Photobucket

Saturday, April 26, 2008

satu arah. satu tujuan. satu destinasi.

haha.
tujuan kelab ni ditubuhkan adalah untuk menghabiskan masa lapang kami-kami yang mempunyai sangat banyak masa lapang. sehinggakan kami mampu berkunjung ke pusat-pusat karaoke, panggung-panggung wayang dan banyak lagi tempat yang boleh dikatakan sebagai "ruang berfoya-foya" beberapa kali dalam seminggu. hehe.
oleh kerana itu, kami menubuhkan kelab KPB ini untuk mendefinisikan bahawa kunjungan ke panggung wayang dan pusat-pusat karaoke itu bukanlah tujuannya untuk berfoya-foya. malah kami ini berdarah seni, berotak seni dan berhati dalam seni (hehe). jadi kami akan kemukakan pandangan kami bagi setiap filem yang telah kami tonton, setiap pusat karaoke yang telah kami lawati dan sebagainya.
kelab KPB ini ditubuhkan pada pertengahan semester enam tahun dua ribu lapan bagi penuntut UiTM dalam bidang penulisan artistik dan ianya telah berkembang dan semakin membangun mekar.
presiden bagi kelab ini masih tidak dapat diputuskan lagi kerana masing-masing terlalu merasa rendah diri untuk memegang jawatan tinggi. (hahaha)
oleh itu selamat datang ke blog KPB ini dan selamat membaca.

1 bintang:

Cik-MeGa said...

aku suke ayat yg last tuh...sume org merendah dri. ngahahha!! aku akn sokong sape2 je jd president...tp klu xde president cmni pon best gak! satu2nye persatuan yg ade vise president jek...yg penting, kt enjoy!!!