Photobucket

Thursday, April 22, 2010

kick A$$ (LPF tak bagi mencarut!)




Sangat bersetuju dengan tajuknya. KICK ASS...yeah!!!! sangat teruja menonton filem ini. walaupun saya rasa kurang sesuai untuk ditonton oleh makhluk berusia 13 tahun ke bawah kerana elemen keganasan yang dipaparkan, tetapi sebagai insan berusia 18 tahun ke atas, saya merasakan filem ini sangat 4 bintang~ mungkin takkan menang Oscar, cukuplah sekadar menang di hati saya. hahahahahha!

melihat karakter hero Kick Ass sangat mengingatkan saya pada karakter Hiccup dalam filem How To Train Your Dragon. Seorang remaja yang cuba menjadi hero dan membawa perubahan kepada dunia (paling tidak pun pada komuniti yang mereka tinggal..;p)..well, apa yang saya cuba sampaikan, saya suka sebenarnye melihat kebangkitan looser kepada hero, daripada hero menjadi hero. ah?





ok, abaikan apa yang saya merepek di atas. Kalau tak silap saya, Kick Ass sebenarnye adalah adaptasi daripada komik Mark Millar yang mempunyai tajuk yang sama. Mungkin saya tidak dapat mengkritik dari segi pengadaptasian dari komik ke filem kerana saya tidak membaca komik tersebut, tetapi ternyata filem arahan Matthew Vaughn ini tidak mengecewakan saya. Sebelum ini juga, filem arahan beliau tidak juga mengecewakan. Seperti Stardust, elemen comedy parody masih menjadi satu kelebihan Vaughn untuk mengarahkan filem Kick Ass. I lOve ParodY~

Filem yang digelar oleh beberapa pengkritik filem sebagai satu filem “satire of superhero” ini menarik perhatian saya melalui isu mengenai sesiapa sahaja boleh menjadi superhero, walaupun dalam keadaan di mana anda tidak mempunyai sebarang kelebihan atau bakat seperti yang dilakukan oleh Dave Lizewski yang menggunakan nama superheronya sebagai Kick Ass. Dave yang bercita2 mahu menjadi hero tanpa sebarang “super power” akhirnya secara tidak langsung terlibat dengan misi balas dendam Big Daddy dan Hit-Girl.

Tapi karakter kegemaran saya tentulah Hit-Girl yang dilakonkan oleh Chloe Moretz. Pergh, itu pastinya menjadi watak idaman ramai gadis di luar sana. Melihat pada karakter Hit-Girl, saya teringat “childhood dream” saya untuk menjadi spy atau agen seperti Charlie’s Angel. Tapi seperti yang saya katakan tadi, kalaulah ada kanak2 yang menonton apa yang dilakukan oleh Hit-Girl ini, pasti buruk padahnya! :p…

Komedi ini bukanlah komedi lawak bodoh yang tidak mempunyai sebarang pengajaran atau nilai2 yang kita boleh ambil dan pelajari. Barangkali itulah kelebihan pengarah yang bagus, Berjaya meletakkan parody bersama dengan falsafah kehidupan yang tinggi tanpa merosakkan elemen komedi itu sendiri.

Secara keseluruhannya, kanak2 jangan tengok! Haha…anda yang rasa anda tidak mudah terpengaruh dengan elemen ganas melampau, bolehlah menonton filem KickAss dengan penuh rasa satisfaction.

Errrgh…nak sangat jadi mcm Hit-Girl!!!!

Monday, April 19, 2010

clash of the titans!



Release the Kracken! Itulah dialog yang aku ulang tak habis2 sampai sekarang. Betapa kagumnya aku menonton babak tu sampai sekarang terasa impactnya. Haha..
Filem ini memang boleh dikategorikan gempak gila dari segi special effect dan kesan2 khas (er..sama lah tu kan..haha..saje wat reviu jadi panjang). Tapi dari segi jalan cerita itu, barangkali sudah biasa kita tonton kisah2 yang membabitkan dewa seperti Zeus, Hades, Medusa…bla bla bla..

Ok, setahu saya clash of the titans telah dihasilkan sebelum ini pada tahun 1981 (kalau salah tolong jolokkan..haha). saya sebenarnya berniat nak menonton filem ni sebab heronya yang pernah berlakon dalam Avatar iaitu Sam Worthington. Sekali lagi memegang watak hero, memang “worth” betul lah mamat ni. Asyik dapat berlakon jadi hero untuk filem yang gempak2. Bak kata beliau, “as far as I'm concerned, He hired me because I'm cheap & I'm Australian”..and your cute too..wahaha!

Tapi, kalau nak katakan lakonan beliau bagus dari segi peningkatan, tidak juga. Lebih kurang sebenarnya watak ini dengan watak dalam Avatar. Seorang hero yang berjuang demi menegakkan kebenaran, keadilan, keselamatan, ke…la la la~..ok, sebelum aku merepek, aku Cuma nak katakan yang watak Sam dalam filem ni taklah begitu hebat pun lakonannya. Jika anda mahu melihat beliau memakai skirt sambil membunuh, bolehlah menonton filem ni. [^_^] Sam Worthington memegang watak sebagai Perseus,, anak kepada DewA Zeus.

Sangat typical melihat watak2 dewa dalam filem ni seperti filem2 dewa yang lain, mereka hanya akan duduk (atau berdiri..hehe) dalam bulatan dan berada di dalam satu Bandar yang diselaputi awan. Wahaha…lawak ah. Saya sebenarnya sangat tidak suka imej dewa2 seperti ini. Macam dewa2 ni tak ada buat apa2, hanya tahu berborak dan berbincang sahaja. Haha…karakter jahat jugalah yang banyak bertindakkan. Tengok saja pada Hades yang bersungguh2 mahu menjatuhkan Zeus, sibuk ke sana ke mari. Itulah, orang jahat ni selalunya berjaya sebab rajin! Lebih lagi yang melakonkan watak Hades adalah salah seorang pelakon kegemaran saya, Ralph Fieenes…oh…lord voldemort ku~

Ok, dah jadi personal sangat review ni! Hehe… tapi memang selalunya elemen2 personal ni yang melekatkan kita dekat kerusi panggung sebenarnya. Satu lagi karakter yang membuatkan saya terpaku adalah watak Gemma Arterton sebagai Lo. Ha…cantik giler! Aku yang sering terpukau melihat wanita cantik (opss..lurus!), memang berasa stunned melihat wanita ini memegang watak ala2 “guardian” kepada Perseus.

Secara keseluruhannya, filem ini memang typical filem Hollywood, tapi, kalau ditanya worth it atau tidak membayar harga tiket dan harga pop corn+coke, jawapannya, worth it lah juga. Hahaha…

p/s: se”cute” mana pun heronya, handsome lagi Kraken ku. hahahaaha

Thursday, April 15, 2010

adakah benar Industri Kreatif Malaysia sudah ketandusan naratif yang kuat?

rasanya tidak. Malaysia punyai banyak kekangan yang terkongkong.
  1. masalah utama : pasaran kreatif yang sangat kecil (sampai ada yg kata kita xde industri). dari 27 juta rakyat Malaysia hanya 600 000 orang saja penonton tegar di panggung wayang.
  2. dan muncul masalah-masalah seterusnya : para penerbit tidak berani melabur wang yang banyak. (sebab takut rugi, industri kecik beb!)
  3. mereka menonton utk hiburan bkn utk berfikir.(sebab tu adnan sempit laku habis, JPB laku sebab org suka benda tahyul!)
  4. dari situ muncullah cerita-cerita yang berulang-ulang, naratif longgar, struktur yg bodoh dan seterusnya.....
  5. para pembikin buat filem berdasarkan tuntutan komersial maka lahirlah karya-karya yg sedap je mata memandang (yg mata x sedap pandang terus sepi tanpa publisiti, kalo dah harumkan nama Malaysia baru a dpt publisiti...tipikal!)
  6. orang yang dlm industri pun saling bercakaran, tuduh menuduh, ego masing2 nak ditunjuk...macam mana nak maju!
  7. bila pengkritik mengkritik dah mula menggelabah then kuar statement kat media suh pengkritik jgn sibuk lepas tu pulak suh pengkritik buat filem...ape ke hal???(woi bangang!dah nama pengkritik..so dia pengkritik jela...bodoh bahlul sgt nape....dia belajar ilmu mengkritik...kau belajar ilmu nak buat filem...so masing2 la....bodoh!)
  8. bila buat studio yang tercanggih kat asia, takde tenaga buruh nak gerakkan studio tu...(ko bangga la sampai mati!)
masalah-masalah ini menjadi peranan mengapa industri kita begini jadinya. ada beberapa penyelesaian yang dirasakan sesuai sangat kot. ADAPTASI. sejak malaysia mula buat filem pada tahun 1930an, hanya 9 buah filem yg di adaptasi dari novel. untuk pengetahuan pembaca KITA PUNYAI NOVEL-NOVEL YANG KUAT DAN KUKUH NARATIFNYA! tgk saja karya-karya Hlovate, Ramlee Awang Murshid, Areila Hashim, Faisal Tehrani, banyaka lg la.....cuma kita tade keberanian utk ke arah itu. tgk saja Indonesia, bagaimana kejayaan laskar Pelangi....

jadi anda sebagai penonton, pengkritik, pembaca, pelajar filem, pengarah dan sebagainya, anda mampu mengubah keadaan ini. JANGAN TAKUT UTK PUNYAI CITA-CITA~

Wednesday, April 7, 2010

Evolusi KL Drift II




10 minit pertama memang penting! Dan syamsul yusof Berjaya buat saya kagum dengan persembahan 10 minit pertama Evolusi KL Drift 2 (EKLD2) beliau. Mata saya tertancap tekun pada layar. Pada awalnya bimbang hasilnya akan menghampakan sepervi V3- Samseng Jalanan. Tapi 10 minit pertama garapan Syamsul Yusof buat saya percaya EKLD2 pasti menarik.

EKLD2 merupakan kesinambangunan daripada Evolusi KL Drift mengisahkan tentang Zack Ikmal lakonan Syamsul Yusof yang mula menceburi sukan permotoran drift secara professional. Kehidupan Zack masih dikelilingi rakan-rakannya iaitu Sham (Farid Kamil), Zul (Buzen), (Vee (Hetty Sarlene) bersama seorang lagi iaitu Alya lakonan Scha Al-Yahya yang mana wataknya baru muncul dalam EKLD2. Dalam masa yang sama, Joe (Aaron Aziz) masih menjalankan aktiviti haramnya iaitu pengedaran dadah. Dia kini bergandingan dengan Ery (Shaheizy Sam) mempunyai misi ingin menguasai seluruh kawasan KL. Ery pula mempunyai misi untuk menghapuskan Zack kerana dendamnya terhadap Zack yang menyebabkan salah seorang konconya yang dahulu telah dimasukkan ke dalam penjara kerana maklumat Zack. Aktiviti jahat Joe membuatkan pihak polis yang diketuai oleh Inspektor Kamal (Remy Ishak) mengumpul maklumat dan bukti untuk membawanya ke muka pengadilan. Kamal meminta bantuan dari Alya yang merupakan sahabatnya supaya Alya mendapatkan maklumat daripada Zack kerana dia mempercayai Zack mengetahui rahsia kegiatan dadah Joe.

Permusuhan Joe terhadap Zack membawa kepada dendam yang membuatkan dia memerangkap Zack dengan meletakkan dadah di bengkel Zack. Ketika melepaskan diri dari pihak polis, Kamal meminta Zack memberitahu pihak polis maklumat yang dia tahu tentang Joe. Hal ini membuatkan Joe menjadi marah dan menjadikan Sham dan Alya sebagai umpan untuk menghapuskan Zack.dengan bantuan pihak polis, Joe dan Ery mati dalam pertempuran yang turut mengorbankan Alya.

Naratif cerita ini berjalan dengan susunan yang kemas. Jalan cerita yang mudah difahami dan juga suntingan yang kemas disertai dengan susunan muzik yang tidak membuatkan penonton berasa kurang selesa menontonnya (kebiasaannya filem aksi dan perlumbaan gemar memasukkan bunyi yang agak membingitkan yang boleh mengganggu tumpuan penonton. Mengambil V3 – Samseng Jalanan sebagai contoh). Malah, ‘kehilangan’ Fasha lakonan Fasha Sandha yang juga merupakan pelakon utama dalam Evolusi KL Drift yang pertama juga dinyatakan tanpa menimbulkan keraguan kepada penonton.

Watak dan perwatakan juga disampaikan dengan baik oleh para pelakon. Pujian harus diberikan kepada Scha kerana persembahannya yang cemerlang dalam EKLD2 menerusi watak Alya walaupun pasti yang dia tidak akan mucul lagi sekiranya Syamsul bercadang untuk membuat sekuel KL Drift.



Dengan meletakkan diri saya sebagai penonton yang meminati filem aksi, saya memberi EKLD2 sebanyak 5 bintang dari aspek tersebut. Babak aksi yang dipersembahkan membuatkan saya berasa kagum kerana ia sebuah filem yang terhasil dari industri perfileman Malaysia. Mungkin kerana memikirkan yang bapa beliau, Datuk Yusuf Haslam telah memberi kepercayaan dengan melabur jumlah modal yang besar maka Syamsul memberikan yang terbaik agar tidak menghampakan kepercayaan tersebut. Usaha Syamsul nyata berhasil kerana hasil kerja kerasnya, aksi yang dipaparkan dalam EKLD2 benar0benar memberikan kepuasan! Malah, tak salah sekiranya saya mengatakan yang saya mengharap yang lebih lagi dari pengarah muda ini!