Tuesday, December 16, 2008

Los dan Faun ~ aku ketawa mengekek-ngekek!

Walaupun tajuknya seolah-olah buddy movie 2 orang protagonist iaitu Los dan Faun tapi aku melihat filem ini sebagai ensemble comedy dimana kesemua watak sama penting untuk bercerita. Kekuatan filem komedi sebegini sangat bergantung kepada kemampuan menceritakan perbedaan perspektif, respons, aksi/reaksi oleh kesemua watak dalam kepompong dunia naratif Los dan Faun yang khusus dalam filem ini sahaja. Maksud aku, setting filem ini sememangnya sengaja berlebih-lebihan, dilebih-lebihkan, terlebih-lebihan, melebih-lebihan.. dan itulah KELEBIHAN filem ini! Misalnya ada babak dibikin bermula dengan lawak (dialog/aksi) yang kecil oleh seorang watak lalu disambung oleh watak seterusnya dan ditumbesarkan lagi oleh watak lain serta yang lain-lain berantaian sehingga sebesar-besar jenaka yang out of the box! Malahan ia diekori lagi oleh suara-suara offscreen sebelum babak berakhir! (watak Amran oleh Khir Rahman banyak melakukannya dengan kena) Kerana itulah mungkin penonton mulanya hanya tersenyum simpul kemudian ketawa kecil dan diakhiri dengan gelak terbahak-bahak non-stop! Los dan Faun berhasil menimbulkan reaksi itu berkali-kali dan berulang-ulang di sepanjang naratif filem ini seperti snowball-effect.

Kekuatan utama filem ini ialah cliffhanger naratifnya dan unpredictable dialogues dari setiap watak. Khalayak menunggu apa yang akan terjadi seterusnya dan apa dialog yang akan terpacul dari mulut watak dalam setiap babak. Walaupun diakui bahawa cerita ala penyiasatan sebegini akan memerlukan banyak exposition dan clue untuk diceritakan bagi melengkapkan cerita, namun ia terasa mudah diikuti kerana setiap info dijalin dalam bentuk visual penemuan ala CSi yang teliti dan sesi Q&A sesama watak-watak secara sambil lewa. Penonton bergerak bersama dengan Los dan Faun untuk mencari siapakah pencuri jam tangan Soffarudin Al Sogood?

Kepandaian pengarahan Afdlin Shauki dan ke-witty-an setiap pelakon berjaya memudahkan penceritaan yang kompleks meskipun ada ketikanya exposition yang disyarahkan oleh watak-watak terlalu banyak. Misalnya babak terakhir filem ini semasa helikopter mendarat dan polis tiba, watak Soffarudin dan Faun menghuraikan tanpa henti itu dan ini tentang jawapan sebenar kepada semua misteri dilatari oleh bunyi helikopter yang bingit. Pada aku, ia disengajakan kerana info itu terlalu banyak bla bla bla tapi terasa pendek dan cepat kerana gesaan dari bunyi enjin helikopter itu sendiri. Kamu perasan tak situasi itu juga 'memaksa' watak-watak bercakap laju dan kuat-kuat kerana isinya panjang dan banyak! Ia macam sesi taklimat ringkas tapi padat yang hanya perlu dicerap kata-kata kunci jawapan who, what, where, why, how? secepat-cepat mungkin. Bagus!

Filem ini juga berani berjenaka secara exaggerate, farce, slapstick dan menyelitkan sexual innuendo tapi masih berkias cara Melayu serta 'bersih' untuk orang yang tidak faham apa jenakanya. Mungkin kerana itulah ada ketikanya penonton yang naif tidak ketawa tapi aku layannn!.. hahaha!

Sejujurnya, aku sudah lama betul tak merasa ketawa mengekek-ngekek dalam pawagam menonton sebuah filem komedi Melayu (baca: Senario aku ketawa juga tapi cuma sekerat jalan!) Jadi bila aku menonton Los dan Faun sampai hentak-hentak kaki dan gelak hingga keluar airmata, maknanya filem ini memang lawak yaa amat! Hebat!

Tahniah bro Afdlin & team Los dan Faun!

1 bintang:

Mute Muse said...

wow!

oke, bakalan tengok!!