"The main purpose of the Hikayat Seri Rama is to show the ideals of righteousness, love, loyalty, and selfless devotion." ref: The Ramayana in Southeast Asia
Naratif wayang kulit yang sebenar akan berada di persada budaya warisan bangsa sampai bila-bila pun. Biarkan ia di tempat sewajarnya. Yang ini ialah filem Wayang yang dibayangi sahaja oleh watak-watak asas dari wayang kulit sebagai rangkanya. Jasad naratif filem Wayang masih sebuah ambilan sebahagian cerita masyarakat yang tipikal. Barangkali ia umpama persembahan wayang kulit (bayang dari sekeping kulit mati yang berbentuk sahaja) yang kini diberikan realiti (watak-watak manusia hidup) untuk bercerita sendiri. Kalau wayang kulit ada tok dalang yang menjadi voice-over, filem Wayang pula di-dalangkan oleh Prof Hatta dengan mengarahkan pelakon-pelakon untuk berdialog serta visual pada seluloid. Fungsinya sama cuma dalam panggung komersial yang moden. Modifikasi dan adaptasi sebegitu bagi aku sudah dibuat cara halus serta tidak mendesak untuk mendekati khalayak yang mungkin tidak ambil peduli dengan apa itu wayang kulit. Filem Wayang sudah berjaya timbulkan awareness itu yang sangat bagus nawaitunya. Tahniah!
Oklah. Apa ada pada filem Wayang? Sudah tentulah persembahan wayang kulit. Betul! Ia menyelitkan persembahan itu dari pelbagai sudut di sepanjang filem ini tanpa memaksa kerana ia jadi sebahagian babak dalam cerita penuh filem Wayang. Kisah utama yang diangkat ialah dari sisi point-of-view tok dalang Awang Lah dan sekitarnya. Ia macam sebuah doku-drama di sebalik tabir pembikinan sesebuah persembahan wayang kulit (the making of wayang kulit?) Khalayak diintaikan apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas setiap kali persembahan itu. Kisah ala biografi Awang Lah menceritakan susah-senang beliau, konflik rumahtangga, isu kekeluargaan serta pro-kontra masyarakat sekelilingnya. Dari sekecil-kecil internal dirinya sendiri sehinggalah sebesar-besar external satu kampung! Punca asasnya? Wayang kulit itu sendiri bukan?
Sub-cerita pasangan Awi-Melor ialah Siti Dewi-Seri Rama dalam kehidupan sebenar Awang Lah. Fiksyen yang di-lipurlara-kan olehnya di wayang kulit jadi realisme. Sebagai tok dalang, Awang Lah kena menangani konflik-konflik itu seperti dia menangani (memainkan watak-watak kulit) di atas pentas. Tetapi khalayak memahami serentak dengan Awang Lah bahawa kehidupan sebenar manusia tidak semudah sebuah kisah persembahan wayang kulit yang dikawal oleh seorang tok dalang untuk durasi singkat setiap malam. Filem ini memperlihatkan bahawa kehidupan manusia juga seperti hikayat dalam wayang kulit. Ada watak jahat dan baik. Bila difikirkan semula, memang Hikayat Seri Rama itu sendiri asalnya dari fiksyen rekaan berdasarkan kisah masyarakat sekitar tok dalang yang pertama berkurun yang lalu bukan?
Kesimpulannya, menonton filem WAYANG karya oleh Professor Dr. Hatta Azad Khan seolah-olah menyaksikan sebuah persembahan wayang kulit dengan cerita moden masyarakat di sebuah ceruk kampung yang memerlukan mata zahir untuk berlibur dari tatangan kisah yang tersurat serta mata hati untuk mengupas lapisan-lapisan subtext yang tersirat di layar lebar. Pulangannya kepada khalayak ialah sebuah hiburan ombak pasang-surut emosi suka-duka dan gelak-esak di sepanjang naratif oleh tok dalang Hatta dalam bentuk audio dan visual sebuah filem. Ia ada cerita, ia sarat makna. Terpulanglah kepada penonton untuk menginterpretasikannya dari sudut mana pun, pasti ada puas dan tagih, mesti ada suka dan benci, kerana WAYANG memberikan semuanya.. sebuah cerita kepincangan yang sempurna!
*ulasan pak Hassan Abd Muthalib pt.1
*ulasan pak Hassan Abd Muthalib pt.2
*iklan sultanmuzaffar
*bincang forum.cari.com.my
*ulasan media cetak sinemamalaysia
*ulasan lidotsavadak [MUST READ]
*website UiTM
REBIU 2: Selamat Pagi Cinta ~ momen-momen panjang?
Mudah bukan? Campakkan sahaja 'halangan' itu di antara dua orang yang bercinta, maka mungkin akan berhasil sebuah kisah cinta. Betul? 'Halangan' itu boleh siapa atau apa saja yang berada di tengah-tengah. Persoalannya mudah sahaja, samada 'halangan' itu adalah pemisah atau sebaliknya sebagai penemu untuk cinta yang benar-benar sejati kemudiannya? Ia menyoal adakah 'dia' yang menjadi pasangan hidup kita hari ini ialah 'the one' yang sebetul-betulnya untuk kita? Apa akan terjadi seandainya perhubungan itu terputus atau 'dia' mati di tengah perjalanan semasa bersama lalu meninggalkan kita seorang diri? Adakah kita akan mahu terus hidup dengan kenangan silam atau beranjak ke depan untuk mencari penggantinya? Life must go on! Ok! Itu falsafah cinta jiwang yang aku reka dari filem ini. Betul atau tidak.. terpulang kepada kamu untuk menilainya selepas tamat menonton filemnya (kalau mahu) dan setelah habis membaca ulasan ini!
Ya! Filem Selamat Pagi Cinta mengulangi momen-momen itu sekali lagi! Pertembungan dan terserempak di antara Ilham-Julia dan Azam-Suci dibuat berulang-kali di awal naratif. Dengan insiden apa lagi yang bukan klise mahu kamu tukarkan? Memang itulah lazimnya awalan sebuah kisah cinta yang perlu untuk menjumpakan 2 orang yang asing untuk bercinta bukan? Manisnya! Filem ini rasanya hanya meringkaskan pertemuan itu semudah-mudahnya kerana cerita utama ialah apa yang akan berlaku seterusnya?
Namun begitu, jujur aku nyatakan bahawa menonton babak-babak klise yang terlalu lusuh dan sama seperti filem cinta sebelum ini, awalnya aku muak TETAPI terkejut dengan durasi ambilan kamera yang lama! Berani mati! Dalam hati aku berkata. Keberkesanan babak-babak panjang ini mula terasa dan peliknya aku mahu tunggu! Kenapa? Kerana hebatnya lakonan Que, Amani, Pierre dan Fazura! Seandainya pelakon lain mungkin aku sudah keluar panggung pada 10 minit yang pertama. Inilah kekuatan filem ini iaitu pada pengaksian setiap pelakon 'character actor'.
Naratif asasnya memang mudah namun bila diceritakan secara 'character driven' ia jadi menarik. Aku dah tak peduli dengan muzik latar iaitu kebisingan yang kurang kena dan kedengaran sangat murah. Aku mahu tonton cerita ini bergerak ke depan seterusnya kerana mahu lihat sejauh mana kesemua watak berkembang untuk bercerita walaupun ia kisah cinta yang sangat klise. Babak-babak panjang sebegitu pernah aku tonton dalam filem-filem indie dimana selalunya plot amat berat dan banyak subtext. Tapi ini filem cinta komersial bukan? Yang selalunya suntingan pendek-pendek dari berbagai sudut untuk merangsangkan mood dan memudahkan pelakon untuk melakonkan 'take' adegan yang banyak dialog. Filem ini ada ketikanya pelakon seolah dibiarkan untuk menukar-nukarkan perwatakan mereka dari berbagai ekpresi dalam satu tangkapan kamera yang lama. Wow!
Cerita Ilham-Julia ialah kisah cinta yang matang dan berjodoh di usia yang muda. Tiada babak merisik, bertunang, bernikah dan bersanding diperlukan. Aku faham bahawa ia kisah ala Laila-Majnun yang hampir sempurna tapi Ilham berpenyakit kronik (errr.. aku kurang pasti penyakit apa ntah?.. tapi kalau batuk mesti keluar darah dari mulut?) Konflik 'halangan'nya ialah ajal Ilham. Cerita Azam-Suci pula ialah kisah cinta remaja yang kena pada usianya. Juga aku mengerti bahawa ia umpama Romeo-Juliet yang akan tragik. Konflik 'halangan'nya ialah 'menantu idaman' ibubapa Suci iaitu Yusry.
Oklah ia memang klise! Cuma aku rasakan bahawa lainnya kreatif sedikit apabila Julia akhirnya 'memungkiri' juga janjinya kepada Ilham (in a good way) untuk tidak terus menjadi janda muda. Dia akan menemui cinta sejati yang sebenar-benarnya kemudian hari. (baca: selalunya sampai ke sudah kerana janji 'sehidup-semati' watak yang masih hidup akan berpegang kepada sumpah cinta itu) Begitu juga Suci yang patuh kepada pilihan orang tuanya untuk menerima Yusry sebagai jodoh tanpa melarikan diri untuk mengejar cintanya kepada Azam. (baca: selalunya kisah cinta remaja akan memberontak menentang pilihan keluarga kan?) Mungkin ini yang hendak diangkat dari lakonlayar oleh Pierre Andre dan arahan oleh Norliana Samsudin - klise tapi lain sikit! hahaha..
Dari sudut time-frame pula, filem ini BUKAN bergerak secara selari di antara kedua-dua plotline. Kisah cinta dan perkahwinan Ilham-Julia adalah dalam jangkamasa 2 tahun yang lalu (flashback). Manakala kisah cinta Azam-Suci ialah 2 tahun kemudian (sekarang). Kedua-dua cerita dijalin berselang-seli seolah berlaku serentak di lokasi yang berbeza. (errr.. ala-ala plotline filem Susuk yang mudah anyone?) Maknanya, kalau disusun semula babak-babak secara linear, kisah Ilham-Julia berlaku dahulu diikuti oleh kisah Azam-Suci. Tiada pertembungan di antara kedua-dua pasangan dalam mana-mana babak dari awal sehinggalah ia bertemu pada titik yang sama di akhir cerita dimana Azam-Julia akan diselisihkan dan ditemukan. Ia menjawab soalan-soalan 'afterthought' falsafah cinta di perenggan di atas apabila filem ini tamat.
Saksikanlah filem SELAMAT PAGI CINTA di pawagam SEKARANG selagi ada tayangan!
NOTA: Ini pendapat peribadi pakcik ajer tau!.. kalau ada ahli2 KPB yg tak pueh ati atau nyampah, sila bantai kat kotak komen!.. larrikkk! hahaha.. btw, salaam perkenalan kepada anak2 suma.. next time kalau ada preview pilem, pakcik ajak ahli yg boleh join utk meramaikan majlis.. lalala ;-)
6 bintang:
yay.
welcome to KPB ya!!
kitorg sgt alu2kan pakcikkkk... (eh, pakcik ke?) hahaha.
mmg sgt best kalo dpt ajak ahli2 KPB ni ke preview mana2 filem sbb kitorg maseh lg kekurangan ilmu untuk mengkritik..maka memerlukan tunjuk ajar dr org yang lebih expertt~! heheh.
wayang: ya..apa yg en Hassan Muthalib ckp dlm reference pakcikk tu, sama dgn apa yg dia ckp dlm kelas~! hahahaha!
selamat pagi chenta:
"Aku dah tak peduli dengan muzik latar iaitu kebisingan yang kurang kena dan kedengaran sangat murah" -SETUJU.
"Babak-babak panjang sebegitu pernah aku tonton dalam filem-filem indie dimana selalunya plot amat berat dan banyak subtext"
-adeh..tapi sy tak melihat filem ni sbg berat lah..lalala..sbb most of indie film yg sy tgk is way heavier than this. kalau nak ikutkan, filem2 yasmin ahmad tu pun tak indie sgt..cuma komposisi frame jer...tp SPC mcm...not indie at all..but she(Yana) tried to be indie, maybe!
and mmg rasa pelik sgt tgk lakonan Yana sendiri sbg housemate Julia. mcm tak kena loghat dia tu..nak kata Perak..bunyi Klantan pun ade..ye dok?
hahaha!
anyway, welcome to the club again!!
"Babak-babak panjang sebegitu pernah aku tonton dalam filem-filem indie dimana selalunya plot amat berat dan banyak subtext"
ekkk! mmg pakcik kata filem2 indie mmg heavy segala benda BUT NOT in SPC.. cuma 'cara' tangkapan PANJANG tu jer 'macam' indie-film.. sori coz 'mengkonpiuskan' rev pakcik itu! hahaha!
btw, u boleh email me email address ahli2 KPB to:
ajamihashim@gmail.com
..so pakcik boleh masukkan dlm guest-list for nx prev yg pakcik boleh ajak ;-)
tQ
oh oke!
=) email2..coming to your way!
slamat dtg pakcik;P
welcome pakcik!
terima kasih kerana menyokong kami..
hehehe
welcome..tq sbb sudi join KBP
Post a Comment