baru-baru ini pada 14 Mac 2009 aku ada menghadiri Bicara Penerbitan, Novel : Adaptasi Ke Drama dan Filem. Mana Yang Lebih Hebat? seminar ini anjuran pelajar semester 5 Sarjana Muda Penerbitan, Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media. tempat kejadian di Dewan Annexe UiTM Malaysia. aku datang lambat 5 minit kerana kehujanan. walaupun dalam hati terasa gundah kerana lambat (takut2 terlepas perkara yang penting) sampai di tempat kejadian, seminar masih belum bermula. aku sangat teruja untuk menghadiri seminar ini kerana pada semester ini aku ada mengambil subjek Adaptasi Karya. jadi serba sedikit aku mahu menambahkan lagi pengetahuan tentang ilmu adaptasi. menarik juga kalau ia dipelajari. tapi sedikit kepayahan kerana ia sesuatu yang rumit.
aku menulis ini bukan nak komen berkaitan pengurusan. tapi aku sedikit kecewa dengan cara pengurusan seminar ini. biar aku luahkan sedikit supaya ada penambahbaikan. lama juga aku menunggu untuk majlis bermula. lebih kurang jam sepuluh lebih baru majlis bermula. aku tak paham kenapa. diposter jam 8.30 sepatutnya majlis sudah bermula tetapi kekosongan yang kami tunggu diantara jam lapan hingga sepuluh tidak diisi dengan apa-apa aktiviti. mungkin bagi aku panel jemputan lambat. tapi kami dibiarkan kesepian. aku taknak komen lebih-lebih. takut ada yang menyalahkan. yang aku sungguh tertanya-tanya, perjalanan majlis amat asing bagi aku. pelik. protokol sangat pelik. tak pernah aku jumpa protokol majlis sebegini. tapi takpe. pengisian majlis lebih penting. ini yang aku betul-betul nak komen.
panel yang di jemput ialah Jamal Khan, Pengarah Drama, Samsiah Mohd Nor, Novelis, Norden Mohamed, Pengurus Besar Alaf 21, Maizurah, Penulis Skrip dan juga moderator yang sepatutnya mengendalikan seminar (tak nampak pun) iaitu Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar, Pengacara RTM yang versatil. Beliau tidak datang (aku tak tahu kenapa dia tak datang) dan digantikan dengan orang lain. majlis dimulakan dengan moderator bertanyakan pendapat panel-panel tentang adaptasi. aku setuju dengan semua pendapat panel-panel kerana apa yang mereka cakap sama dengan apa yang aku dapat di dalam kelas.
cuma aku sedikit kecewa lagi kerana tiada seorang pun ahli panel mempunyai latarbelakang filem. Jamal Khan mungkin ada latarbelakang filem tapi beliau lebih kepada drama tv. mungkin kalau nak kata proses adaptasi novel ke filem dan drama adalah sama, perbezaannya banyak yang ketara kerana bagi aku proses adaptasi ke filem lebih rumit. komersialnya perlu difikirkan. sebab penonton filem di Malaysia menonton filem untuk berhibur bukan untuk berfikir. mungkis sebab itu filem-filem adaptasi di Malaysia tidak mendapat sambutan. lain di Hollywood, 70% filem-filem yang Box Office dan menang anugerah adalah dari file adaptasi. kita tak boleh bandingkan dengan Hollywood. jauh panggang dari api.
masalah besar yang aku nampak di dalam industri filem kita ialah kekurangan content yang bagus. aku sangat setuju apa yang diperkatakan oleh Jamal Khan, kita perlu terus mengadaptasi novel ke filem atau drama kerana kebanyakan novel-novel di Malayisa sangat bagus content nya. kebanyakan skrip yang ada semua sampah. itu kata-kata Jamal Khan. sedikit kasar. tapi ia realiti. tengok sahaja Hollywood (bukan nak bandingkan tetapi jadikan contoh untuk penambahbaikan), mereka sudah kehabisan idea untuk mengahasilkan filem, nak tahu apa yang mereka buat untuk mengatasi masalah mereka? mereka ambil novel-novel dan komik-komik yang popular untuk di adaptasi ke layar perak. apa yang terjadi filem-filem ini sangat mendapat sambutan. tak mampukah Malaysia melakukan sedemikian? mungkin masalah kewangan jadi punca mengapa ia begini. . .
novel mempunyai ruang lingkup yang tidak terbatas manakala drama dan filem terbatas. sebab itulah di Malaysia kebanyakan novel lebih selesa di adaptasi ke drama bersiri. ia lebih panjang dan lebih menarik. semua boleh masukkan. tak timbullah karya novelis diperkosa. mana perginya pengkarya yang hebat? mana perginya mereka? sampai bila kita perlu merintih mengenang nasib industri kreatif kita? biarkan. aku percaya suatu hari nanti pasti ada yang mampu mengubahnya.
siapalah aku dalam banyak pengkarya. . . .
2 bintang:
lain di Hollywood, 70% filem-filem yang Box Office dan menang anugerah adalah dari file adaptasi. kita tak boleh bandingkan dengan Hollywood. jauh panggang dari api.
-> ya..setuju..
tak mampukah Malaysia melakukan sedemikian? mungkin masalah kewangan jadi punca mengapa ia begini. . .
--> ah..alasan klise.
boleh jer wat filem dgn zero budget. asal ada storyline yg bagus.
masalah mentaliti sebenarnya..
hahahaha
Post a Comment