 1 aaron aziz mati kena langgar...bukan eh?

huhuhuhu

oh, remy ishak! <3

MeGa said...

aku amnesia. x ingat kl drift 1.
x pon, org jahat liat mati. =p

ko <3 remy gak ke? same! hehe.

tulipbiru said...

jalan citer filem ni pun x banyak meleret2 mcm filem melayu biasa.. tetap nk tgk film ni eventho ada gurlz kt luar x suke sbb katanya fim2 cmni juz eksploitasi pmpn..sbnrnya byk bnda laen nk disampaikan, kalu kita pk ke arah yg positif la kan..dan peringatan utk gurlz2 yg x suka citer ganas, xpayah tgk la..jp lagi panas bontot dlm pnggung sbb diz story mmg byk adegan ganas k ;) jgn nti kuar pnggung, ckp stry ni x best sbb ganas..x seswai k..

*btw echa, nape scha xnk b'lakon klu ad sekuel film ni??

MeGa said...

umi, scha kan dah mati dlm EKLD2 neh. cmne n blakon sekuel lagik.

~Rahsia Cinta~ said...

sekualnya nti lea mustafa akan berlakon ye...jeng jeng jeng...