Photobucket

Saturday, April 26, 2008

congkak

Salam..(ala-ala faisal af6)

saya nak komen sikit pasal filem terbaru yang saya tonton di wayang yang terletak di Jusco Bukit Tinggi. (promote gak..) tajuk filem ini ialah CONGKAK. arahan Ahmad Idham, skrip piere andre.

Okie, saya mualakan pasal permulaan filem tu. saya suka permulaan filem tu sebab dia dah berjaya tarik penonton untuk lebih "tertarik" dengan apa yang cuba disampaikan melalui tajuk filem tersebut iaitu CONGKAK! saya juga adalah salah seorang yang tertarik sweater Am menjadi bantal peluk menonton filem seram.

ehem...back to the coment! tapi babak seterusnya seperti tidak kemas iaitu babak ibu Lisa bermimpi bahawa Lisa dibawa pergi oleh seorang nenek kebayan. kALAU nak bagi clue atau hint untuk apa yang akan jadi pun, tak perlulah selepas permulaan sejarah CONGKAK tu. Macam menampal je babak mimpi tu. Pastu asyik mimpi je. Saya tak nampak apa kaitan CONGKAK tu dengan apa yang berlaku pada keluarga yang menetap di rumah kampung tersebut. Saya rasa cerita yang perlu di "emphasize" kan, (bak kata En Zack) ialah cerita mengenai penunggu CONGKAK serta apakah sebenarnya yang menyebabkan penunggu CONGKAK itu masih boleh menghantui rumah itu. Ha, ni pun pelik gak ni! Pada akhir filem tersebut ditunjukkan bahawa "orang tua" yang menggangu ketenteraman keluarga tersebut berjaya dihantar kembali ke bawah tanah (oh gile lah effect, cam cite star wars..:P). maksudnya neraka lah tu. kALAU boleh bunuh "orang tua" tu, kenapa tak bunuh sebelum ni? kenapa nak tunggu ada keluarga yang kena, baru nak hapuskan benda tu dari rumah kampung tersebut. emm..musykil musykil.

lagi satu, ada babak yang memperlihatkan pengarahnya sebagai penampilan khas, dimana dia berlakon sebagai tuan punya kedai yang kehilangan ibunya beberapa tahun sebelum itu. kononnya, kelibat ibu tuan punya kedai itu dilihat oleh keluarga tersebut semasa ingin datang ke tanjung tasek puteh. emm...apa kaitannya ye babak tu? adakah kehadiran "roh ibu" tuan punya kedai itu adalah untuk memberitahu jalan sahaja? adakah kehadiran "roh ibu" tuan punya kedai adalah untuk membolehkan pengarah berjaya berlakon bersama? lu fikir lah sendiri...

tapi, saya suka cara unsur suspen diterapkan dalam filem ini. kejutan demi kejutan berjaya membuatkan sweater am penuh dengan bedak muka yang aku pakai ketika itu. haha...cuma, pada pandangan saya, filem seram tidak perlu terlalu banyak penggunaan effect atau pun kesan khas. cukup dengan teknik penceritaan yang baik boleh membuatkan penonton menutup mata mereka tetapi berdebar-debar menanti babak seterusnya.

jadi..sekian sudah dari saya. nanti saya komen lagi kalau saya tengok filem. pada yang suka, terima kasih. pada yang tak suka...ada aku kisah??? hehe

2 bintang:

Rye said...

quoting you: "kenapa nak tunggu ada keluarga yang kena, baru nak hapuskan benda tu dari rumah kampung tersebut. emm..musykil musykil."


ha..bila kau dh sebut ayat ni baru aku perasan. ahmad idham buat mcm tu maybe sbab nak kritik dunia realiti skang ni ah, bila benda dah jadi baru terhegeh-hegeh nak amik tindakan. bila dh ade budak kena langgar depan skolah baru terhegeh-hegeh nak buat bumper... tol x?

huhuhu

Kelab Pengkritik Bersama said...

ngehehehe...aku nk comment gak!
aku pon da nonton filem tuh... elok2 aku ni penakut terus jd si bongok yg x feel pape pon tntg antu tuh...
betul tu!
xkn la sebelum ni xde org yg kne ga antu congkak tuh! npe ble fmly keta harrier tu dtg bru nk 'masokkan' antu congkak tu dlm tanah??
tp betol gak klu nk kt inche director nk kritik realiti..tp x yah la sndri blakon..x best laaa..
sy lalang!!