Photobucket

Wednesday, April 30, 2008

aku gembira kerana punyai teman2 yang memahami diri ini
teman2 yang sentiasa bersama suka dan duka,
bukan semua yang beruntung kerana memiliki kawan seperti mereka..
aku bersyukur kerana punyai mereka semua..
kerna kawan kita sanggup menerima segalanya. kerana kawan kita turut menangis.
kerana kawan juga kita boleh terlupa yang kawan boleh "termakan" kawan yang lain....
tatkala kita mampu memaafkannya, kita disentap lagi oleh perkara2 yang terlalu menyakitkan..
dimanakah letaknya nilai persahabatan?
andai ia terus dan terus dikhianati...
buat teman2 ct 112,
persahabatan kita semua selama ini amat berharga,
simpan ia di sudut yang xmgkin dapat di ganTi...
cayunk u all semua..

Tuesday, April 29, 2008

Sori klu lari tjk ckt, just nk ckp kat kwn2 penulisan artistik sem akhir (6), thn 2008... aku syg kat korg, jgn lupe segala kenangan yg dikongsikn bersama... tak kira pahit atau manis... tu kan asam garam kehidupan, jgn jadikan itu sbgi benci dan dendam... kerana ia akan merosakkn hati... jdkn ia sebagai pengajaran yg mengajar kita menjadi lebih matang... igtlah pada satu perinsip kawan yg sejati, adlh kwn yg sgp menerima kelemahan dan kelebihan kt dgn seadanya...

Ingatlah puncak senang tiasa menjadi saksi jatuh dan bangkit kite sbgi seorg pelajar, sahabat dan individu yg masih tercari2 dimana arah tujuan kite... Dan jdkn rakan2 kite disini sbgi kenangan yg terindah yg pernah diciptakan, semoga kebahagian dan persahabatan kite terjalin hingga ke akhir hayat. utk rkn2 yg t'istimewa ini saja yg mampu ku ungkapkn segala memori kite d sini...

Dengan tanganmu aku menyentuh,
Dengan kakimu aku berjalan,
Dengan mata mu ku memandang...
Dengan telingamu aku mendengar,
Dengan lidahmu aku berbicara,
Dengan hatimu aku merasakan...

Ari khamis tu aku nyer la teruje nk g tgk filem congkak dgn amoi, am n yan, kononnyer nk enjoy la, lepas ktorg berhempas pulas mmbace buku tuk exam pn. Lina... (bukan aku leh jwb pun) Pas abis aje aku tgk, aku jd bengan beb, cz tak capai standart aku nk, So dgr la luahan ati aku yg x seberape...

Mulanyer mase nk beli tiket tu.. Igt msti ade something new dlm filem ni, but is nothing... Storyline yg sgt lemah, even ni filem seram ke2 arahan ahmd idham... makne yer die tak belajar dari kesilapan mase die wat jgn pandg belakang... congkak ni sekadar memeriahkn filem melayu... Peliknyer! nama filem ni congkak, tp xde langsung kaitan yg kuat antara congkak, hantu dan segala manusia dlm citer ni...

Aku bosan la tgk hantu2 yg sgt buruk, tp leh berkwn dgn budk... ko tak pelik ke! psiko la ckt mane ade bdk leh main dgn org tua yg sgt buruk, even kene rasuk pun... yg aku tak leh blah tu bomoh die ade kuase dragon ball, aku igt drgon bll dah kuar (hehehe). byk sgt klise dlm citer ni, asik2 hantu dia nk main pili air n pintu aje (bosan)...

Ape2 pun taniah la, cz element seram tu masih ade tp... perbaiki lg dr sudut penceritaan, unsur2 berlebih2an tu xpayah kot... klu byk sgt kuase nanti hantu la takut dgn kite... tlg la bljr mcm mane nk wat ending citer ni supaya org x rase jelik... itu aje.. adik nyer limo ringgit...!

Monday, April 28, 2008

Parody.

Apa sebenarnya tujuan karya parody diterbitkan?
kebelakangan ni banyak aku tengok karya parody di TV. di layar perak. di ruas buku. di kehidupan sendiri.
A parody (pronounced [ˈpɛɹədiː]), in contemporary usage, is a work created to mock, comment on, or poke fun at an original work, its subject, or author, by means of humorous or satirical imitation.
oh..jadi itu tujuan parody. untuk mengejek. menghina. meniru tapi dengan gaya yang kelakar. jadi kenapa TIADA filem parody di Malaysia? kan banyak perkara yang perlu diejek, dihina dan ditiru di Malaysia ni?
Boleh aje nak parodykan filem-filem sampah Razak Mohaideen tu. Anak Mami Kembali boleh je jadi Anak Mama Kembali Ke Sekolah ke apa-apa. filem Mistik tu boleh je jadi filem Beef Stik ataupun Lipstik dan sebagainya.
Filem Congkak. Banyak point parody yang boleh wujud kat situ. sebagai contoh, masa Lisa tengah main congkak dengan nenek tua tu, letak la referee jaga ke, ada coach ke, ape2 la. tak pun waktu nenek tu tengah dijampi untuk masuk ke bawah tanah, boleh aje buat parody yang kat bawah tanah tu ada ramai orang lagi cthnye Si Tanggang, atau sape2 la yang pernah kena telan ngan tanah.
Filem Duyung. Ehm. tak tengok. mahap.
Tapi kenapa tak ada langsung filem parody di Malaysia? takut ke? amboi~ kalau buat filem mengkritik poligami versi kelakar tak berapa nak jadi tu boleh... nak buat filem parody yang cincai tu takut yer....
dan satu lagi, kalau Hollywood buat filem parody yang penuh dengan unsur lucah dan kelucahan, kita tak payah la ikut tang tu. aku rasa parody lebih berkesan sindirannya dari filem biasa. dan parody jugak boleh membuat orang gelak ketawa. tak ke 2 dlm 1 fungsinya tu??
aku masih lagi sedang menanti siapa agaknya pengarah Malaysia yang berani buat filem parody. dulu ada XX Ray 2 yang cuba nak selitkan unsur kemodenan dalam hidup Hang Tuah. Okey, itu boleh dikira satu parody, tapi tak berapa nak tersindir la pulak sebab orang yang disindir tu (Hang Tuah) entah wujud entah tidak.
hmm.

Sunday, April 27, 2008

duyung!!!

salam....
kengakawan, korg lupe ke nk wat ulasan tentang duyung? atau korg mmg suke tahap gaban gan cte neh? ngahahaha....
duyung-sebuah filem yg menelan kos belanja yg tggi(menurut ahli produksinya). filem ni menggunakan teknik CGI yg byk(menurut ahli produksinya). filem ni juga menampilkan pelakon2 handalan(termasuk lecturer yg versatile krn mampu membawa pelbagai watak).
maka, apakah kelemahannya?
bg sy(sy ialah seorg pelajar kpd lecturer tersebut...:p) menonton filem duyung ibarat menonton sebuah drama di tv besar...kerana....xde penyampaian yg best pon...
da kua bajet besar2 tp ko setakat nk angkat tema sampah, baek x yah! bukan xleh...tp alang2 da kua bajet tu, all out la sket...smpaikn sesuatu yg leh wat rakyat rse terpukul! mmg la sampah tu nk sindir org2 kt..tp wat la sbg satu subtext..utk main text, amik isu yg besar dlm malaysia neh...
spiderman, transformers n even forbidden kingdom(pelakon x sedar ke dorg kritik bangsa dorg sndri?) leh kritik dunia (x yah la sy menceritakan kritikan tersebut. pnjg lak kang), so kenapa tidak kita?
satu ari nnt, ble ditanya pd mereka(pembikin filem) knape x wat flem cmtu..dorg akan jwb "kt xde bajet". berhenti beri alasan sedemikian rupa...kt mampu...anda mampu mengubahnya..

Saturday, April 26, 2008

congkak

Salam..(ala-ala faisal af6)

saya nak komen sikit pasal filem terbaru yang saya tonton di wayang yang terletak di Jusco Bukit Tinggi. (promote gak..) tajuk filem ini ialah CONGKAK. arahan Ahmad Idham, skrip piere andre.

Okie, saya mualakan pasal permulaan filem tu. saya suka permulaan filem tu sebab dia dah berjaya tarik penonton untuk lebih "tertarik" dengan apa yang cuba disampaikan melalui tajuk filem tersebut iaitu CONGKAK! saya juga adalah salah seorang yang tertarik sweater Am menjadi bantal peluk menonton filem seram.

ehem...back to the coment! tapi babak seterusnya seperti tidak kemas iaitu babak ibu Lisa bermimpi bahawa Lisa dibawa pergi oleh seorang nenek kebayan. kALAU nak bagi clue atau hint untuk apa yang akan jadi pun, tak perlulah selepas permulaan sejarah CONGKAK tu. Macam menampal je babak mimpi tu. Pastu asyik mimpi je. Saya tak nampak apa kaitan CONGKAK tu dengan apa yang berlaku pada keluarga yang menetap di rumah kampung tersebut. Saya rasa cerita yang perlu di "emphasize" kan, (bak kata En Zack) ialah cerita mengenai penunggu CONGKAK serta apakah sebenarnya yang menyebabkan penunggu CONGKAK itu masih boleh menghantui rumah itu. Ha, ni pun pelik gak ni! Pada akhir filem tersebut ditunjukkan bahawa "orang tua" yang menggangu ketenteraman keluarga tersebut berjaya dihantar kembali ke bawah tanah (oh gile lah effect, cam cite star wars..:P). maksudnya neraka lah tu. kALAU boleh bunuh "orang tua" tu, kenapa tak bunuh sebelum ni? kenapa nak tunggu ada keluarga yang kena, baru nak hapuskan benda tu dari rumah kampung tersebut. emm..musykil musykil.

lagi satu, ada babak yang memperlihatkan pengarahnya sebagai penampilan khas, dimana dia berlakon sebagai tuan punya kedai yang kehilangan ibunya beberapa tahun sebelum itu. kononnya, kelibat ibu tuan punya kedai itu dilihat oleh keluarga tersebut semasa ingin datang ke tanjung tasek puteh. emm...apa kaitannya ye babak tu? adakah kehadiran "roh ibu" tuan punya kedai itu adalah untuk memberitahu jalan sahaja? adakah kehadiran "roh ibu" tuan punya kedai adalah untuk membolehkan pengarah berjaya berlakon bersama? lu fikir lah sendiri...

tapi, saya suka cara unsur suspen diterapkan dalam filem ini. kejutan demi kejutan berjaya membuatkan sweater am penuh dengan bedak muka yang aku pakai ketika itu. haha...cuma, pada pandangan saya, filem seram tidak perlu terlalu banyak penggunaan effect atau pun kesan khas. cukup dengan teknik penceritaan yang baik boleh membuatkan penonton menutup mata mereka tetapi berdebar-debar menanti babak seterusnya.

jadi..sekian sudah dari saya. nanti saya komen lagi kalau saya tengok filem. pada yang suka, terima kasih. pada yang tak suka...ada aku kisah??? hehe

Budak Lapok dan Apartment 1303

testing testing review movie. bismillah.

hmm...hai korang. aku baru je pas tengok movie Apartment 1303 dengan cerita animasi dr MAlaysia iaitu Budak LApok. alamak...sedihnya. (sebenarnya dh lama dah)

bukan cerita tu yang sedih.

first: Apartment 1303

yang cacat dulu atau yang baik dulu?

yang cacatnya ialah hantu yang diterampilkan dalam filem ni sangat merepek. rambut hantu yang boleh buat macam web spiderman - 1, mangsa yang ADA HATI nak jadikan hantu tu sebagai adik - 2, lighting key yang sangat nampak di mata pelakon - 3, gambar jarak dekat yang blur - 4, cerita hantu ni berasal dari jepun iaitu pengeluar cerita hantu terbesar di dunia. erm, ataupun trend setter bagi filem-filem bergenre seram di dunia. yelah, tengok filem-filem barat semua, kan nak tiru filem hantu jepun? tapi kali ni punya, APARTMENT 1303, sangat menyedihkan dan tak berbaloi untuk ditiru.

yang baiknya.
cuma konsep hantu tu aje. bunuh diri dari tingkat 13, dan menghantui penghuni rumah 1303 selepas tu. itu aje.

second : Budak Lapok

budak lapok ni bukan satu filem animasi eksperimen, sebab dah banyak kartun-kartun melayu macam tu ditayangkan di TV. dan manusia boleh tengok di TV secara percuma, buat apa mereka nak bayar RM10 untuk ke panggung dan tengok benda yang sama, kan? konsep Budak Lapok tu pulak memang dah lapok ditelan zaman. sebab masih lagi nak gunakan idea dari Allahyarham TanSri P. Ramlee sebagai penguat cerita. come on, man! dia dah tak ada, so we malaysians have to MOVE ON! cubalah cari idea yang baru, yang fresh, yang pelbagai untuk buat animasi. bukan hanya bergantung pada idea lama dan rekonstruk semula. kesimpulannya budak lapok memang lapok.

p/s: patutlah dalam panggung tu ada 2 orang aje.


POSTED BY : a-muse-ing

satu arah. satu tujuan. satu destinasi.

haha.
tujuan kelab ni ditubuhkan adalah untuk menghabiskan masa lapang kami-kami yang mempunyai sangat banyak masa lapang. sehinggakan kami mampu berkunjung ke pusat-pusat karaoke, panggung-panggung wayang dan banyak lagi tempat yang boleh dikatakan sebagai "ruang berfoya-foya" beberapa kali dalam seminggu. hehe.
oleh kerana itu, kami menubuhkan kelab KPB ini untuk mendefinisikan bahawa kunjungan ke panggung wayang dan pusat-pusat karaoke itu bukanlah tujuannya untuk berfoya-foya. malah kami ini berdarah seni, berotak seni dan berhati dalam seni (hehe). jadi kami akan kemukakan pandangan kami bagi setiap filem yang telah kami tonton, setiap pusat karaoke yang telah kami lawati dan sebagainya.
kelab KPB ini ditubuhkan pada pertengahan semester enam tahun dua ribu lapan bagi penuntut UiTM dalam bidang penulisan artistik dan ianya telah berkembang dan semakin membangun mekar.
presiden bagi kelab ini masih tidak dapat diputuskan lagi kerana masing-masing terlalu merasa rendah diri untuk memegang jawatan tinggi. (hahaha)
oleh itu selamat datang ke blog KPB ini dan selamat membaca.