Saturday, June 28, 2008

kekaguman pada psiko ini~


ya, memang la aku ketinggalan zaman. tapi kalau tak kerana Astro, aku still akan jadi orang ketinggalan zaman tu! Anyhow, aku baru tengok citer Perfume: The Story of A Murderer. Dulu ramai orang pernah tanya aku. "Kau pernah tengok Perfume? Cerita tu ada banyak censored." Aku pun jadi tak berminat nak tengok cite camtu sebab, watper kan? kalau nak tengok cite censored baik aku tgk cd blue jer! lalala~
Anyway, cite Perfume dah mengatasi bintang aku pada American Psycho 2. Karakternya tersangat deep. Dan keperluan membunuhnya iaitu untuk mengumpul wangian dari 9 tubuh anak dara tersangatlah sesuai dengan karakter psychonya tu. Cara Ben Whishaw potraykan watak Grenouille sangat berkesan. Arhh...kagumnya aku!! Kenapa dia tak menang award untuk itu??
Citer ni macam kutuk agama Yahudi dan kuasa Pope sikit sebab sumer orang percaya yang bila Pope dah buat jampi2 serapah dan bacaan2nya tu, pembunuh/psikopath ni akan tertangkap. Dengan adanya kewujudan watak seperti Alan Rickman - iaitu satu2nya orang yang bersikap rasional dan tak percayakan kuasa Pope, nampak macam agama tu tak berguna pun sebenarnya. Tambah-tambah orang yang ditangkap menggunakan kuasa Pope tu bukanlah pembunuh sebenar.

Em, aku tulis review ni tanpa rujuk apa-apa sebab terlampau kagum kat watak psiko cite ni. kepada yang dah tengok, korang setuju tak dengan aku? dan kepada yang tak tengok, tengok yer~!

4 bintang:

mastikus said...

gile ah...akupun tgk cite ni semalam..aku menonton dengan penuh taksubnya sehingga aku bercita-cita mahu buat cite psiko ..

p/s: mamat tu berlakon sungguh superb!!!

aRmaDa UnGu said...

ade seseorg sarankn supaya aku tgk cte neh tp x dpt sumber cte laaa...
huhu~

Anonymous said...

lor..ruginye..ada ulangan x?np aku leh terlepas. btw, last sem, abg naim d suh aku tgk cte neh...ala!!

maPieCeoFarT said...

aku menonton filem ni semester lepas... pinjam DVD dari rakan...
aku duduk sorang2.. dalam gelap... berbekal biskut IKO dua keping... jam tiga pagi... layann...~! =)