Photobucket

Friday, May 2, 2008

pernah atau tidak???


pernah atau tidak, dalam tempoh lebih kurang 3 tahun ini, aku mengatakan yang aku sayang kamu? pernah atau tidak, dalam masa yang begitu lama, tapi terasa singkat ini, aku meluahkan rasa kasih yang mendalam terhadap kamu? pernah atau tidak, selama kita menghayati setiap saat yang berlalu, aku memberitahu yang kehidupan ku lebih bermakna dengan kehadiran kamu? tahukah kamu itu adalah kamu semua yang bersama-sama dengan ku dalam tempoh lebih kurang 3 tahun ini dalam usaha menggengam segulung diploma?

barangkali aku pernah, dan barangkali aku tidak. biarlah apa pun keberangkaliannya, aku mahu katakan jua penghargaan yang ku ingin tujukan buat kamu semua. tahukah kamu semua, pada awal dulu aku merasakan jauh dan tidak pernah hampir dan dekat dengan kamu. barangkali aku khayal dihanyut teman yang melemaskan aku dalam lautan persahabatan yang penuh pengkhianatan. aku tidak sedar kehadiran kamu yang sebenarnya selalu berada di situ dan tidak pernah berganjak. tahukah kamu semua yang di saat bahu ku ini lenguh mengeluh kepenatan, kamu semua tumbuh serta merta ibarat pohon yang rendang membenarkan aku bersandar teduh dan tenang. tahukah kamu semua juga ibarat selimut yang memanaskan diri ku di saat belakang ku mengerang diserang sejuk kekejangan.

aku percaya ini bukan akhirnya, dan aku percaya perpisahan ini hanyalah permulaan untuk kita memulakan hidup baru dalam dunia yang lebih bererti dalam menilai sebuah persahabatan antara kita semua. aku juga percaya yang perpisahan ini akan lebih menguatkan setiap satu dari kita dalam meneruskan perjuangan sebagai khalifah di muka bumi. dan aku juga percaya, apa jua yang aku lakukan selepas ini, pasti akan mengimbau setiap satu kenangan dan peristiwa yang mengingatkan aku pada kamu semua. kerana percayalah, pernah atau tidak aku katakan, yang kamu semua adalah diriku, ada dalam diriku, bersama dalam hatiku, yang akan ku bawa dalam mencapai kejayaan menjadi anak seni yang berjaya.

sayang kamu semua...pa115@ct112

1 bintang:

Zumar Mariah said...

sesuatu yg indah~
& terindah...
=)