Photobucket

Wednesday, December 24, 2008

Lakonan Mantap

Tontonilah drama GERHANA DIHATI SARA di TV1 setiap hari Selasa sehingga Sabtu. Rasai jalan cerita tersebut. Jangan cuba untuk menilai bagaimana pelakon tersebut membawa watak yang dilakonkan.
Rosyam Nor VS Fauziah Latiff
Sekali lagi saya nyatakan, jangan cuba untuk berfikir apabila menonton cerita ini. Ikuti sahaja.... Nanti saya akan postkan di lain waktu dan masa mengapa saya bandingkan antara Rosyam Nor dan Fauziah Latiff.

Filem HISTERIA -------> Histeria ker...???

Halu... ni 1st time i menulis/komen/bagi pendapat kat blog ni. ni adalah hasil usaha rakan2 dalam membuahkan pendapat utk kita berkongsi bersama. dah lama pengasasnya menyuruh saya memberi komen tapi tak tahu lah nak komen pasal apa.
bab pasal term filem ni mmg saya tak berapa arif. nak komen sangat pun saya tak berani sangat sebab saya bukan org filem. saya lebih kepada teater. saya tak tahulah kalau kedua2nya mempunyai persamaan. sedikit sebanyak tu adalah persamaannya namun apabila berbicara mengenai kritikan mengenai sesuatu filem saya harus berhati2 untuk memberi kritikan. saya tidak mahu hentam kromo kerana saya tahu batas2nya.
SAYA TIDAK MAHU MENJADI SEPERTI JURI JEMPUTAN SEPERTI DALAM PROGRAM REALITI TV DI MALAYSIA YANG SUKA HATI KOMEN TAPI OTAK KOSONG!!!
ok, cerita mengenai filem Histeria ni, sebagai penonton saya berpuas hati dengan jalan ceritanya tetapi ianya belum mampu untuk saya rasa gelisah setiap masa dan waktu. namun adakalanya shoot agak mendebarkan. pengolahan cerita tersebut seolah-olah seperti filem2 seram korea. hakikatnya memang betol pun berdasarkan the making of histeria yang selalu diulang tayangkan kat astro.
mengenai ekspresi lakonan pelakon agak hambar dan mengecewakan. namun kegahan cerita disebabkan oleh pengolahan/shoot cerita tersebut diambil. ini lah yang menyebabkan cerita tersebut dirasai apabila ditonton. namun apabila menyentuh mengenai dari aspek lakonan ianya amat mengecewakan.
apabila lakonan di pentas teater, setiap pergerakkan tidak kiralah secara fizikal ataupun emosi semuanya harus diperbesarkan namun di dalam filem adalah sebaliknya. kekecewaan amat jelas dirasai kita sebagai penonton apabila tahap permainan lakonan pelakon tidak sama dengan apa yang dirasai. kekalutan, ketakutan, keresahan seolah2 perkara yang terjadi hanyalah satu perkara yang kecil sahaja.
apa tindakan dan reaksi kita apabila suatu kejadian bunuh berlaku dalam 1st time dalam hidup kita? bagaimana sistem biologi kita akan beroperasi. ni tidak, pelakon seolah2 biasa dengan kejadian bunuh. menjerit, muntah, lari untuk selamatkan diri................plssssssssss lah pengiat seni tak kiralah siapa tapi kat sini saya nak tuju kepada mengenai juru make up. plzzzzzz ambik perhatiam. muka pelakon tak pucat langsung malah muka pelakon bersih seperti baru lepas pakai pelembab muka. baju pelakon tak payah cerita lah.... kemas gitu katanya. apa yang dapat diperhatikan dengan jelass adalah mereka amat menitik beratkan rupa hantu jembalang tu. yang hairannya muka pelakon Kaza selaku tukang kebun sentiasa kotor 24 jam. hai tukang kebun tu tak pernah nak basuh muka ker. tak kira siang malam, muka tukang kebun mesti kotor. ni nak tunjuk bahawa karektor sebagai tukang kebun harus berkeadaan selekeh. aduh.....hancur yang amat ketara.
konklusinya pelakon2 ini hanya dikategorikan sebagai amateurish overacting iaitu suatu lakonan yang hanya diekpresikan hanya untuk menunjuk berdasarkan fizikal dan bukannya berdasarkan secara lahiriah. untuk dikategorikan sebagai pelakon berdasarkan konsep living the part amat jauh sekali. walau bagaimanapun saya tetap ingin mengucapkan syabas kepada semua pelakon kerana usaha mereka. untuk mencapai sebagai pelakon kategori A+ bukannya senang. dalam 1000 hanya 1 yang boleh mencapai. malah pelakon yang hebat seperti rosyam nor, zamarul hisham, fauziah nawi, jalaluddin hassan n banyak lagi belum mampu untuk mencapai sebagai kategori yang dimaksudkan.
bukan senang untuk menjadi seorang pelakon. kita hanya mampu untuk membawa/menunjukkan watak yang di bawa. namun hakikatnya LU...PIKIRLAH SENDIRI....

Monday, December 22, 2008

The Pianist.


"If you prick us, do we not bleed? If you tickle us, do we not laugh? If you poison us, do we not die? If you wrong us, do we not revenge?" (William Shakespeare, The Merchant of Venice)


Filem Roman Polanski ini meletakkan Wladyslaw Szpilman sebagai watak utama. Seorang Yahudi. Perang Dunia Kedua antara Poland dan Jerman memisahkan Wladyslaw atau Wladek dengan keluarganya. Ah. Sinopsis.

Wladek seorang pemain piano. Dan dia pemain piano cuma. Tak lain. Tak reti berjuang, tak reti bersuara. Hanya pemain piano. Patut ke dia diangkat sebagai hero jalan cerita ini?

Ah, kalau aku sokong dia pun, bukan bermakna aku sokong agama Yahudi. Cuma dia penggerak cerita. Jadi dia dilihatkan sebagai seorang innocent. Orang Yahudi memang ditindas dalam filem ini. Yang menindasnya, tentera Nazi. Lebih kejam dari Bush. Atau sekejam Bush?

Oleh kerana cerita ini berkisar sejarah, jadi aku tak komplen apa apa tentang plot cerita. Cuma perwatakan Wladek yang dibawa oleh Adrien Brody ni. Kenapa dia sedikitpun tak pernah nak melawan tentera tentera Nazi yang senang sewenang wenang menembak kepala kawannya sendiri tanpa alasan?

The best part is, disebabkan Wladek seorang pianist, maka dia dihormati dan disanjungi. Ada beberapa orang yang menolong dia termasuklah seorang kapten dari tentera Nazi sendiri.

Ya…Wladyslaw yang lagenda bukan survive kerana berjuang! Dia survive kerana dibantu oleh tentera kejam Nazi, hanya kerana dia pandai bermain piano.

Aku betul tertarik dengan dialog di pengakhiran cerita, bila tentera Nazi dah kalah dan tentera Poland pula berkuasa. Wladek memakai kot milik kapten Nazi yang membantu dia, dan tentera Poland keliru, ingat kan dia pegawai Jerman.
Bila dia dah dikenalpasti, tentera Poland tu cakap:
“Why the fucking coat?”
Wladek menjawab;
“I’m cold.”

Aku meletakkan diri aku di tempat Wladek ketika tentera Nazi kalah. Dia mencari cari kapten yang membantunya dulu, tapi dalam masa yang sama, dia akan dikecam bangsa sendiri jika dia membantu kapten itu.

Tapi nasib baikla kapten tu tak dapat di kesan.

Aku benci cerita sejarah terutama berunsur peperangan. Tapi Roman Polanski berjaya buatkan aku duduk di atas kerusi, tak berganjak dan sakit hati dengan tentera Nazi! Haha.

Untuk Adrien Brody, A++++++!!

p/s: Muzik boleh tundukkan manusia, kan?

Tuesday, December 16, 2008

Los dan Faun ~ aku ketawa mengekek-ngekek!

Walaupun tajuknya seolah-olah buddy movie 2 orang protagonist iaitu Los dan Faun tapi aku melihat filem ini sebagai ensemble comedy dimana kesemua watak sama penting untuk bercerita. Kekuatan filem komedi sebegini sangat bergantung kepada kemampuan menceritakan perbedaan perspektif, respons, aksi/reaksi oleh kesemua watak dalam kepompong dunia naratif Los dan Faun yang khusus dalam filem ini sahaja. Maksud aku, setting filem ini sememangnya sengaja berlebih-lebihan, dilebih-lebihkan, terlebih-lebihan, melebih-lebihan.. dan itulah KELEBIHAN filem ini! Misalnya ada babak dibikin bermula dengan lawak (dialog/aksi) yang kecil oleh seorang watak lalu disambung oleh watak seterusnya dan ditumbesarkan lagi oleh watak lain serta yang lain-lain berantaian sehingga sebesar-besar jenaka yang out of the box! Malahan ia diekori lagi oleh suara-suara offscreen sebelum babak berakhir! (watak Amran oleh Khir Rahman banyak melakukannya dengan kena) Kerana itulah mungkin penonton mulanya hanya tersenyum simpul kemudian ketawa kecil dan diakhiri dengan gelak terbahak-bahak non-stop! Los dan Faun berhasil menimbulkan reaksi itu berkali-kali dan berulang-ulang di sepanjang naratif filem ini seperti snowball-effect.

Kekuatan utama filem ini ialah cliffhanger naratifnya dan unpredictable dialogues dari setiap watak. Khalayak menunggu apa yang akan terjadi seterusnya dan apa dialog yang akan terpacul dari mulut watak dalam setiap babak. Walaupun diakui bahawa cerita ala penyiasatan sebegini akan memerlukan banyak exposition dan clue untuk diceritakan bagi melengkapkan cerita, namun ia terasa mudah diikuti kerana setiap info dijalin dalam bentuk visual penemuan ala CSi yang teliti dan sesi Q&A sesama watak-watak secara sambil lewa. Penonton bergerak bersama dengan Los dan Faun untuk mencari siapakah pencuri jam tangan Soffarudin Al Sogood?

Kepandaian pengarahan Afdlin Shauki dan ke-witty-an setiap pelakon berjaya memudahkan penceritaan yang kompleks meskipun ada ketikanya exposition yang disyarahkan oleh watak-watak terlalu banyak. Misalnya babak terakhir filem ini semasa helikopter mendarat dan polis tiba, watak Soffarudin dan Faun menghuraikan tanpa henti itu dan ini tentang jawapan sebenar kepada semua misteri dilatari oleh bunyi helikopter yang bingit. Pada aku, ia disengajakan kerana info itu terlalu banyak bla bla bla tapi terasa pendek dan cepat kerana gesaan dari bunyi enjin helikopter itu sendiri. Kamu perasan tak situasi itu juga 'memaksa' watak-watak bercakap laju dan kuat-kuat kerana isinya panjang dan banyak! Ia macam sesi taklimat ringkas tapi padat yang hanya perlu dicerap kata-kata kunci jawapan who, what, where, why, how? secepat-cepat mungkin. Bagus!

Filem ini juga berani berjenaka secara exaggerate, farce, slapstick dan menyelitkan sexual innuendo tapi masih berkias cara Melayu serta 'bersih' untuk orang yang tidak faham apa jenakanya. Mungkin kerana itulah ada ketikanya penonton yang naif tidak ketawa tapi aku layannn!.. hahaha!

Sejujurnya, aku sudah lama betul tak merasa ketawa mengekek-ngekek dalam pawagam menonton sebuah filem komedi Melayu (baca: Senario aku ketawa juga tapi cuma sekerat jalan!) Jadi bila aku menonton Los dan Faun sampai hentak-hentak kaki dan gelak hingga keluar airmata, maknanya filem ini memang lawak yaa amat! Hebat!

Tahniah bro Afdlin & team Los dan Faun!

Thursday, December 11, 2008

CICAKMAN 2 - PLANET HITAM.

filem ni merupakan sambungan (sequel) dari CICAKMAN yang pertama. mengisahkan tentang superhero yang berhadapan dengan penjahat di sebuah bandar Metrofulus. dalam siri kedua ni, Hairi (Saiful Apek) kini tinggal dengan Iman (Sharifah Amani) yang merupakan adk kepada arwah Danny (Yusry). hairi diganggu oleh kuasa jahat atau mungkin boleh lar kot nak kata"hantu" dari ginger brothers (AC Mizal & Adlin Aman Ramli), Rrama (Tamara) dan jugak Profesor Klon. isu kali ini adalah tentang profesor klon yang mahu menakluki dunia dengan formula air hitam yang menurut propaganda profesor klon air hitam itu berpunca dari rancangan jahat kerajaan metrofulus. cut it short, akhirnya semua musuh-musuh cicakman ni bertembung dalam satu pertempuran yang semestinya berpihak dengan cicakman. hero maa... oh ya, ginger brothers berada di pihak cicakman!

erm, aku tak reti nak kupas setiap konteks dalam cicakman 2-planet hitam neh. jadi, aku memilih untuk bercerita sedikit-sedikit tentang jalan cerita juga mesej, suntingan & watak.

bagi aku, filem ini sebuah filem yang kemas dari segi penyampaiannya. ia mudah difahami jika tak terlepas lima minit pertama! heh.. kisah bermula dengan kisah Bakar (Redzuan Hashim) yang merupakan ahli perniagaan juga kuncu kepada Profesor Klon. dia mengkhianati (if not mistaken) Profesor Klon dan mati dibunuh di tangan Rrama. makanya, dari situ lagi penonton sudah diberitahu bahawa Rrama adalah orang-orang Profsor Klon. kemudian, beralih kepada pengenalan Hairi dengan kehidupan yang barunya dalam sequel kedua. sehingga tamat, perjalanan cerita berlangsung dengan kemas. membuatkan mata, fikiran dan otak berasa senang untuk mennton. bukankah filem itu salah satu hiburan?

untuk bercakap tentang suntingan, mungkin aku bukanlah seorang yang gila-gila punya pakar. aku cuma mendalami ilmu editing ni kurang tiga bulan. walau macam mana pun, rasanya pujian harus diberikan buat Yusry untuk CGI yang menarik walaupun kadang-kadang ada ternampak versi animasi. tapi, itu semua tak menghalang mood untuk terpukau apatah lagi Yusry bijak meletakkan kesan bunyi (sound effect) yang selari dengan aksi yang dipaparkan. daripada tak mencuba dan terus mengkritik, lebih baik menerima apa yang sedia ada. aku rasa tak sia-sia filem ni mengambil masa untuk siap. kiranya,, berbaloi menunggu usaha Yusry.

aku turut senang dengan watak dan karakter dalam cicakman 2 - planet hitam neh. kalau dalam filem laen yang menampilkan Saiful Apek seperti Bujang Senang, Jutawan Fakir (sekadar menyebut beberapa filem), jelas sekali yang terhidang adalah Saiful Apek. tapi, wujud kelainan dalam Cicakman 2- Planet Hitam ni kerana yang anda lihat adalah Hairi si superhero. ternyata Yusry mengambil inisiatif untuk mengurangkan komedi berdasarkan maklum balas daripada cicakman yang sudah. dan, aku suka dengan wujudnya watak ahli perniagaan yang merupakan geng Profesor Klon yang datangnya dari pelbagai bangsa. ada lelaki Amerika, lelaki China, wanita Chia, lelaki Malaysia, lelaki Arab & lelaki Jepun. ideologi dari pengarah untuk mengkritk sesuatu tentang isu antarabangsa. erm... tak mahu cakap tentang Tania. peace! :)

oh ya, aku tertarik dengan satu dua babak yang agak sinis. pertama, babak awal filem ditunjukkan Hairi menanggalkan pakaian di hadapan Iman sedangkan mereka bukan muhrim. malah, Hairi turt menuturkan dialog ini... "ah, takpe. dah biasa". waktu itu, aku sudah mengerut dahi memikirkan keberanian adegan itu diwujudkan. kemudian, penonton dberitahu melalui tongkat yang dipegang oleh Iman. rupa-rupanya Iman adalah seorang gadis buta. tapi, bila difikirkan sedalam-dalamnya itulah kesilapan orang kita. dengan menganggap si gadis buta tidak dapat melihat aurat seorang lelaki yang bukan muhrim, kita dengan mudah menjatuhkan hukum "tak apa". sedangkan, lelaki pasti mempunyai nafsu untuk melakukan sesuatu kepada gadis. kedua, babak pengumuman sejarah oleh Profesor Klon. sinisnya aku rasa babak itu kerana seolah-olah meniru aksi seseorang yang berkecimpung dalam bidang politik di negara kita...

oklah, cukuplah mencoret yang tak seberapa neh. percayalah, aku tak akan rasa malu dengan penayangan CICAKMAN 2 - PLANET HITAM di Brunei, Indonesia & Singapura...

Tuesday, December 9, 2008

berkesankah content filem di Malaysia?

"bolehkah filem kita adakan content yang menitikberatkan permasalahan sex, perkauman, agama, politik haluan kiri atau pro yahudi? jika ya, maka akan berkembang pesatlah filem Melayu dilitar antarabangsa" -Mamat Khalid(Filmmaker)




adakah benar apa yang dikatakan oleh Mamat Khalid. jika benar apakah industri filem kita sudah bersedia?adakah pihak kerajaan dan Finas mahukan perubahan?banyak persoalan yang ditimbul jika isu kemajuan filem Malaysia diutarakan. kenapa ya filem2 Malaysia tidak setanding dengan Hollywood? sebab utama ialah teknologi. kita memang tak mampu. jika itu faktor utama, cuba kita lihat content-content filem Hollywood yang sama dengan filem2 Malaysia seperti content yang sudah klise contohnya cinta, komedi romantis, seram, sejarah, budaya dan lain2. kenapa filem2 ini masih tidak mampu bersaing diperingkat antarabangsa?

teringat kata-kata Yasmin Ahmad ketika dia menghadiri perbincangan mengenai pengantarabangsan filem Malaysia di UiTM. Yasmin mengatakan unsur kemanusiaan adalah yang akan mengantarabangsakan filem kita. lihat sahaja filem2 beliau, sudah antarabangsa. filem2 malaysia tak mampu bersaing kerana masih kekurangan nilai kemanusiaan jika dibandingkan dengan filem2 dari Hollywood. ini benar. contohnya kita ambil filem Hollywood yang mudah iaitu filem Monster In Law (2005) arahan Robert Luketic. ia sebuah filem komedi romantis. sebuah content yang sudah klise di Malaysia. tapi garapan dan nilainya sangat terkesan di dalam jiwa penonton. sangat menghiburkan. unsur dan nilai kemanusiaannya sangat berkesan di dalam jiwa penonton. tetapi jika dibandingkan filem dari Malaysia contohnya filem Duyung, jauh panggang dari api. filem ini juga sebuah komedi romantis tetapi jiwa filem ini tidak sampai. banyak juga nilai kemanusiaan cuba disampaikan, tetapi ia dikaburi dengan komedi yang sangat bodoh. ia harus dipuji kerana mencapai box office. tapi harus ingat bahawasanya rakyat Malaysia menonton filem untuk berhibur bukan untuk fikir panjang. sebab itulah Duyung mampu capai box office. tetapi kualitinya tiada. tidak berguna jika kuantiti ada tetapi kualiti tiada.

agaknya bila ya filem Malaysia akan mampu bersaing?bukan tiada yang mampu tetapi yang mampu itu ibarat si semut berlawan dengan si gajah. sangat kecil nilainya. walauapapun kita harus membantu industri filem kita. hormatilah filem Malaysia walau seburuk mana pun karyanya. ia tetap filem kita. wajah kita.

Saturday, December 6, 2008

Wayang Selamat Pagi Cinta ~ rebiu 2 in 1 (salaam perkenalan)

REBIU 1: Wayang ~ realisme seorang tok dalang?


"The main purpose of the Hikayat Seri Rama is to show the ideals of righteousness, love, loyalty, and selfless devotion." ref: The Ramayana in Southeast Asia


Naratif wayang kulit yang sebenar akan berada di persada budaya warisan bangsa sampai bila-bila pun. Biarkan ia di tempat sewajarnya. Yang ini ialah filem Wayang yang dibayangi sahaja oleh watak-watak asas dari wayang kulit sebagai rangkanya. Jasad naratif filem Wayang masih sebuah ambilan sebahagian cerita masyarakat yang tipikal. Barangkali ia umpama persembahan wayang kulit (bayang dari sekeping kulit mati yang berbentuk sahaja) yang kini diberikan realiti (watak-watak manusia hidup) untuk bercerita sendiri. Kalau wayang kulit ada tok dalang yang menjadi voice-over, filem Wayang pula di-dalangkan oleh Prof Hatta dengan mengarahkan pelakon-pelakon untuk berdialog serta visual pada seluloid. Fungsinya sama cuma dalam panggung komersial yang moden. Modifikasi dan adaptasi sebegitu bagi aku sudah dibuat cara halus serta tidak mendesak untuk mendekati khalayak yang mungkin tidak ambil peduli dengan apa itu wayang kulit. Filem Wayang sudah berjaya timbulkan awareness itu yang sangat bagus nawaitunya. Tahniah!

Oklah. Apa ada pada filem Wayang? Sudah tentulah persembahan wayang kulit. Betul! Ia menyelitkan persembahan itu dari pelbagai sudut di sepanjang filem ini tanpa memaksa kerana ia jadi sebahagian babak dalam cerita penuh filem Wayang. Kisah utama yang diangkat ialah dari sisi point-of-view tok dalang Awang Lah dan sekitarnya. Ia macam sebuah doku-drama di sebalik tabir pembikinan sesebuah persembahan wayang kulit (the making of wayang kulit?) Khalayak diintaikan apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas setiap kali persembahan itu. Kisah ala biografi Awang Lah menceritakan susah-senang beliau, konflik rumahtangga, isu kekeluargaan serta pro-kontra masyarakat sekelilingnya. Dari sekecil-kecil internal dirinya sendiri sehinggalah sebesar-besar external satu kampung! Punca asasnya? Wayang kulit itu sendiri bukan?

Sub-cerita pasangan Awi-Melor ialah Siti Dewi-Seri Rama dalam kehidupan sebenar Awang Lah. Fiksyen yang di-lipurlara-kan olehnya di wayang kulit jadi realisme. Sebagai tok dalang, Awang Lah kena menangani konflik-konflik itu seperti dia menangani (memainkan watak-watak kulit) di atas pentas. Tetapi khalayak memahami serentak dengan Awang Lah bahawa kehidupan sebenar manusia tidak semudah sebuah kisah persembahan wayang kulit yang dikawal oleh seorang tok dalang untuk durasi singkat setiap malam. Filem ini memperlihatkan bahawa kehidupan manusia juga seperti hikayat dalam wayang kulit. Ada watak jahat dan baik. Bila difikirkan semula, memang Hikayat Seri Rama itu sendiri asalnya dari fiksyen rekaan berdasarkan kisah masyarakat sekitar tok dalang yang pertama berkurun yang lalu bukan?

Kesimpulannya, menonton filem WAYANG karya oleh Professor Dr. Hatta Azad Khan seolah-olah menyaksikan sebuah persembahan wayang kulit dengan cerita moden masyarakat di sebuah ceruk kampung yang memerlukan mata zahir untuk berlibur dari tatangan kisah yang tersurat serta mata hati untuk mengupas lapisan-lapisan subtext yang tersirat di layar lebar. Pulangannya kepada khalayak ialah sebuah hiburan ombak pasang-surut emosi suka-duka dan gelak-esak di sepanjang naratif oleh tok dalang Hatta dalam bentuk audio dan visual sebuah filem. Ia ada cerita, ia sarat makna. Terpulanglah kepada penonton untuk menginterpretasikannya dari sudut mana pun, pasti ada puas dan tagih, mesti ada suka dan benci, kerana WAYANG memberikan semuanya.. sebuah cerita kepincangan yang sempurna!

Nah! Kamu mahukan sebuah filem komersial yang bercirikan budaya Malaysia? Ini filemnya! Pergilah menonton selagi ada tayangan!

*ulasan pak Hassan Abd Muthalib pt.1
*ulasan pak Hassan Abd Muthalib pt.2
*iklan sultanmuzaffar
*bincang forum.cari.com.my
*ulasan media cetak sinemamalaysia
*ulasan lidotsavadak [MUST READ]
*website UiTM



REBIU 2: Selamat Pagi Cinta ~ momen-momen panjang?

The most important question we ask when writing a Love Story is: "What's to stop them?" ~ Story by Robert McKee pg.95

Mudah bukan? Campakkan sahaja 'halangan' itu di antara dua orang yang bercinta, maka mungkin akan berhasil sebuah kisah cinta. Betul? 'Halangan' itu boleh siapa atau apa saja yang berada di tengah-tengah. Persoalannya mudah sahaja, samada 'halangan' itu adalah pemisah atau sebaliknya sebagai penemu untuk cinta yang benar-benar sejati kemudiannya? Ia menyoal adakah 'dia' yang menjadi pasangan hidup kita hari ini ialah 'the one' yang sebetul-betulnya untuk kita? Apa akan terjadi seandainya perhubungan itu terputus atau 'dia' mati di tengah perjalanan semasa bersama lalu meninggalkan kita seorang diri? Adakah kita akan mahu terus hidup dengan kenangan silam atau beranjak ke depan untuk mencari penggantinya? Life must go on! Ok! Itu falsafah cinta jiwang yang aku reka dari filem ini. Betul atau tidak.. terpulang kepada kamu untuk menilainya selepas tamat menonton filemnya (kalau mahu) dan setelah habis membaca ulasan ini!

Ya! Filem Selamat Pagi Cinta mengulangi momen-momen itu sekali lagi! Pertembungan dan terserempak di antara Ilham-Julia dan Azam-Suci dibuat berulang-kali di awal naratif. Dengan insiden apa lagi yang bukan klise mahu kamu tukarkan? Memang itulah lazimnya awalan sebuah kisah cinta yang perlu untuk menjumpakan 2 orang yang asing untuk bercinta bukan? Manisnya! Filem ini rasanya hanya meringkaskan pertemuan itu semudah-mudahnya kerana cerita utama ialah apa yang akan berlaku seterusnya?

Namun begitu, jujur aku nyatakan bahawa menonton babak-babak klise yang terlalu lusuh dan sama seperti filem cinta sebelum ini, awalnya aku muak TETAPI terkejut dengan durasi ambilan kamera yang lama! Berani mati! Dalam hati aku berkata. Keberkesanan babak-babak panjang ini mula terasa dan peliknya aku mahu tunggu! Kenapa? Kerana hebatnya lakonan Que, Amani, Pierre dan Fazura! Seandainya pelakon lain mungkin aku sudah keluar panggung pada 10 minit yang pertama. Inilah kekuatan filem ini iaitu pada pengaksian setiap pelakon 'character actor'.

Naratif asasnya memang mudah namun bila diceritakan secara 'character driven' ia jadi menarik. Aku dah tak peduli dengan muzik latar iaitu kebisingan yang kurang kena dan kedengaran sangat murah. Aku mahu tonton cerita ini bergerak ke depan seterusnya kerana mahu lihat sejauh mana kesemua watak berkembang untuk bercerita walaupun ia kisah cinta yang sangat klise. Babak-babak panjang sebegitu pernah aku tonton dalam filem-filem indie dimana selalunya plot amat berat dan banyak subtext. Tapi ini filem cinta komersial bukan? Yang selalunya suntingan pendek-pendek dari berbagai sudut untuk merangsangkan mood dan memudahkan pelakon untuk melakonkan 'take' adegan yang banyak dialog. Filem ini ada ketikanya pelakon seolah dibiarkan untuk menukar-nukarkan perwatakan mereka dari berbagai ekpresi dalam satu tangkapan kamera yang lama. Wow!

Cerita Ilham-Julia ialah kisah cinta yang matang dan berjodoh di usia yang muda. Tiada babak merisik, bertunang, bernikah dan bersanding diperlukan. Aku faham bahawa ia kisah ala Laila-Majnun yang hampir sempurna tapi Ilham berpenyakit kronik (errr.. aku kurang pasti penyakit apa ntah?.. tapi kalau batuk mesti keluar darah dari mulut?) Konflik 'halangan'nya ialah ajal Ilham. Cerita Azam-Suci pula ialah kisah cinta remaja yang kena pada usianya. Juga aku mengerti bahawa ia umpama Romeo-Juliet yang akan tragik. Konflik 'halangan'nya ialah 'menantu idaman' ibubapa Suci iaitu Yusry.

Oklah ia memang klise! Cuma aku rasakan bahawa lainnya kreatif sedikit apabila Julia akhirnya 'memungkiri' juga janjinya kepada Ilham (in a good way) untuk tidak terus menjadi janda muda. Dia akan menemui cinta sejati yang sebenar-benarnya kemudian hari. (baca: selalunya sampai ke sudah kerana janji 'sehidup-semati' watak yang masih hidup akan berpegang kepada sumpah cinta itu) Begitu juga Suci yang patuh kepada pilihan orang tuanya untuk menerima Yusry sebagai jodoh tanpa melarikan diri untuk mengejar cintanya kepada Azam. (baca: selalunya kisah cinta remaja akan memberontak menentang pilihan keluarga kan?) Mungkin ini yang hendak diangkat dari lakonlayar oleh Pierre Andre dan arahan oleh Norliana Samsudin - klise tapi lain sikit! hahaha..

Dari sudut time-frame pula, filem ini BUKAN bergerak secara selari di antara kedua-dua plotline. Kisah cinta dan perkahwinan Ilham-Julia adalah dalam jangkamasa 2 tahun yang lalu (flashback). Manakala kisah cinta Azam-Suci ialah 2 tahun kemudian (sekarang). Kedua-dua cerita dijalin berselang-seli seolah berlaku serentak di lokasi yang berbeza. (errr.. ala-ala plotline filem Susuk yang mudah anyone?) Maknanya, kalau disusun semula babak-babak secara linear, kisah Ilham-Julia berlaku dahulu diikuti oleh kisah Azam-Suci. Tiada pertembungan di antara kedua-dua pasangan dalam mana-mana babak dari awal sehinggalah ia bertemu pada titik yang sama di akhir cerita dimana Azam-Julia akan diselisihkan dan ditemukan. Ia menjawab soalan-soalan 'afterthought' falsafah cinta di perenggan di atas apabila filem ini tamat.

Saksikanlah filem SELAMAT PAGI CINTA di pawagam SEKARANG selagi ada tayangan!

NOTA: Ini pendapat peribadi pakcik ajer tau!.. kalau ada ahli2 KPB yg tak pueh ati atau nyampah, sila bantai kat kotak komen!.. larrikkk! hahaha.. btw, salaam perkenalan kepada anak2 suma.. next time kalau ada preview pilem, pakcik ajak ahli yg boleh join utk meramaikan majlis.. lalala ;-)

Thursday, December 4, 2008

selamat tidur cinta!

SALAM.

aku tonton wayang lagi!
kali ni aku menonton "SELAMAT PAGI CINTA". salah satu motif, aku mahu lihat hasil karya budak skul..

visual pertama filem, aku dah mula proses otak. mata aku terasa suram melihat opening credit yang tak meriah. font-nya sangat common! tapi, aku kembali positif. mungkin, pengarah yang sedang duduk di sebelah editor mengatakan dia mahu font opening credit yang biasa-biasa aja agar tidak menenggelamkan visual. okay~

usai opening credit, kisah cinta berjmula. pertemuan Ilham & Julia. entah kenapa aku rasa macam kekurangan aje menontonnya. macam tak logik je cerita neh. takkanlah mudah sangat nak cari pasangan dalam berumah tangga. si Julia ni tak selidik ke atau fikir ke tentang peribadi Ilham ni dulu. entah-entah keluarga Ilham ni aneh-aneh ke. lepas tu si Ilham ni pun macam orang tak betul aje. jumpa perempuan berebut buku dengan dia, terus bagi tahu dekat perempuan tu yang perempuan tu jodoh dia. there is no such thing in real life. dan, tak semena-mena aku teringat dengan kata-kata pengarah mudanya yang sangat teruja dan bersemangat ketika menutur kata dalam slot the making of-nya...

"diorang ni couple yang sangat sweet. cara diorang jumpa then macam mana dorang decide untuk kahwin pun sangat sweet lar.."

dan, aku terlena dalam bait-bait tersebut............. hari ini dalam sejarah!

okay. teruskan menonton..

satu yang aku rasa upset sket sebab lagu tema filem neh agak nice (tak pasti pulak ni memang lagu tema sebab cuma digunapakai untuk babak yang berkaitan dengan azam-suci). tapi, lagu yang nice neh tak digunakan sebaiknya. kejap-kejap ada, kejap-kejap takde. bila ada plak, level volume-nya terlalu mendatar. macam tiba-tiba muncul lepas tuh hilang macam tu jek. lebih-lebih lagi bila kisah cinta bertukar dari kisah azam-suci ke julia-ilham. memang lagu tu hilang macam tu aje~

aku tak tahu kat mana yang kurang, tapi yang pasti aku tak rasa cinta tu. mungkin sebab perjalanan ceritanya yang terlalu pantas. perkenalan, percintaan, konflik dan perpisahan yang mengambil masa sekejap-sekejap. malah, durasi filem ni agak pendek. tak sampai pun dua jam... dan, aku mengannggap itu sebagai salah satu faktor kekurangan filem neh...

dan akhirnya SELAMAT PAGI CINTA menjadi SELAMAT TIDUR CINTA di tangan aku..


p/s: yan, ini je yang termampu. untuk memastikan kau tak padam nama aku.