Photobucket

Tuesday, December 9, 2008

berkesankah content filem di Malaysia?

"bolehkah filem kita adakan content yang menitikberatkan permasalahan sex, perkauman, agama, politik haluan kiri atau pro yahudi? jika ya, maka akan berkembang pesatlah filem Melayu dilitar antarabangsa" -Mamat Khalid(Filmmaker)




adakah benar apa yang dikatakan oleh Mamat Khalid. jika benar apakah industri filem kita sudah bersedia?adakah pihak kerajaan dan Finas mahukan perubahan?banyak persoalan yang ditimbul jika isu kemajuan filem Malaysia diutarakan. kenapa ya filem2 Malaysia tidak setanding dengan Hollywood? sebab utama ialah teknologi. kita memang tak mampu. jika itu faktor utama, cuba kita lihat content-content filem Hollywood yang sama dengan filem2 Malaysia seperti content yang sudah klise contohnya cinta, komedi romantis, seram, sejarah, budaya dan lain2. kenapa filem2 ini masih tidak mampu bersaing diperingkat antarabangsa?

teringat kata-kata Yasmin Ahmad ketika dia menghadiri perbincangan mengenai pengantarabangsan filem Malaysia di UiTM. Yasmin mengatakan unsur kemanusiaan adalah yang akan mengantarabangsakan filem kita. lihat sahaja filem2 beliau, sudah antarabangsa. filem2 malaysia tak mampu bersaing kerana masih kekurangan nilai kemanusiaan jika dibandingkan dengan filem2 dari Hollywood. ini benar. contohnya kita ambil filem Hollywood yang mudah iaitu filem Monster In Law (2005) arahan Robert Luketic. ia sebuah filem komedi romantis. sebuah content yang sudah klise di Malaysia. tapi garapan dan nilainya sangat terkesan di dalam jiwa penonton. sangat menghiburkan. unsur dan nilai kemanusiaannya sangat berkesan di dalam jiwa penonton. tetapi jika dibandingkan filem dari Malaysia contohnya filem Duyung, jauh panggang dari api. filem ini juga sebuah komedi romantis tetapi jiwa filem ini tidak sampai. banyak juga nilai kemanusiaan cuba disampaikan, tetapi ia dikaburi dengan komedi yang sangat bodoh. ia harus dipuji kerana mencapai box office. tapi harus ingat bahawasanya rakyat Malaysia menonton filem untuk berhibur bukan untuk fikir panjang. sebab itulah Duyung mampu capai box office. tetapi kualitinya tiada. tidak berguna jika kuantiti ada tetapi kualiti tiada.

agaknya bila ya filem Malaysia akan mampu bersaing?bukan tiada yang mampu tetapi yang mampu itu ibarat si semut berlawan dengan si gajah. sangat kecil nilainya. walauapapun kita harus membantu industri filem kita. hormatilah filem Malaysia walau seburuk mana pun karyanya. ia tetap filem kita. wajah kita.

3 bintang:

Rye said...

hahaha
puncanya..tengoklah panel LPF terdiri drpd siapa...

org2 yg x berpengetahuan dlm filem lgsg~!

ada baiknya dan ada buruknya filem malaysia x mempunyai unsur2 sebegitu.

di malaysia, filem kan salah satu medium pendidikan? kalau org malaysia nak buat filem setaraf antarabangsa (yg ada unsur2 yg kamu ckp tadi), dh tentu2 mat rempit bertambah. perogol tak berkurang. penyamun lagilah.

bukan apa ya. org malaysia memang begitu. "minda suci" lah katakan! mudah terpengaruh! ceyh!

bullshit. but true.

Ajami Hashim said...

fyi dik, LPF taklah seteruk yg disangka.. i pernah bermesyuarah dgn derang (company internal forum).. lalala..
*berbaik sangka!

Rye said...

sbb tulah...

"ada baiknya dan ada buruknya filem malaysia x mempunyai unsur2 sebegitu."

heheheh...