Monday, April 28, 2008

Parody.

Apa sebenarnya tujuan karya parody diterbitkan?
kebelakangan ni banyak aku tengok karya parody di TV. di layar perak. di ruas buku. di kehidupan sendiri.
A parody (pronounced [ˈpɛɹədiː]), in contemporary usage, is a work created to mock, comment on, or poke fun at an original work, its subject, or author, by means of humorous or satirical imitation.
oh..jadi itu tujuan parody. untuk mengejek. menghina. meniru tapi dengan gaya yang kelakar. jadi kenapa TIADA filem parody di Malaysia? kan banyak perkara yang perlu diejek, dihina dan ditiru di Malaysia ni?
Boleh aje nak parodykan filem-filem sampah Razak Mohaideen tu. Anak Mami Kembali boleh je jadi Anak Mama Kembali Ke Sekolah ke apa-apa. filem Mistik tu boleh je jadi filem Beef Stik ataupun Lipstik dan sebagainya.
Filem Congkak. Banyak point parody yang boleh wujud kat situ. sebagai contoh, masa Lisa tengah main congkak dengan nenek tua tu, letak la referee jaga ke, ada coach ke, ape2 la. tak pun waktu nenek tu tengah dijampi untuk masuk ke bawah tanah, boleh aje buat parody yang kat bawah tanah tu ada ramai orang lagi cthnye Si Tanggang, atau sape2 la yang pernah kena telan ngan tanah.
Filem Duyung. Ehm. tak tengok. mahap.
Tapi kenapa tak ada langsung filem parody di Malaysia? takut ke? amboi~ kalau buat filem mengkritik poligami versi kelakar tak berapa nak jadi tu boleh... nak buat filem parody yang cincai tu takut yer....
dan satu lagi, kalau Hollywood buat filem parody yang penuh dengan unsur lucah dan kelucahan, kita tak payah la ikut tang tu. aku rasa parody lebih berkesan sindirannya dari filem biasa. dan parody jugak boleh membuat orang gelak ketawa. tak ke 2 dlm 1 fungsinya tu??
aku masih lagi sedang menanti siapa agaknya pengarah Malaysia yang berani buat filem parody. dulu ada XX Ray 2 yang cuba nak selitkan unsur kemodenan dalam hidup Hang Tuah. Okey, itu boleh dikira satu parody, tapi tak berapa nak tersindir la pulak sebab orang yang disindir tu (Hang Tuah) entah wujud entah tidak.
hmm.

1 bintang:

"EniGma SebuaH UnGu" said...

erm...aku blaja word bru ari neh...parody!
actly, those pembikin filem (klu layak digelar gan name tersebut la) bukan x brni. tp dorg wat filem utk KEUNTUNGAN. dorg x sanggup amk risiko utk mende2 best cmni...