Photobucket

Saturday, April 26, 2008

Budak Lapok dan Apartment 1303

testing testing review movie. bismillah.

hmm...hai korang. aku baru je pas tengok movie Apartment 1303 dengan cerita animasi dr MAlaysia iaitu Budak LApok. alamak...sedihnya. (sebenarnya dh lama dah)

bukan cerita tu yang sedih.

first: Apartment 1303

yang cacat dulu atau yang baik dulu?

yang cacatnya ialah hantu yang diterampilkan dalam filem ni sangat merepek. rambut hantu yang boleh buat macam web spiderman - 1, mangsa yang ADA HATI nak jadikan hantu tu sebagai adik - 2, lighting key yang sangat nampak di mata pelakon - 3, gambar jarak dekat yang blur - 4, cerita hantu ni berasal dari jepun iaitu pengeluar cerita hantu terbesar di dunia. erm, ataupun trend setter bagi filem-filem bergenre seram di dunia. yelah, tengok filem-filem barat semua, kan nak tiru filem hantu jepun? tapi kali ni punya, APARTMENT 1303, sangat menyedihkan dan tak berbaloi untuk ditiru.

yang baiknya.
cuma konsep hantu tu aje. bunuh diri dari tingkat 13, dan menghantui penghuni rumah 1303 selepas tu. itu aje.

second : Budak Lapok

budak lapok ni bukan satu filem animasi eksperimen, sebab dah banyak kartun-kartun melayu macam tu ditayangkan di TV. dan manusia boleh tengok di TV secara percuma, buat apa mereka nak bayar RM10 untuk ke panggung dan tengok benda yang sama, kan? konsep Budak Lapok tu pulak memang dah lapok ditelan zaman. sebab masih lagi nak gunakan idea dari Allahyarham TanSri P. Ramlee sebagai penguat cerita. come on, man! dia dah tak ada, so we malaysians have to MOVE ON! cubalah cari idea yang baru, yang fresh, yang pelbagai untuk buat animasi. bukan hanya bergantung pada idea lama dan rekonstruk semula. kesimpulannya budak lapok memang lapok.

p/s: patutlah dalam panggung tu ada 2 orang aje.


POSTED BY : a-muse-ing

1 bintang:

Cik-MeGa said...

haah..
baek tgk upin & ipin...
laaaaagi best!!