Thursday, April 22, 2010
kick A$$ (LPF tak bagi mencarut!)
Sangat bersetuju dengan tajuknya. KICK ASS...yeah!!!! sangat teruja menonton filem ini. walaupun saya rasa kurang sesuai untuk ditonton oleh makhluk berusia 13 tahun ke bawah kerana elemen keganasan yang dipaparkan, tetapi sebagai insan berusia 18 tahun ke atas, saya merasakan filem ini sangat 4 bintang~ mungkin takkan menang Oscar, cukuplah sekadar menang di hati saya. hahahahahha!
melihat karakter hero Kick Ass sangat mengingatkan saya pada karakter Hiccup dalam filem How To Train Your Dragon. Seorang remaja yang cuba menjadi hero dan membawa perubahan kepada dunia (paling tidak pun pada komuniti yang mereka tinggal..;p)..well, apa yang saya cuba sampaikan, saya suka sebenarnye melihat kebangkitan looser kepada hero, daripada hero menjadi hero. ah?
ok, abaikan apa yang saya merepek di atas. Kalau tak silap saya, Kick Ass sebenarnye adalah adaptasi daripada komik Mark Millar yang mempunyai tajuk yang sama. Mungkin saya tidak dapat mengkritik dari segi pengadaptasian dari komik ke filem kerana saya tidak membaca komik tersebut, tetapi ternyata filem arahan Matthew Vaughn ini tidak mengecewakan saya. Sebelum ini juga, filem arahan beliau tidak juga mengecewakan. Seperti Stardust, elemen comedy parody masih menjadi satu kelebihan Vaughn untuk mengarahkan filem Kick Ass. I lOve ParodY~
Filem yang digelar oleh beberapa pengkritik filem sebagai satu filem “satire of superhero” ini menarik perhatian saya melalui isu mengenai sesiapa sahaja boleh menjadi superhero, walaupun dalam keadaan di mana anda tidak mempunyai sebarang kelebihan atau bakat seperti yang dilakukan oleh Dave Lizewski yang menggunakan nama superheronya sebagai Kick Ass. Dave yang bercita2 mahu menjadi hero tanpa sebarang “super power” akhirnya secara tidak langsung terlibat dengan misi balas dendam Big Daddy dan Hit-Girl.
Tapi karakter kegemaran saya tentulah Hit-Girl yang dilakonkan oleh Chloe Moretz. Pergh, itu pastinya menjadi watak idaman ramai gadis di luar sana. Melihat pada karakter Hit-Girl, saya teringat “childhood dream” saya untuk menjadi spy atau agen seperti Charlie’s Angel. Tapi seperti yang saya katakan tadi, kalaulah ada kanak2 yang menonton apa yang dilakukan oleh Hit-Girl ini, pasti buruk padahnya! :p…
Komedi ini bukanlah komedi lawak bodoh yang tidak mempunyai sebarang pengajaran atau nilai2 yang kita boleh ambil dan pelajari. Barangkali itulah kelebihan pengarah yang bagus, Berjaya meletakkan parody bersama dengan falsafah kehidupan yang tinggi tanpa merosakkan elemen komedi itu sendiri.
Secara keseluruhannya, kanak2 jangan tengok! Haha…anda yang rasa anda tidak mudah terpengaruh dengan elemen ganas melampau, bolehlah menonton filem KickAss dengan penuh rasa satisfaction.
Errrgh…nak sangat jadi mcm Hit-Girl!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 bintang:
Post a Comment