Thursday, December 4, 2008

selamat tidur cinta!

SALAM.

aku tonton wayang lagi!
kali ni aku menonton "SELAMAT PAGI CINTA". salah satu motif, aku mahu lihat hasil karya budak skul..

visual pertama filem, aku dah mula proses otak. mata aku terasa suram melihat opening credit yang tak meriah. font-nya sangat common! tapi, aku kembali positif. mungkin, pengarah yang sedang duduk di sebelah editor mengatakan dia mahu font opening credit yang biasa-biasa aja agar tidak menenggelamkan visual. okay~

usai opening credit, kisah cinta berjmula. pertemuan Ilham & Julia. entah kenapa aku rasa macam kekurangan aje menontonnya. macam tak logik je cerita neh. takkanlah mudah sangat nak cari pasangan dalam berumah tangga. si Julia ni tak selidik ke atau fikir ke tentang peribadi Ilham ni dulu. entah-entah keluarga Ilham ni aneh-aneh ke. lepas tu si Ilham ni pun macam orang tak betul aje. jumpa perempuan berebut buku dengan dia, terus bagi tahu dekat perempuan tu yang perempuan tu jodoh dia. there is no such thing in real life. dan, tak semena-mena aku teringat dengan kata-kata pengarah mudanya yang sangat teruja dan bersemangat ketika menutur kata dalam slot the making of-nya...

"diorang ni couple yang sangat sweet. cara diorang jumpa then macam mana dorang decide untuk kahwin pun sangat sweet lar.."

dan, aku terlena dalam bait-bait tersebut............. hari ini dalam sejarah!

okay. teruskan menonton..

satu yang aku rasa upset sket sebab lagu tema filem neh agak nice (tak pasti pulak ni memang lagu tema sebab cuma digunapakai untuk babak yang berkaitan dengan azam-suci). tapi, lagu yang nice neh tak digunakan sebaiknya. kejap-kejap ada, kejap-kejap takde. bila ada plak, level volume-nya terlalu mendatar. macam tiba-tiba muncul lepas tuh hilang macam tu jek. lebih-lebih lagi bila kisah cinta bertukar dari kisah azam-suci ke julia-ilham. memang lagu tu hilang macam tu aje~

aku tak tahu kat mana yang kurang, tapi yang pasti aku tak rasa cinta tu. mungkin sebab perjalanan ceritanya yang terlalu pantas. perkenalan, percintaan, konflik dan perpisahan yang mengambil masa sekejap-sekejap. malah, durasi filem ni agak pendek. tak sampai pun dua jam... dan, aku mengannggap itu sebagai salah satu faktor kekurangan filem neh...

dan akhirnya SELAMAT PAGI CINTA menjadi SELAMAT TIDUR CINTA di tangan aku..


p/s: yan, ini je yang termampu. untuk memastikan kau tak padam nama aku.



2 bintang:

Ajami Hashim said...

kalau bukan student & org tua bangka boleh join ini kelab tak? haha..

M.U.S.E said...

hahahaha
eh bolehla en ajami..

em ungu;
aku takde maknenye nak padam nama korang kecuali kalo korang wat shit kat aku! nganganga! ceh.

slamat pg chenta ni..bg aku naratif ok, eventhough agak similar dgn Cinta. maybe trpegaruh sket ngan kabir batia kowt?
tp aku tanak hukum pengarah dan filem ni yakni x brsetuju dgn jalan citer. biarlah jalan citer tu seadanya.

tapi aku mmg stuju giler psl audio tu! mcm cter razak kan? kan? adoyai..

aku rs kat mesin editing Metrowealth tu byk sgt bunyi smpai nak masukkan sumer dlm tu. adeh~

psl jln cter cinta antara ilham n julia yg gila sekejap bleh kawen tu, aku x rs ade masalah ape2 pun sbb aku pnah tgk jalan cter cmtu kat cte hollywood.

hahaha~

neway, bagus ko dh begerak aktif smula!!