Photobucket

Wednesday, March 25, 2009

Dragonball Evolution ; Adaptasi Dari Komik Mutiara Naga.

aku diminta. diminta untuk review filem ini. walaupun aku taknak buat tapi aku serah saja.pada mulanya aku pergi ke panggung mahu tonton Geng kerana sebelum ini 2 kali aku pergi tiket sold out. tapi kali ini takde rezeki jugak sebab GSC Klang dah tiada tayangan Geng. hampeh! kira-kira nak tengok la filem lain macam Merly & Me (betul x ejaan aku?) or Sayang You Can Dance tapi tak kesampaian. Merly & Me takde. Sayang You Can Dance macam tak best. diakhirnya tengokla Dragonball yang pada ketika aku zaman kanak-kanak aku begitu gilakan komik ini. sampai sekarang kot aku gila kat dragonball. kira aku tak kisah sangatla nak tengok dragonball ni coz memang aku minat sangat2! cuma aku banyak dapat berita dari rakan2 aku yang mengatakan filem ini tiada kepuasan untuk peminat2 dragonball.

mula tayangan. kepala aku dah dapat fikir yang watak Son Goku ni jambu sangat. pastu dia pandai. pergi sekolah. tak sama dengan komik. dimana Son Goku dalam komik alang2 bodoh dan tak tahu apa2 selain datuknya Son Gohan. maybe sebab itu dinamakan Dragonball Evolution. perjalanan filem ini bergerak dengan terlalu pantas. mungkin kekangan masa. dah nama pun filem adaptasi. kalau nak dikutkan filem ini terlalu simple. mudah sangat Goku, Bulma, Master Roshi dan Yamcha kumpul dragonball. senang sangat. kepayahan mengumpul dragonball didalam komik tidak ditunjukkan di dalam filem.ketidakpuasan mula terbit dalam diri aku.

aku dapat rasa perkembangan cerita di dalam filem ini diubah hampir 70% jika dibandingkan dengan komik.(sebab tula namanya Dragonball Evolution). mungkin penumpuan produksi hanya pada kesan khas dan CGI saja. memang gempakla kesan khas filem ini. Kamehameha cantek. best! Cici (bakal isteri goku) pun nampak manis. suara Bulma amatlah seksi. muka pun cantek. satu watak saja yang aku rasa tdiak diubah. watak ini sama dengan watak komik. Master Roshi. sama jer ngn komik. dia punya Gatal. suka simpan majalah Playboy. pandang Bulma dengan penuh berahi. pakai baju hawaii. sama!

watak Picollo tetap warna hijau. tapi kat kepala dia takde sesungut macam dalam komik dan dia x pakai serban. kostum pun lain. Picollo dibantu seorang watak yang aku x ingat namanya. pembantu dia ada kebolehan menyamar menjadi Cici. babak di mana Goku bertukar menjadi monyet (Ozaru), ada sedikit perubahan. Ozaru ini tidak lah besar sangat macam kt dalam komik. saiznya kira2 3 kali besar Picollo kot. haaa. dan Goku dapat kawal dirinya dari mengganas menjadi Ozaru. tapi yang paling penting, Goku di dalam filem takda ekor! x sama ngn komik. cuma yang sama ialah mempunyai tongkat sakti. dalam komik Goku akan bertukar jadi Ozaru apabila dia terpandang bulan mengambang. tapi di dalam filem dia menjadi Ozaru ketika berlakunya gerhana matahari. sangat lain.

 

aku tak puas tonton filem ini. harap2 ada lah sekuel filem ini dan harapan filem sekuel ini jangan palak macam yang first.


3 Bintang.

17 bintang:

afrohead said...

dan aku harap filem ini tiada sekuel..
rosak dragonball dapat kat james wong dgn stephen chow.
tolonglah jangan ada sekuel.
tak sanggup aku nak tgk dragon ball kesayangan aku dirosakkan lagi oleh dua mangkuk ni..

Unknown said...

harapan aku kalo ada sekuel bg la org len wat....

kita tgk hasil tgn org len mcmane...

SMF TEKA said...

naseblah dragonball...
akan lebih lagi di evolusikan...

Rye said...

hehe...
akhirnya!

kneh dia tampilkan omputeh sbg goku..?

erm.

Unknown said...

sebab goku filem telah dievolusikan...

kalau dalam bidang adaptasi karya dragonball ini telah diperkosa....

itu hakikat.....

rasanya akira toriyama x sedar karyanya telah diperkosa oleh james wong....

Rye said...

die x sedar? bia btul.

wait. akira toriyama maseh hidup ke?

hahahaha~

Unknown said...

aku pun xtau dia hidup or dh mati...


hahahaahahah

Saiful AmmaR said...

stephen chow - ramai yg mengenalinya dengan filem entah ape2 entah. walaupun ada story. namun, kebodohan tetap akan ditonjolkan. seperti tranformer, kalau karya asal cuba diadaptasi akan menjadi seperti inilah. tak sangka aku.....

Saiful AmmaR said...

Untuk kawan2.. kalau nak tgk sebahagian pic kahwin aku, layari blog aku. tq.

Rye said...

wei
tuka goku kpd omputeh..evolusi ke tu?

mcm revolusi ade laa

Unknown said...

ideologi.kan omputeh begitu membenci org jepun.kesan kemusnahan pearl harbour.sila rujuk sejarah.

Rye said...

ahh tak kira! ini revolusi!

eh, emo lak.

tujuannye utk mmbnykkan komen lg kat post ni..sbb spe paling byk komen akan dilantik sbg presiden KPB!

r-evolusi cara memilih pemimpin.

hehe.

Anonymous said...

aku suka bezita EH EH

saje jek komen sbb mau jadi presiden jugak!=P

Rye said...

er..maksud aku..post sape paling byk komen akan dilantik sbg presiden...tulah r-evolusi! huhuhu

hah. post ni dah banyak komen dah. bersiap sedia!

SMF TEKA said...

laaa...

yeke...

nape pemilihan presiden mcm ni?

SMF TEKA said...

tiada entri terbaru ke?

idea dah kering?

kalau xnak budak ni jadi presiden buatlah entri baru.

hahahaha.

Unknown said...

OMG!

saya gila kuasa!