erm, aku tak reti nak kupas setiap konteks dalam cicakman 2-planet hitam neh. jadi, aku memilih untuk bercerita sedikit-sedikit tentang jalan cerita juga mesej, suntingan & watak.
bagi aku, filem ini sebuah filem yang kemas dari segi penyampaiannya. ia mudah difahami jika tak terlepas lima minit pertama! heh.. kisah bermula dengan kisah Bakar (Redzuan Hashim) yang merupakan ahli perniagaan juga kuncu kepada Profesor Klon. dia mengkhianati (if not mistaken) Profesor Klon dan mati dibunuh di tangan Rrama. makanya, dari situ lagi penonton sudah diberitahu bahawa Rrama adalah orang-orang Profsor Klon. kemudian, beralih kepada pengenalan Hairi dengan kehidupan yang barunya dalam sequel kedua. sehingga tamat, perjalanan cerita berlangsung dengan kemas. membuatkan mata, fikiran dan otak berasa senang untuk mennton. bukankah filem itu salah satu hiburan?
untuk bercakap tentang suntingan, mungkin aku bukanlah seorang yang gila-gila punya pakar. aku cuma mendalami ilmu editing ni kurang tiga bulan. walau macam mana pun, rasanya pujian harus diberikan buat Yusry untuk CGI yang menarik walaupun kadang-kadang ada ternampak versi animasi. tapi, itu semua tak menghalang mood untuk terpukau apatah lagi Yusry bijak meletakkan kesan bunyi (sound effect) yang selari dengan aksi yang dipaparkan. daripada tak mencuba dan terus mengkritik, lebih baik menerima apa yang sedia ada. aku rasa tak sia-sia filem ni mengambil masa untuk siap. kiranya,, berbaloi menunggu usaha Yusry.
aku turut senang dengan watak dan karakter dalam cicakman 2 - planet hitam neh. kalau dalam filem laen yang menampilkan Saiful Apek seperti Bujang Senang, Jutawan Fakir (sekadar menyebut beberapa filem), jelas sekali yang terhidang adalah Saiful Apek. tapi, wujud kelainan dalam Cicakman 2- Planet Hitam ni kerana yang anda lihat adalah Hairi si superhero. ternyata Yusry mengambil inisiatif untuk mengurangkan komedi berdasarkan maklum balas daripada cicakman yang sudah. dan, aku suka dengan wujudnya watak ahli perniagaan yang merupakan geng Profesor Klon yang datangnya dari pelbagai bangsa. ada lelaki Amerika, lelaki China, wanita Chia, lelaki Malaysia, lelaki Arab & lelaki Jepun. ideologi dari pengarah untuk mengkritk sesuatu tentang isu antarabangsa. erm... tak mahu cakap tentang Tania. peace! :)
oh ya, aku tertarik dengan satu dua babak yang agak sinis. pertama, babak awal filem ditunjukkan Hairi menanggalkan pakaian di hadapan Iman sedangkan mereka bukan muhrim. malah, Hairi turt menuturkan dialog ini... "ah, takpe. dah biasa". waktu itu, aku sudah mengerut dahi memikirkan keberanian adegan itu diwujudkan. kemudian, penonton dberitahu melalui tongkat yang dipegang oleh Iman. rupa-rupanya Iman adalah seorang gadis buta. tapi, bila difikirkan sedalam-dalamnya itulah kesilapan orang kita. dengan menganggap si gadis buta tidak dapat melihat aurat seorang lelaki yang bukan muhrim, kita dengan mudah menjatuhkan hukum "tak apa". sedangkan, lelaki pasti mempunyai nafsu untuk melakukan sesuatu kepada gadis. kedua, babak pengumuman sejarah oleh Profesor Klon. sinisnya aku rasa babak itu kerana seolah-olah meniru aksi seseorang yang berkecimpung dalam bidang politik di negara kita...
oklah, cukuplah mencoret yang tak seberapa neh. percayalah, aku tak akan rasa malu dengan penayangan CICAKMAN 2 - PLANET HITAM di Brunei, Indonesia & Singapura...
3 bintang:
oh! review ini mmbuatkan aku nk pegi tgk!!
er, nape hairi n iman tinggal same ek? tinggal serumah ke?
Babak menarik: Cicakman 2
* Babak pergaduhan di rumah En Bakar terutama aksi pengawal keselamatan dihempas ke meja kaca dan piano.
* Hairi tidur pakai tali pinggang keselamatan.
* Aksi stunt motosikal antara Hairi dan Rrama. [Walaupun tak cantik. Tapi tetap menarik]
* Babak Iman yang dapat rasa kehadiran Ginger Ghost. Suspen. Macam cerita hantu.
* Aksi Linda Onn menoreh kulit muka. [Macam Mission Impossible]
* Babak Azwan Ali dan Dee.
Bacaan Lanjut
hurm..mcm best! nak tgk jgk la
Post a Comment