Photobucket

Wednesday, December 24, 2008

Lakonan Mantap

Tontonilah drama GERHANA DIHATI SARA di TV1 setiap hari Selasa sehingga Sabtu. Rasai jalan cerita tersebut. Jangan cuba untuk menilai bagaimana pelakon tersebut membawa watak yang dilakonkan.
Rosyam Nor VS Fauziah Latiff
Sekali lagi saya nyatakan, jangan cuba untuk berfikir apabila menonton cerita ini. Ikuti sahaja.... Nanti saya akan postkan di lain waktu dan masa mengapa saya bandingkan antara Rosyam Nor dan Fauziah Latiff.

Filem HISTERIA -------> Histeria ker...???

Halu... ni 1st time i menulis/komen/bagi pendapat kat blog ni. ni adalah hasil usaha rakan2 dalam membuahkan pendapat utk kita berkongsi bersama. dah lama pengasasnya menyuruh saya memberi komen tapi tak tahu lah nak komen pasal apa.
bab pasal term filem ni mmg saya tak berapa arif. nak komen sangat pun saya tak berani sangat sebab saya bukan org filem. saya lebih kepada teater. saya tak tahulah kalau kedua2nya mempunyai persamaan. sedikit sebanyak tu adalah persamaannya namun apabila berbicara mengenai kritikan mengenai sesuatu filem saya harus berhati2 untuk memberi kritikan. saya tidak mahu hentam kromo kerana saya tahu batas2nya.
SAYA TIDAK MAHU MENJADI SEPERTI JURI JEMPUTAN SEPERTI DALAM PROGRAM REALITI TV DI MALAYSIA YANG SUKA HATI KOMEN TAPI OTAK KOSONG!!!
ok, cerita mengenai filem Histeria ni, sebagai penonton saya berpuas hati dengan jalan ceritanya tetapi ianya belum mampu untuk saya rasa gelisah setiap masa dan waktu. namun adakalanya shoot agak mendebarkan. pengolahan cerita tersebut seolah-olah seperti filem2 seram korea. hakikatnya memang betol pun berdasarkan the making of histeria yang selalu diulang tayangkan kat astro.
mengenai ekspresi lakonan pelakon agak hambar dan mengecewakan. namun kegahan cerita disebabkan oleh pengolahan/shoot cerita tersebut diambil. ini lah yang menyebabkan cerita tersebut dirasai apabila ditonton. namun apabila menyentuh mengenai dari aspek lakonan ianya amat mengecewakan.
apabila lakonan di pentas teater, setiap pergerakkan tidak kiralah secara fizikal ataupun emosi semuanya harus diperbesarkan namun di dalam filem adalah sebaliknya. kekecewaan amat jelas dirasai kita sebagai penonton apabila tahap permainan lakonan pelakon tidak sama dengan apa yang dirasai. kekalutan, ketakutan, keresahan seolah2 perkara yang terjadi hanyalah satu perkara yang kecil sahaja.
apa tindakan dan reaksi kita apabila suatu kejadian bunuh berlaku dalam 1st time dalam hidup kita? bagaimana sistem biologi kita akan beroperasi. ni tidak, pelakon seolah2 biasa dengan kejadian bunuh. menjerit, muntah, lari untuk selamatkan diri................plssssssssss lah pengiat seni tak kiralah siapa tapi kat sini saya nak tuju kepada mengenai juru make up. plzzzzzz ambik perhatiam. muka pelakon tak pucat langsung malah muka pelakon bersih seperti baru lepas pakai pelembab muka. baju pelakon tak payah cerita lah.... kemas gitu katanya. apa yang dapat diperhatikan dengan jelass adalah mereka amat menitik beratkan rupa hantu jembalang tu. yang hairannya muka pelakon Kaza selaku tukang kebun sentiasa kotor 24 jam. hai tukang kebun tu tak pernah nak basuh muka ker. tak kira siang malam, muka tukang kebun mesti kotor. ni nak tunjuk bahawa karektor sebagai tukang kebun harus berkeadaan selekeh. aduh.....hancur yang amat ketara.
konklusinya pelakon2 ini hanya dikategorikan sebagai amateurish overacting iaitu suatu lakonan yang hanya diekpresikan hanya untuk menunjuk berdasarkan fizikal dan bukannya berdasarkan secara lahiriah. untuk dikategorikan sebagai pelakon berdasarkan konsep living the part amat jauh sekali. walau bagaimanapun saya tetap ingin mengucapkan syabas kepada semua pelakon kerana usaha mereka. untuk mencapai sebagai pelakon kategori A+ bukannya senang. dalam 1000 hanya 1 yang boleh mencapai. malah pelakon yang hebat seperti rosyam nor, zamarul hisham, fauziah nawi, jalaluddin hassan n banyak lagi belum mampu untuk mencapai sebagai kategori yang dimaksudkan.
bukan senang untuk menjadi seorang pelakon. kita hanya mampu untuk membawa/menunjukkan watak yang di bawa. namun hakikatnya LU...PIKIRLAH SENDIRI....

Monday, December 22, 2008

The Pianist.


"If you prick us, do we not bleed? If you tickle us, do we not laugh? If you poison us, do we not die? If you wrong us, do we not revenge?" (William Shakespeare, The Merchant of Venice)


Filem Roman Polanski ini meletakkan Wladyslaw Szpilman sebagai watak utama. Seorang Yahudi. Perang Dunia Kedua antara Poland dan Jerman memisahkan Wladyslaw atau Wladek dengan keluarganya. Ah. Sinopsis.

Wladek seorang pemain piano. Dan dia pemain piano cuma. Tak lain. Tak reti berjuang, tak reti bersuara. Hanya pemain piano. Patut ke dia diangkat sebagai hero jalan cerita ini?

Ah, kalau aku sokong dia pun, bukan bermakna aku sokong agama Yahudi. Cuma dia penggerak cerita. Jadi dia dilihatkan sebagai seorang innocent. Orang Yahudi memang ditindas dalam filem ini. Yang menindasnya, tentera Nazi. Lebih kejam dari Bush. Atau sekejam Bush?

Oleh kerana cerita ini berkisar sejarah, jadi aku tak komplen apa apa tentang plot cerita. Cuma perwatakan Wladek yang dibawa oleh Adrien Brody ni. Kenapa dia sedikitpun tak pernah nak melawan tentera tentera Nazi yang senang sewenang wenang menembak kepala kawannya sendiri tanpa alasan?

The best part is, disebabkan Wladek seorang pianist, maka dia dihormati dan disanjungi. Ada beberapa orang yang menolong dia termasuklah seorang kapten dari tentera Nazi sendiri.

Ya…Wladyslaw yang lagenda bukan survive kerana berjuang! Dia survive kerana dibantu oleh tentera kejam Nazi, hanya kerana dia pandai bermain piano.

Aku betul tertarik dengan dialog di pengakhiran cerita, bila tentera Nazi dah kalah dan tentera Poland pula berkuasa. Wladek memakai kot milik kapten Nazi yang membantu dia, dan tentera Poland keliru, ingat kan dia pegawai Jerman.
Bila dia dah dikenalpasti, tentera Poland tu cakap:
“Why the fucking coat?”
Wladek menjawab;
“I’m cold.”

Aku meletakkan diri aku di tempat Wladek ketika tentera Nazi kalah. Dia mencari cari kapten yang membantunya dulu, tapi dalam masa yang sama, dia akan dikecam bangsa sendiri jika dia membantu kapten itu.

Tapi nasib baikla kapten tu tak dapat di kesan.

Aku benci cerita sejarah terutama berunsur peperangan. Tapi Roman Polanski berjaya buatkan aku duduk di atas kerusi, tak berganjak dan sakit hati dengan tentera Nazi! Haha.

Untuk Adrien Brody, A++++++!!

p/s: Muzik boleh tundukkan manusia, kan?

Tuesday, December 16, 2008

Los dan Faun ~ aku ketawa mengekek-ngekek!

Walaupun tajuknya seolah-olah buddy movie 2 orang protagonist iaitu Los dan Faun tapi aku melihat filem ini sebagai ensemble comedy dimana kesemua watak sama penting untuk bercerita. Kekuatan filem komedi sebegini sangat bergantung kepada kemampuan menceritakan perbedaan perspektif, respons, aksi/reaksi oleh kesemua watak dalam kepompong dunia naratif Los dan Faun yang khusus dalam filem ini sahaja. Maksud aku, setting filem ini sememangnya sengaja berlebih-lebihan, dilebih-lebihkan, terlebih-lebihan, melebih-lebihan.. dan itulah KELEBIHAN filem ini! Misalnya ada babak dibikin bermula dengan lawak (dialog/aksi) yang kecil oleh seorang watak lalu disambung oleh watak seterusnya dan ditumbesarkan lagi oleh watak lain serta yang lain-lain berantaian sehingga sebesar-besar jenaka yang out of the box! Malahan ia diekori lagi oleh suara-suara offscreen sebelum babak berakhir! (watak Amran oleh Khir Rahman banyak melakukannya dengan kena) Kerana itulah mungkin penonton mulanya hanya tersenyum simpul kemudian ketawa kecil dan diakhiri dengan gelak terbahak-bahak non-stop! Los dan Faun berhasil menimbulkan reaksi itu berkali-kali dan berulang-ulang di sepanjang naratif filem ini seperti snowball-effect.

Kekuatan utama filem ini ialah cliffhanger naratifnya dan unpredictable dialogues dari setiap watak. Khalayak menunggu apa yang akan terjadi seterusnya dan apa dialog yang akan terpacul dari mulut watak dalam setiap babak. Walaupun diakui bahawa cerita ala penyiasatan sebegini akan memerlukan banyak exposition dan clue untuk diceritakan bagi melengkapkan cerita, namun ia terasa mudah diikuti kerana setiap info dijalin dalam bentuk visual penemuan ala CSi yang teliti dan sesi Q&A sesama watak-watak secara sambil lewa. Penonton bergerak bersama dengan Los dan Faun untuk mencari siapakah pencuri jam tangan Soffarudin Al Sogood?

Kepandaian pengarahan Afdlin Shauki dan ke-witty-an setiap pelakon berjaya memudahkan penceritaan yang kompleks meskipun ada ketikanya exposition yang disyarahkan oleh watak-watak terlalu banyak. Misalnya babak terakhir filem ini semasa helikopter mendarat dan polis tiba, watak Soffarudin dan Faun menghuraikan tanpa henti itu dan ini tentang jawapan sebenar kepada semua misteri dilatari oleh bunyi helikopter yang bingit. Pada aku, ia disengajakan kerana info itu terlalu banyak bla bla bla tapi terasa pendek dan cepat kerana gesaan dari bunyi enjin helikopter itu sendiri. Kamu perasan tak situasi itu juga 'memaksa' watak-watak bercakap laju dan kuat-kuat kerana isinya panjang dan banyak! Ia macam sesi taklimat ringkas tapi padat yang hanya perlu dicerap kata-kata kunci jawapan who, what, where, why, how? secepat-cepat mungkin. Bagus!

Filem ini juga berani berjenaka secara exaggerate, farce, slapstick dan menyelitkan sexual innuendo tapi masih berkias cara Melayu serta 'bersih' untuk orang yang tidak faham apa jenakanya. Mungkin kerana itulah ada ketikanya penonton yang naif tidak ketawa tapi aku layannn!.. hahaha!

Sejujurnya, aku sudah lama betul tak merasa ketawa mengekek-ngekek dalam pawagam menonton sebuah filem komedi Melayu (baca: Senario aku ketawa juga tapi cuma sekerat jalan!) Jadi bila aku menonton Los dan Faun sampai hentak-hentak kaki dan gelak hingga keluar airmata, maknanya filem ini memang lawak yaa amat! Hebat!

Tahniah bro Afdlin & team Los dan Faun!

Thursday, December 11, 2008

CICAKMAN 2 - PLANET HITAM.

filem ni merupakan sambungan (sequel) dari CICAKMAN yang pertama. mengisahkan tentang superhero yang berhadapan dengan penjahat di sebuah bandar Metrofulus. dalam siri kedua ni, Hairi (Saiful Apek) kini tinggal dengan Iman (Sharifah Amani) yang merupakan adk kepada arwah Danny (Yusry). hairi diganggu oleh kuasa jahat atau mungkin boleh lar kot nak kata"hantu" dari ginger brothers (AC Mizal & Adlin Aman Ramli), Rrama (Tamara) dan jugak Profesor Klon. isu kali ini adalah tentang profesor klon yang mahu menakluki dunia dengan formula air hitam yang menurut propaganda profesor klon air hitam itu berpunca dari rancangan jahat kerajaan metrofulus. cut it short, akhirnya semua musuh-musuh cicakman ni bertembung dalam satu pertempuran yang semestinya berpihak dengan cicakman. hero maa... oh ya, ginger brothers berada di pihak cicakman!

erm, aku tak reti nak kupas setiap konteks dalam cicakman 2-planet hitam neh. jadi, aku memilih untuk bercerita sedikit-sedikit tentang jalan cerita juga mesej, suntingan & watak.

bagi aku, filem ini sebuah filem yang kemas dari segi penyampaiannya. ia mudah difahami jika tak terlepas lima minit pertama! heh.. kisah bermula dengan kisah Bakar (Redzuan Hashim) yang merupakan ahli perniagaan juga kuncu kepada Profesor Klon. dia mengkhianati (if not mistaken) Profesor Klon dan mati dibunuh di tangan Rrama. makanya, dari situ lagi penonton sudah diberitahu bahawa Rrama adalah orang-orang Profsor Klon. kemudian, beralih kepada pengenalan Hairi dengan kehidupan yang barunya dalam sequel kedua. sehingga tamat, perjalanan cerita berlangsung dengan kemas. membuatkan mata, fikiran dan otak berasa senang untuk mennton. bukankah filem itu salah satu hiburan?

untuk bercakap tentang suntingan, mungkin aku bukanlah seorang yang gila-gila punya pakar. aku cuma mendalami ilmu editing ni kurang tiga bulan. walau macam mana pun, rasanya pujian harus diberikan buat Yusry untuk CGI yang menarik walaupun kadang-kadang ada ternampak versi animasi. tapi, itu semua tak menghalang mood untuk terpukau apatah lagi Yusry bijak meletakkan kesan bunyi (sound effect) yang selari dengan aksi yang dipaparkan. daripada tak mencuba dan terus mengkritik, lebih baik menerima apa yang sedia ada. aku rasa tak sia-sia filem ni mengambil masa untuk siap. kiranya,, berbaloi menunggu usaha Yusry.

aku turut senang dengan watak dan karakter dalam cicakman 2 - planet hitam neh. kalau dalam filem laen yang menampilkan Saiful Apek seperti Bujang Senang, Jutawan Fakir (sekadar menyebut beberapa filem), jelas sekali yang terhidang adalah Saiful Apek. tapi, wujud kelainan dalam Cicakman 2- Planet Hitam ni kerana yang anda lihat adalah Hairi si superhero. ternyata Yusry mengambil inisiatif untuk mengurangkan komedi berdasarkan maklum balas daripada cicakman yang sudah. dan, aku suka dengan wujudnya watak ahli perniagaan yang merupakan geng Profesor Klon yang datangnya dari pelbagai bangsa. ada lelaki Amerika, lelaki China, wanita Chia, lelaki Malaysia, lelaki Arab & lelaki Jepun. ideologi dari pengarah untuk mengkritk sesuatu tentang isu antarabangsa. erm... tak mahu cakap tentang Tania. peace! :)

oh ya, aku tertarik dengan satu dua babak yang agak sinis. pertama, babak awal filem ditunjukkan Hairi menanggalkan pakaian di hadapan Iman sedangkan mereka bukan muhrim. malah, Hairi turt menuturkan dialog ini... "ah, takpe. dah biasa". waktu itu, aku sudah mengerut dahi memikirkan keberanian adegan itu diwujudkan. kemudian, penonton dberitahu melalui tongkat yang dipegang oleh Iman. rupa-rupanya Iman adalah seorang gadis buta. tapi, bila difikirkan sedalam-dalamnya itulah kesilapan orang kita. dengan menganggap si gadis buta tidak dapat melihat aurat seorang lelaki yang bukan muhrim, kita dengan mudah menjatuhkan hukum "tak apa". sedangkan, lelaki pasti mempunyai nafsu untuk melakukan sesuatu kepada gadis. kedua, babak pengumuman sejarah oleh Profesor Klon. sinisnya aku rasa babak itu kerana seolah-olah meniru aksi seseorang yang berkecimpung dalam bidang politik di negara kita...

oklah, cukuplah mencoret yang tak seberapa neh. percayalah, aku tak akan rasa malu dengan penayangan CICAKMAN 2 - PLANET HITAM di Brunei, Indonesia & Singapura...

Tuesday, December 9, 2008

berkesankah content filem di Malaysia?

"bolehkah filem kita adakan content yang menitikberatkan permasalahan sex, perkauman, agama, politik haluan kiri atau pro yahudi? jika ya, maka akan berkembang pesatlah filem Melayu dilitar antarabangsa" -Mamat Khalid(Filmmaker)




adakah benar apa yang dikatakan oleh Mamat Khalid. jika benar apakah industri filem kita sudah bersedia?adakah pihak kerajaan dan Finas mahukan perubahan?banyak persoalan yang ditimbul jika isu kemajuan filem Malaysia diutarakan. kenapa ya filem2 Malaysia tidak setanding dengan Hollywood? sebab utama ialah teknologi. kita memang tak mampu. jika itu faktor utama, cuba kita lihat content-content filem Hollywood yang sama dengan filem2 Malaysia seperti content yang sudah klise contohnya cinta, komedi romantis, seram, sejarah, budaya dan lain2. kenapa filem2 ini masih tidak mampu bersaing diperingkat antarabangsa?

teringat kata-kata Yasmin Ahmad ketika dia menghadiri perbincangan mengenai pengantarabangsan filem Malaysia di UiTM. Yasmin mengatakan unsur kemanusiaan adalah yang akan mengantarabangsakan filem kita. lihat sahaja filem2 beliau, sudah antarabangsa. filem2 malaysia tak mampu bersaing kerana masih kekurangan nilai kemanusiaan jika dibandingkan dengan filem2 dari Hollywood. ini benar. contohnya kita ambil filem Hollywood yang mudah iaitu filem Monster In Law (2005) arahan Robert Luketic. ia sebuah filem komedi romantis. sebuah content yang sudah klise di Malaysia. tapi garapan dan nilainya sangat terkesan di dalam jiwa penonton. sangat menghiburkan. unsur dan nilai kemanusiaannya sangat berkesan di dalam jiwa penonton. tetapi jika dibandingkan filem dari Malaysia contohnya filem Duyung, jauh panggang dari api. filem ini juga sebuah komedi romantis tetapi jiwa filem ini tidak sampai. banyak juga nilai kemanusiaan cuba disampaikan, tetapi ia dikaburi dengan komedi yang sangat bodoh. ia harus dipuji kerana mencapai box office. tapi harus ingat bahawasanya rakyat Malaysia menonton filem untuk berhibur bukan untuk fikir panjang. sebab itulah Duyung mampu capai box office. tetapi kualitinya tiada. tidak berguna jika kuantiti ada tetapi kualiti tiada.

agaknya bila ya filem Malaysia akan mampu bersaing?bukan tiada yang mampu tetapi yang mampu itu ibarat si semut berlawan dengan si gajah. sangat kecil nilainya. walauapapun kita harus membantu industri filem kita. hormatilah filem Malaysia walau seburuk mana pun karyanya. ia tetap filem kita. wajah kita.

Saturday, December 6, 2008

Wayang Selamat Pagi Cinta ~ rebiu 2 in 1 (salaam perkenalan)

REBIU 1: Wayang ~ realisme seorang tok dalang?


"The main purpose of the Hikayat Seri Rama is to show the ideals of righteousness, love, loyalty, and selfless devotion." ref: The Ramayana in Southeast Asia


Naratif wayang kulit yang sebenar akan berada di persada budaya warisan bangsa sampai bila-bila pun. Biarkan ia di tempat sewajarnya. Yang ini ialah filem Wayang yang dibayangi sahaja oleh watak-watak asas dari wayang kulit sebagai rangkanya. Jasad naratif filem Wayang masih sebuah ambilan sebahagian cerita masyarakat yang tipikal. Barangkali ia umpama persembahan wayang kulit (bayang dari sekeping kulit mati yang berbentuk sahaja) yang kini diberikan realiti (watak-watak manusia hidup) untuk bercerita sendiri. Kalau wayang kulit ada tok dalang yang menjadi voice-over, filem Wayang pula di-dalangkan oleh Prof Hatta dengan mengarahkan pelakon-pelakon untuk berdialog serta visual pada seluloid. Fungsinya sama cuma dalam panggung komersial yang moden. Modifikasi dan adaptasi sebegitu bagi aku sudah dibuat cara halus serta tidak mendesak untuk mendekati khalayak yang mungkin tidak ambil peduli dengan apa itu wayang kulit. Filem Wayang sudah berjaya timbulkan awareness itu yang sangat bagus nawaitunya. Tahniah!

Oklah. Apa ada pada filem Wayang? Sudah tentulah persembahan wayang kulit. Betul! Ia menyelitkan persembahan itu dari pelbagai sudut di sepanjang filem ini tanpa memaksa kerana ia jadi sebahagian babak dalam cerita penuh filem Wayang. Kisah utama yang diangkat ialah dari sisi point-of-view tok dalang Awang Lah dan sekitarnya. Ia macam sebuah doku-drama di sebalik tabir pembikinan sesebuah persembahan wayang kulit (the making of wayang kulit?) Khalayak diintaikan apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas setiap kali persembahan itu. Kisah ala biografi Awang Lah menceritakan susah-senang beliau, konflik rumahtangga, isu kekeluargaan serta pro-kontra masyarakat sekelilingnya. Dari sekecil-kecil internal dirinya sendiri sehinggalah sebesar-besar external satu kampung! Punca asasnya? Wayang kulit itu sendiri bukan?

Sub-cerita pasangan Awi-Melor ialah Siti Dewi-Seri Rama dalam kehidupan sebenar Awang Lah. Fiksyen yang di-lipurlara-kan olehnya di wayang kulit jadi realisme. Sebagai tok dalang, Awang Lah kena menangani konflik-konflik itu seperti dia menangani (memainkan watak-watak kulit) di atas pentas. Tetapi khalayak memahami serentak dengan Awang Lah bahawa kehidupan sebenar manusia tidak semudah sebuah kisah persembahan wayang kulit yang dikawal oleh seorang tok dalang untuk durasi singkat setiap malam. Filem ini memperlihatkan bahawa kehidupan manusia juga seperti hikayat dalam wayang kulit. Ada watak jahat dan baik. Bila difikirkan semula, memang Hikayat Seri Rama itu sendiri asalnya dari fiksyen rekaan berdasarkan kisah masyarakat sekitar tok dalang yang pertama berkurun yang lalu bukan?

Kesimpulannya, menonton filem WAYANG karya oleh Professor Dr. Hatta Azad Khan seolah-olah menyaksikan sebuah persembahan wayang kulit dengan cerita moden masyarakat di sebuah ceruk kampung yang memerlukan mata zahir untuk berlibur dari tatangan kisah yang tersurat serta mata hati untuk mengupas lapisan-lapisan subtext yang tersirat di layar lebar. Pulangannya kepada khalayak ialah sebuah hiburan ombak pasang-surut emosi suka-duka dan gelak-esak di sepanjang naratif oleh tok dalang Hatta dalam bentuk audio dan visual sebuah filem. Ia ada cerita, ia sarat makna. Terpulanglah kepada penonton untuk menginterpretasikannya dari sudut mana pun, pasti ada puas dan tagih, mesti ada suka dan benci, kerana WAYANG memberikan semuanya.. sebuah cerita kepincangan yang sempurna!

Nah! Kamu mahukan sebuah filem komersial yang bercirikan budaya Malaysia? Ini filemnya! Pergilah menonton selagi ada tayangan!

*ulasan pak Hassan Abd Muthalib pt.1
*ulasan pak Hassan Abd Muthalib pt.2
*iklan sultanmuzaffar
*bincang forum.cari.com.my
*ulasan media cetak sinemamalaysia
*ulasan lidotsavadak [MUST READ]
*website UiTM



REBIU 2: Selamat Pagi Cinta ~ momen-momen panjang?

The most important question we ask when writing a Love Story is: "What's to stop them?" ~ Story by Robert McKee pg.95

Mudah bukan? Campakkan sahaja 'halangan' itu di antara dua orang yang bercinta, maka mungkin akan berhasil sebuah kisah cinta. Betul? 'Halangan' itu boleh siapa atau apa saja yang berada di tengah-tengah. Persoalannya mudah sahaja, samada 'halangan' itu adalah pemisah atau sebaliknya sebagai penemu untuk cinta yang benar-benar sejati kemudiannya? Ia menyoal adakah 'dia' yang menjadi pasangan hidup kita hari ini ialah 'the one' yang sebetul-betulnya untuk kita? Apa akan terjadi seandainya perhubungan itu terputus atau 'dia' mati di tengah perjalanan semasa bersama lalu meninggalkan kita seorang diri? Adakah kita akan mahu terus hidup dengan kenangan silam atau beranjak ke depan untuk mencari penggantinya? Life must go on! Ok! Itu falsafah cinta jiwang yang aku reka dari filem ini. Betul atau tidak.. terpulang kepada kamu untuk menilainya selepas tamat menonton filemnya (kalau mahu) dan setelah habis membaca ulasan ini!

Ya! Filem Selamat Pagi Cinta mengulangi momen-momen itu sekali lagi! Pertembungan dan terserempak di antara Ilham-Julia dan Azam-Suci dibuat berulang-kali di awal naratif. Dengan insiden apa lagi yang bukan klise mahu kamu tukarkan? Memang itulah lazimnya awalan sebuah kisah cinta yang perlu untuk menjumpakan 2 orang yang asing untuk bercinta bukan? Manisnya! Filem ini rasanya hanya meringkaskan pertemuan itu semudah-mudahnya kerana cerita utama ialah apa yang akan berlaku seterusnya?

Namun begitu, jujur aku nyatakan bahawa menonton babak-babak klise yang terlalu lusuh dan sama seperti filem cinta sebelum ini, awalnya aku muak TETAPI terkejut dengan durasi ambilan kamera yang lama! Berani mati! Dalam hati aku berkata. Keberkesanan babak-babak panjang ini mula terasa dan peliknya aku mahu tunggu! Kenapa? Kerana hebatnya lakonan Que, Amani, Pierre dan Fazura! Seandainya pelakon lain mungkin aku sudah keluar panggung pada 10 minit yang pertama. Inilah kekuatan filem ini iaitu pada pengaksian setiap pelakon 'character actor'.

Naratif asasnya memang mudah namun bila diceritakan secara 'character driven' ia jadi menarik. Aku dah tak peduli dengan muzik latar iaitu kebisingan yang kurang kena dan kedengaran sangat murah. Aku mahu tonton cerita ini bergerak ke depan seterusnya kerana mahu lihat sejauh mana kesemua watak berkembang untuk bercerita walaupun ia kisah cinta yang sangat klise. Babak-babak panjang sebegitu pernah aku tonton dalam filem-filem indie dimana selalunya plot amat berat dan banyak subtext. Tapi ini filem cinta komersial bukan? Yang selalunya suntingan pendek-pendek dari berbagai sudut untuk merangsangkan mood dan memudahkan pelakon untuk melakonkan 'take' adegan yang banyak dialog. Filem ini ada ketikanya pelakon seolah dibiarkan untuk menukar-nukarkan perwatakan mereka dari berbagai ekpresi dalam satu tangkapan kamera yang lama. Wow!

Cerita Ilham-Julia ialah kisah cinta yang matang dan berjodoh di usia yang muda. Tiada babak merisik, bertunang, bernikah dan bersanding diperlukan. Aku faham bahawa ia kisah ala Laila-Majnun yang hampir sempurna tapi Ilham berpenyakit kronik (errr.. aku kurang pasti penyakit apa ntah?.. tapi kalau batuk mesti keluar darah dari mulut?) Konflik 'halangan'nya ialah ajal Ilham. Cerita Azam-Suci pula ialah kisah cinta remaja yang kena pada usianya. Juga aku mengerti bahawa ia umpama Romeo-Juliet yang akan tragik. Konflik 'halangan'nya ialah 'menantu idaman' ibubapa Suci iaitu Yusry.

Oklah ia memang klise! Cuma aku rasakan bahawa lainnya kreatif sedikit apabila Julia akhirnya 'memungkiri' juga janjinya kepada Ilham (in a good way) untuk tidak terus menjadi janda muda. Dia akan menemui cinta sejati yang sebenar-benarnya kemudian hari. (baca: selalunya sampai ke sudah kerana janji 'sehidup-semati' watak yang masih hidup akan berpegang kepada sumpah cinta itu) Begitu juga Suci yang patuh kepada pilihan orang tuanya untuk menerima Yusry sebagai jodoh tanpa melarikan diri untuk mengejar cintanya kepada Azam. (baca: selalunya kisah cinta remaja akan memberontak menentang pilihan keluarga kan?) Mungkin ini yang hendak diangkat dari lakonlayar oleh Pierre Andre dan arahan oleh Norliana Samsudin - klise tapi lain sikit! hahaha..

Dari sudut time-frame pula, filem ini BUKAN bergerak secara selari di antara kedua-dua plotline. Kisah cinta dan perkahwinan Ilham-Julia adalah dalam jangkamasa 2 tahun yang lalu (flashback). Manakala kisah cinta Azam-Suci ialah 2 tahun kemudian (sekarang). Kedua-dua cerita dijalin berselang-seli seolah berlaku serentak di lokasi yang berbeza. (errr.. ala-ala plotline filem Susuk yang mudah anyone?) Maknanya, kalau disusun semula babak-babak secara linear, kisah Ilham-Julia berlaku dahulu diikuti oleh kisah Azam-Suci. Tiada pertembungan di antara kedua-dua pasangan dalam mana-mana babak dari awal sehinggalah ia bertemu pada titik yang sama di akhir cerita dimana Azam-Julia akan diselisihkan dan ditemukan. Ia menjawab soalan-soalan 'afterthought' falsafah cinta di perenggan di atas apabila filem ini tamat.

Saksikanlah filem SELAMAT PAGI CINTA di pawagam SEKARANG selagi ada tayangan!

NOTA: Ini pendapat peribadi pakcik ajer tau!.. kalau ada ahli2 KPB yg tak pueh ati atau nyampah, sila bantai kat kotak komen!.. larrikkk! hahaha.. btw, salaam perkenalan kepada anak2 suma.. next time kalau ada preview pilem, pakcik ajak ahli yg boleh join utk meramaikan majlis.. lalala ;-)

Thursday, December 4, 2008

selamat tidur cinta!

SALAM.

aku tonton wayang lagi!
kali ni aku menonton "SELAMAT PAGI CINTA". salah satu motif, aku mahu lihat hasil karya budak skul..

visual pertama filem, aku dah mula proses otak. mata aku terasa suram melihat opening credit yang tak meriah. font-nya sangat common! tapi, aku kembali positif. mungkin, pengarah yang sedang duduk di sebelah editor mengatakan dia mahu font opening credit yang biasa-biasa aja agar tidak menenggelamkan visual. okay~

usai opening credit, kisah cinta berjmula. pertemuan Ilham & Julia. entah kenapa aku rasa macam kekurangan aje menontonnya. macam tak logik je cerita neh. takkanlah mudah sangat nak cari pasangan dalam berumah tangga. si Julia ni tak selidik ke atau fikir ke tentang peribadi Ilham ni dulu. entah-entah keluarga Ilham ni aneh-aneh ke. lepas tu si Ilham ni pun macam orang tak betul aje. jumpa perempuan berebut buku dengan dia, terus bagi tahu dekat perempuan tu yang perempuan tu jodoh dia. there is no such thing in real life. dan, tak semena-mena aku teringat dengan kata-kata pengarah mudanya yang sangat teruja dan bersemangat ketika menutur kata dalam slot the making of-nya...

"diorang ni couple yang sangat sweet. cara diorang jumpa then macam mana dorang decide untuk kahwin pun sangat sweet lar.."

dan, aku terlena dalam bait-bait tersebut............. hari ini dalam sejarah!

okay. teruskan menonton..

satu yang aku rasa upset sket sebab lagu tema filem neh agak nice (tak pasti pulak ni memang lagu tema sebab cuma digunapakai untuk babak yang berkaitan dengan azam-suci). tapi, lagu yang nice neh tak digunakan sebaiknya. kejap-kejap ada, kejap-kejap takde. bila ada plak, level volume-nya terlalu mendatar. macam tiba-tiba muncul lepas tuh hilang macam tu jek. lebih-lebih lagi bila kisah cinta bertukar dari kisah azam-suci ke julia-ilham. memang lagu tu hilang macam tu aje~

aku tak tahu kat mana yang kurang, tapi yang pasti aku tak rasa cinta tu. mungkin sebab perjalanan ceritanya yang terlalu pantas. perkenalan, percintaan, konflik dan perpisahan yang mengambil masa sekejap-sekejap. malah, durasi filem ni agak pendek. tak sampai pun dua jam... dan, aku mengannggap itu sebagai salah satu faktor kekurangan filem neh...

dan akhirnya SELAMAT PAGI CINTA menjadi SELAMAT TIDUR CINTA di tangan aku..


p/s: yan, ini je yang termampu. untuk memastikan kau tak padam nama aku.



Friday, November 21, 2008

Teka?

nak dijadikan cerita, kerana perangai aku yang teramatlah careless, lalu pada 14hb, aku telah membuat segala persiapan untuk ke exam health n safety, tibe2 aku teringat yang matric card aku tertinggal di rumah...aduiii!!!

tanpa berlengah, lepas aku bersiap2 mandi dan menyarung baju kurung, aku segera menuju ke post guard Puncak Perdana untuk membuat report kehilangan matric card walaupun tak hilang. Tp itu sj cara yang ada sebab masa dah suntuk untuk aku pulang mengambil matric card ketika itu..

Conversation yang berlaku ketika itu

Aku: Pak cik, saya nak buat report hilang matric card.
Guard A: Macammana boleh hilang?Hilang kat mana? (suara Garau)
Aku: Entahlah, tak perasan (Diam lama) Pak cik saya nak buat report, jap lagi nak exam
Guard A: Kejap...kejap (hulurkan kertas)
Aku: Terima kasih (mengisi butir-butir peribadi dan maklumat2 yang dikehendaki)
Guard B: (sedang sibuk membuka bungkusan makanan) anak aku nak masuk uitm
Guard A: Course ape?
Guard B: Hurmm...TEKA
Guard A: Ha? TEKA? ish, tak payahlah kalau course tu. dulu anak buah aku pun nak masuk. tak payahlah. ambikla course lain
Guard B: anak aku nak masuk kemudian tukar course. nak ambil hotel2 ni
Guard A: Kalau nak masuk TEKA tak payahla.

(PERBUALAN MEREKA TERHENTI BILA AKU MENGHULURKAN KERTAS YANG SUDAH SEDIA DIISI SEGALA MAKLUMAT)

Aku: TQ!

wahai pakcik2 guard sekalian, janganlah pandang hina sangat pada stdnt TEKA. Ingat course kami ni course berfoya-foya ke? Ingat kami tak pernah mengalami masalah tak cukup tidur kerana sibuk dengan pelajaran ke? Ingat kami tak pernah menyentuh buku dan kerja kami hanya berlakon dan menari ke?

PAKCIK2 Guard, kami ni sekurang2nya dah ada diploma!

Friday, November 7, 2008

WAYANG - cinta luar biasa??? atau biasa biasa je???

okie, seperti yang di gembar gemburkan, filem WAYANG akan keluar ke panggung pada 13 NOVEMBER 2008. aku berkesempatan tengok, sebab aku dan rakan2 kelas yang lain diminta untuk bersama memberi sokongan untuk tayangan perdana WAYANG. maka, dengan secara tidak sengajanya, aku menonton filem WAYANG, dari awal hinggalah akhirnya. (sehingga ke credit title, sebab nak tengok nama member2)

pengarahnya, skripnya, adalah hasil dekan fakulti teknologi kreatif dan artistik, UITM SHAH ALAM. perlu ke namanya disebut di sini??? tak perlulah. internet ada, dunia dah maju, search lah sendiri. hehehe...

dekan? dr? profesor? emmm...dont judge the book by its cover! entah kenapa bila aku tonton filem itu, aku rasa filem itu seakan tersekat sekat jalan ceritanya. tiada jalan cerita yang berterusan. seperti ditampal-tampal babak2 yang ada. sedang asyik, khusyuk menghayati kisah pada babak ini, tup tap, babak seterusnya entah kisah apa pula. aku guna ayat yang paling mudah. tiada kesinambungan yang menarik! atau tiada kesinambungan yang lancar! atau tiada kesinambungan antara satu sama lain!

ay, berapa banyak kesinambungan dah! ye, memang itu masalah utama aku masa tonton filem WAYANG. bila tengok, rasa tak puas. macam tak cukup je apa yang diberi. barangkali pengarah mahu sampaikan terlalu "banyak", sampai dimampat mampat kan dalam satu filem yang tidaklah mengambil masa terlalu lama. atau ayat familiar yang selalu keluar dari mulut orang, "tak ada budget!"

ada juga yang mengatakan, filem itu lebih baik dan menarik dari filem2 yang diarahkan oleh PM R.Mohdn. ye, aku setuju. mesej nye, nilai artistik nye, segala serba serbi memang lebih baik. tapi, sepanjang menonton filem WAYANG itu, yang membuatkan aku tertarik untuk menonton sampai akhir hanyalah keinginan mahu menonton AWI, watak lakonan ZUL HUZAIMY. dia saja yang berjaya membuatkan aku tak lelap mata, tak rasa macam nak keluar dewan sri budiman tu. lakonan mantap giler!!! tersangatlah layak dia dapat pelakon pembantu lelaki terbaik!

ada satu peristiwa di mana aku dan dua orang sahabat aku sedang berjalan menuju ke tempat letak kerata untuk pulang ke kolej. kami berjalan bersama dengan beberapa orang2 kuat pengarah filem tersebut. kami terdengar, atau tidak sengaja terdengar kenyataan seorang wanita yang mengatakan, "the movie is very great ah. boleh bawa gi luar negara ni"

aku dan rakan2 aku berpandangan. masing2 mempunyai riak wajah yang sama, dan kening mulai terangkat2. dahi dah berkerut.

member A: korang dengar tak apa yang aku dengar?

member B: ei, ada hati nak bawa pergi luar negara? layak ke?

member C (merangkap aku) : isy, boleh je bawa gi luar negara. tapi "bawa" jelah. laku tak laku, itu nasib ah.

aku tidak menggalakkan kepada sesiapa yang membaca entry ini untuk pergi menonton filem WAYANG. bukan aku tak support hasil UITM, tapi kalau rasa nak pergi semata mata mahu berhibur, carilah filem lain. tapi kalau rasa nak pergi untuk tengok zul huzaimy, anda digalakkan. kalau rasa nak pergi untuk tengok bangunan uitm, dan nama fakulti TEKA, pergilah ke panggung 13 nov ni.

Friday, October 31, 2008

eh mana korang~?

mana pegi bebudak KPB ni?
senyap ajer....dah lama tak tgk movie ker~?

Friday, September 26, 2008

ideologi si Mamat Khalid~

pada tanggal 15 September 2008, aku telah ke FINAS dengan mind-setting hanya untuk berbuka puasa. tapi ada pulak tiba-tiba diadakan seminar "MENJEJAK PEMIKIRAN MAMAT KHALID". Aduss~
aku pergi dengan cawan kosong.
panelnya terdiri daripada empat manusia berilmu iaitu, A. Wahab - seorang penulis/pengkritik filem, Dr Zulkifli - seorang lecturer freelancer dlm film studies, En Norman - lecturer bijak kebanggaan kita, dan Mamat Khalid sendiri.
Mungkin korang dah terbaca artikel tentang seminar ni kat surat khabar Harian Metro kut?
Lebih kurang apa yang press cakap dengan apa yang Mamat Khalid cakap cuma mungkin bertapis sikit. Bukanlah Mamat Khalid tu mencarut pun~
Mamat Khalid meletakkan beberapa harapan dia dalam membikin filem. Harapan2 dia ni harap2nya dapat jadi ideologi yang membentuk budaya. ecewahhh~!
1. Filem di Malaysia ni akan jadi satu budaya. Something yang semua orang buat. BUat tu bukanlah maksudnya semua orang keluar shoot, tapi semua orang pergi nonton, dan balik berfikir.
2.Filem hitamputih dari Kala Malam Bulan Mengambang tu di hasilkan untuk merai zaman kegemilangan filem Melayu dulu2. Untuk meminjam sedikit magic dari hasil tangan Run Run Shaw dan P Ramlee. Walaupun zaman dulu tu, hasil hitamputihnya terpaksa sebab tak ada lagi teknologi warna, tapi magic tulah yang Mamat nak pinjam.
3.Filem Lang Buana adalah essence of Mamat Khalid. Kalau nak kenal diri dia, tonton Lang Buana.
4.Bila dia buat filem, harap2nya apa yang penonton dapat adalah sebaliknya daripada apa yang dia nak katakan. Contoh, kalau dalam Man Laksa, endingnya gunakan konsep Mat Jenin, jadi apa yang penonton patut buat lepas tengok cerita tu adalah tanya diri sendiri "What are we gonna do about it?" Maksudnya, janganlah jadi macam Man Laksa tu~!
5.Penonton seharusnya menerima/merespek apa yang pengarah tu buat, dari segi naratif, bukan menghukum pengarah dengan mengatakan cerita tu tak best sebab jalan cerita tak memenuhi kehendak korang. Kalau Mamat letakkan endingnya berangan - adalah sebabnya tu~! Bukan sesaja je (mcm filem Mistik, lalala~) or untuk tunjuk ending yang klise. (mcm Mistik gak)
6.Filem Rock hanya akan difahami oleh orang yang hidup di zaman tu. Kalau Mat2 Kuntum tak faham cerita tu, tolonglah faham yang cerita tu hanya untuk rockers~! Haha~
7.Every parody filem yang Mamat buat, ada sesuatu yang dia nak sampaikan. Each of it. Cont0hnya, dia menggunakan puteri Majapahit sebagai watak Puteri Gunung Ledang sedangkan dalam sejarah, Puteri Gunung Ledang tu orang Johor~ KOrang rasa apa yang dia nak sampaikan kat siniey~?
Bagi panel2 bijak yang lain tu, diorang lebih banyak bidaskan genre2 filem yang MAmat Khalid buat dari segi teori dan pandangan ahli2 buku or ahli2 falsafah. termasuklah En Norman yang kita sayang~

en hassan muthalib~


seorang lecturer di FACT. jelas sekali dia bukan orang baru. disebabkan para pengalamannya yang tersangat-sangat-luas-sehingga-korang-boleh-ternganga-lopong-sambil mengangguk-angguk-hanya-dengan-dengar-dia-mengkritik-filem. bagus jugak FACT jemput dia jadi lecturer, biar minda budak-budak kita terbukak luas sikit. biar mata diorang melihat dengan cara Anuar Nor Arai melihat.


tapi, masing-masing ada opinion masing-masing. bagi Hassan Muthalib, tak ada istilah "filem seni" dan "filem commercial". tapi istilah itulah itulah yang kita makan selama ni kan? Bukannya en Hassan Muthalib seorang yang sempurna dari serba-segi, tapi dia sangat tinggi-berilmu.


aku pun kadang-kadang kerut dahi jugak bila dengar dia interpret sesebuah visual dengan konfidennya. macam tak nak caya~ tapi dia ni pandai dan pakar dan berilmu. tapi macam tak logik pun ada.


tapi apa2 hal pun, kalau korang sambung belajar kat FACT lepas nih, kalau en hassan masih ada, korang akan terbuka minda dalam mengkritik filem.


kalau korang nak search pasal dia~ just type hassan muthalib kat google.com


lalala~

Tuesday, August 26, 2008

wall-E






ehem ehem..






wall-E, satu filem animasi keluaran terbaru Pixar. nak tahu juga apa yang menarik. maka, nak tahu, kenalah pergi tengokkan? jadi aku berjaya jugalah menonton filem ini. aku tak tahu nak review apa sebenarnya ni. tapi, memandangkan, atas permintaan sahabat baik iaitu mrs muse, maka aku rasa aku cuba jugalah wat review. lagipun lama tak menulis dekat sini.






masa permulaan filem ini, aku diselubungi rasa kurang selesa dan sedikit celaru apabila melihat dunia yang dipenuhi dengan sampah. bangunan lebih rendah dari timbunan sampah. dunia tiada manusia. BUMI penuh dengan SAMPAH! isy, takut juga pun ada. rasa rimas tengok keadaan dan suasana ini. kemudian paparan watak Wall E yang rutin hariannya adalah "mengotakkan" sampah sampah yang ada. (perhatian: jangan guna perkataan tu). karakternya ditunjukkan mempunyai tempat tinggal sendiri, mengumpul barang2 yang menarik perhatiannya, menonton video, merakam emosi yang dimahu, tidur, bangun, charge tenaga guna tenaga solar, sambung buat kerja balik. begitulah seterusnya. namun begitu, apabila cerita ini berjalan dengan kehadiran watak EVE yang akhirnya membawa Wall-E ke satu kapal angkasa yang menempatkan sejumlah bilangan manusia yang malas, malas, malas, malas, malas dan malas, maka barulah kurang rasa kurang senang tadi.






apa yang aku mahu katakan mengenai filem ini, aku tertarik dengan konsep "patah balik" yang dilakukan. bagaimana manusia yang telah pun maju, mempunyai teknologi melampaui batas sampai mereka tidak perlu lagi berdiri melakukan sebarang kerja, akhirnya kembali ke dunia untuk menyuburkan kembali tanaman, majukan kembali, = peradaban baru!






dunia moden kembali menjadi tamadun mesopotamia. alangkah indahnya falsafah itu! sebagai manusia, aku terasa sangat "sentap" apabila melihat watak Wall- E dan EVE yang bersungguh-sungguh mahukan semua kembali ke bumi. mereka hanyalah robot. mereka sepatutnya ciptaan manusia. manusia yang sepatutnya ada perasaan. tapi manusia yang duduk diam, makan, tidur, duduk, makan tidur, dan berjuang di saat-saat akhir. barangkali itulah yang terjadi masa kini. manusia tidak lagi menjaga bumi dalam erti kata lain hanya tahu berseronok dan mencari kesenangan. akhirnya, sampah juga yang tinggal dekat bumi. manusia entah ke mana. aduh!






aku juga suka isu "kepentingan alam sekitar" yang dipaparkan dalam filem ini. dipaparkan bahawa manusia terpaksa duduk di dalam kapal angkasa untuk menunggu bumi dibersihkan dari segala sampah. mereka hanya boleh pulang ke bumi setelah robot seperti EVE menjumpai unsur yang hidup iaitu "tumbuhan". tumbuhan inilah yang akan mengaktifkan kapal angkasa tersebut untuk kembali ke bumi. ye, pencemaran alam akan merosakkan bumi. kalau kita ni memang hebat, memang kreatif, boleh cipta kapal angkasa macam tu, memanglah hidup kita senang. tapi kalau benar terjadi macam tu, mana manusia nak pergi? betul ke akan ada kapal angkasa yang akan bawa kita tinggal dekat ruang angkasa??? isy..takut lak bila fikir...






itu je aku nak cakap. la la la la...tapi aku suka watak Wall-E. cute, adorable, very loving, wah......aku jatuh cinta sama robot pula. bayangkan bagaimana mrs muse boleh menggambarkan WALL-E adalah SHIA labeouf. ah, senang cerita, tak rugilah tengok wall-e. memang best. yebedabedu!!!

Saturday, August 23, 2008

Susuk by Naeim Ghalili and Amir Muhammad



Susuk represents sesuatu yang syirik, kepercayaan orang Melayu biasanya untuk jadikan diri sendiri cantik or digilai. dalam filem Susuk pulak, Naeim & Amir letakkan satu fine line di antara pemakai susuk dan orang biasa. dengan meletakkan satu clear statement yang disebut oleh pelakon Aleeza Kassim sebagai Rozana dalam filem tu, iaitu "Susuk membezakan antara selebriti dan orang biasa." something like that la maksud dialognya.




maksudnya, if you want to be somebody, you have to wear susuk. dunia realiti selebriti. yang selama ni dinafi-nafikan, dirahsia-rahsiakan, sekarang ditayang terang-terang oleh Naeim dan Amir. betul atau tidak tu, terpulang kepada siapa yang nak percaya.




tapi watak Diana Rafar, iaitu Soraya, percaya. dan yang ajaibnya, dia tak rasa geli or takut pun dekat benda syirik tu. malahan ada keinginan untuk mencuba. mula-mula aku tengok reaksi dia masa dia baru dengar tentang susuk, dia tak ada satu reaksi takut pun. aku ingatkan dia ni tak ada didikan agama or might be somebody yang really jahil. tapi dia ada emak di kampung yang beristighfar bila dengar tentang susuk. dia ada kakak yang kena abused by husband sendiri. oh then i noticed. emak dan kakaknya tu macam tak ada pertalian aje. if perempuan kena abused, mestilah ibu org pertama yang akan protect anak perempuannya tu kan? but dlm family Soraya, it doesn't happen. i wonder why..hmmm...




anyway, back to susuk, cara Naeim dan Amir bercerita very twisted. mereka ni tunjukkan karakter Ida Nerina dan Diana Rafar seolah mereka dua orang yang berbeza. Mula storyline dengan tunjukkan Ida Nerina keluar dari satu gudang kosong dengan terhoyong-hayang dan terjelepuk di atas tanah. didekati oleh Adlin Aman Ramli pulak lepas tu. and then poof, pergi kat Diana Rafar. okey, dua watak yang berbeza.




tapi yang sebenarnya watak yang sama. Ida Nerina is Diana Rafar yang telah mencapai susuk keramat. Susuk Keramat tu susuk yang paling tinggi darjatnya, dan hanya boleh dibuat oleh Dukun Dewangga, bla-bla-blahh.. keperluan karakter Ida Nerina pulak, membunuh untuk makan daging manusia bagi mengubat sumpahan langgar pantang yang dia dah buat.




Cerita ni tak ada satu pun karakter yang bersikap rasional. tak ada satu pun yang bertindak nak baya ayat suci AlQuran ke, or even sembahyang ke. cuma satu watak, iaitu ibu Soraya yang beristighfar, but in the end dia mati jugak. mati sebab apa, aku pun confused.




reaksi teman serumah Soraya bila dapat tau Soraya bercium dalam lif pun macam biasa, macam benda tu dah berlaku banyak kali. Rilek. tak seorang pun yang boleh beranikan diri melempang Soraya tu.




okey. Soraya jahil agama. berkawan pun dengan manusia yang jahil agama. so, nobody could stop her.




scene-scene yang tak berapa diperlukan dalam filem ni pun banyak. antaranya,

-mak cik yang dah mati suruh Soraya nyanyikan satu lagu untuk dia.

-cameo Yasmin Ahmad as jururawat. mungkin bertindak untuk penonton dalam pawagam jerit : "Oh! Yasmin Ahmad lah!!"

-scene bergurau-gurau dalam bilik gunakan bantal berbulu(or might be bahasa filem, Naeim dan Amir nak tunjuk yang scene ayam(bulu) seterusnya ada kena mengena dengan Soraya)

-watak abang ipar Soraya yang abused wife. yang tak ada kena mengena dengan susuk. (mungkin untuk tunjuk betapa miserablenya hidup Soraya, or untuk jadikan watak abang ipar tu sbg penyambung antara Soraya dan Adlin)

-Scene Rozana mandi kolam, yang dengan selamba menayang pakaian mandinya iaitu bra dan seluar dalam shj.


in the end, orang-orang yang Ida Nerina (or Soraya) bunuh untuk memenuhi keperluan dia tu adalah orang-orang yang pernah sakitkan hati dia. tak seorang pun orang awam yang tak bersalah. so.....what's the point of killing? kat situ dah tunjukkan yang Ida Nerina took revenge at the same time dalam keperluan nak makan daging manusia. (but manusia yang pernah sakitkan hati dia.) huh?!


lalala.


p/s: beb~aku punya lesen utk buat silap. so, maafkanlah review yg sangat amatur ni ye.

Wednesday, July 23, 2008

Kebangkitan filem Epik dan Mitos.

Pembikin filem kini semakin ghairah dalam menghasilkan filem-filem berbentuk epik. Apatah lagi sejarah kesusasteraan memungkinkan penghasilan filem bergenre sedemikian, kerana unsur-unsur spektakular yang terkandung di dalamnya.

Namun, perkara yang sebenarnya yang memungkinkan atau faktor utama filem-filem sedemikian dapat dihasilkan dengan lebih mudah adalah disebabkan adanya sokongan teknologi perfileman yang semakin canggih.

Filem seperti ini tidak hanya diterima di China yang mempunyai nilai kebudayaan dan tinggalan sejarah yang tinggi, bahkan mula mendapat sambutan audiens di seluruh dunia. Sebab itulah akhir-akhir ini semakin banyak filem epik dan mitos di hasilkan di Holywood, seperti Forbidden Kingdom, The Mummy: Tom of The Dragon Emperor, Troy, Harry Potter dan Kingdom of Heaven.

Perkembangan dan perluasa pengunaan teknologi Imej Janaan Komputer memungkinkan serta memudahkan lagi filem berbentuk epik dan mitos sebagai trend semasa industri filem mutakhir, yang telah membelanjakan kos yang besar dan produksi yang lebih complicated.

Penghasilan filem epik atau mitos, mementingkan aspek serta melibatkan dua karekteristik yang saling bersangkut paut, iaitu yang mempunyai subjek atau pertalian dengan dunia purba dan bernilai sejarah yang mempunyai nilai. Selain daripada melibatkan kos yang besar.

Nilai spektakular pada filem epik bukan sahaja terletak pada elemen visualnya sahaja tetapi juga pada kosep rekaan bunyi. Atas alasan itu filem epik atau mitos sering mengangkat subjek-subjek yang mempunyai tema perperangan.

Secara am kelebihan yang dapat dilihat filem epik dan mitos kadang kala memberi sumbangan kepada nilai intelektual, ia juga memandatkan serta memudahkan cerita daripada bahan sejarah yang kompleks supaya bersifat antarabangsa dan mudah diikuti oleh khalayak dunia.

Friday, July 18, 2008

Grave of the Fireflies

Grave of the Fireflies yang di arahkan oleh Isao Takahata pada tahun 1988 mengisahkan tentang kehidupan masyarakat Jepun semasa berlakunya Perang Dunia ke-dua.

Filem animasi ini merungkai persoalan mengenai penindasan yang berlaku terhadap masyarakat Jepun, “Ideologi sesebuah filem sebenarnya secara halus dipengaruhi oleh persepsi pengarah tentang persekitaran ataupun sesuatu isu yang ingin dikupas”. Secara amnya, ideologi adalah salah satu cara untuk mendapatkan kuasa (power) dan pengakhiran (ending) yang dikehendaki.

Oleh itu tidak hairanlah filem ini banyak memaparkan simbolik kepada anti-amerika. Bagaimana nilai sebuah negara itu hancur akibat kekecohan yang dilakukan. Contoh pengeboman yang dilakukan Amerika terhadap negara Jepun. Lantas mengangkat nilai rohani dan jasmani dalam masyarakat Jepun, ini dapat dilihat melalui watak Seita dan Setsuko yang cekal menghadapinya.

Amnya dalam sesebuah filem, pengarah akan menonjolkan kekuatan jati diri seorang watak utama. Contoh apa yang telah digarapkan, melalui Grave of the Fireflies oleh Isao beliau meletakkan sifat keperwiraan seorang abang yang cuba melindungi adiknya dari pelbagai ancaman.

Kesimpulannya pengarah telah berjaya mengangkat kekuatan bangsa Jepun di dalam filem ini, walau pada dasarnya Jepun gagal dalam peperangan dunia ke-dua tetapi pengarah berjaya membawa penonton ke sisi yang lain mengenai kekuatan jiwa mereka. Seterusnya meruntuhkan anggapan penonton mengenai kehebatan mereka tentang kejayaan mereka memusnahkan Jepun, khasnya melalui watak Seita dan Setsuko.

Monday, July 14, 2008

5 teori

p/s: sebenarnya entri ni dah lama nak letak kat kpb ni..tapi asyik lupa je...selamat membaca

Ya a au..Hari ni saya mahu katakan pasal 5 teori yang sering aku gunakan untuk menulis satu skrip atau cerita. Selalunya lebih kepada skrip filemlah. Aku perlu bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya skrip ini menjadi sebuah filem (blink blink), maka aku akan berusaha lebih menjadikan skrip itu suatu realiti. Hehe...kira kesimpulannya aku ni suka beranganlah. Adalah seorang “pengarah” sekarang ni yang suka kata “kita kena buat filem yang orang nak tengok” atau “filem komersial” atau pun “orang tengok filem saya, itu bermakna filem saya bagus”. Bla bla bla…ada juga seorang “pengarah” yang satu lagi ni suka cakap macam ni pula, “ini filem saya, idea saya, suka hati sayalah kalau orang tak suka” atau “ada saya kisah apa orang kata pasal filem saya” atau pun “jangan jadi katak bawah tempurung, kita terima ideologi luar, jangan jadi kolot semua pun tak boleh”. Sekali lagi…bla bla bla…pada pandangan aku lah yang tak berapa hebat ni pun, aku rasa pengarah2 ni patutnya pertimbangkan kedua2nya sekali. Kita kena buat filem berdasarkan apa yang orang mahu tonton tapi dengan cara kita yang tersendiri. Kita tak boleh pentingkan diri dan kita juga tidak boleh pentingkan penonton sahaja. Dua2 nya penting. Jadi apa kata kita teruskan dulu dengan 5 teori itu sambil saya kaitkan teori2 itu dengan kenyataan yang baru saja aku nyatakan tadi. Ehem..

1) trailer atau promosi. Kalau tengok trailer filem yang gempak, rasa macam filem tu pun gempak gila. Tak sabar2 nak tengok. Promosi hangat bangat. Sampai keluarlah kenyataan dari surat khabar itu, majalah itu, orang terkenal itu, macam-macam ada. Semua pun serba serbi hebat dan gempak. Tapi terjadilah satu kejadian yang melibatkan aku dan rakan aku pergi menonton sebuah filem Hollywood yang mempunyai trailer yang sangat gempak. Sekali tengok filemnya, rasa macam nak claim balik duit tiket. Bukan sekali terjadi kejadian ni. Dah beberapa kali jadi pun. Bukan filem hollywood sahaja, filem kita pun macam tu gak. Tapi sebenarnya, filem kita jarang mempunyai trailer yang menarik dan gempak. Kenapa tak buat trailer yang bagus? Sekurang2nya, orang akan datang juga tengok filem itu. Ini dahlah filem pun hampeh, trailer pun hampeh, promosi pun hancurs! Jadi???

2) hero dan heroin. Penonton mahu tengok hero dan heroin yang menarik hati mereka. Bukan bermaksud perlu tampan, cantik atau seksi. Blagh tuih! Kalau ada rupa, itu satu aset. Tapi kalau tak boleh berlakon, tak guna juga. penonton bijak. Bukan bodoh. Kau ambil sekadar cantik, pastu tayang situ tayang sini, ingat orang suka ke sebenarnya? Suka buat “rezeki” je bolehlah. Tapi tak bermakna filem kau tu bagus. Ambillah pelakon yang betul2 ada personaliti, dan bukan semata2 rupa. Orang akan suka juga tengok pelakon yang tidaklah begitu tampan atau cantik, tapi ada karisma atau aura tersendiri. Jadi, ambillah pelakon yang buat orang mahu tengok, bukan semata2 buat “sedap” orang.

3) bila dah orang datang nak tengok sebab trailer yang bagus, dan sebab pelakon yang mereka mahu tengok, jadi, pastikan filem anda itu mempunyai jalan cerita yang menarik. Janganlah semata-mata ada jalan cerita, jalan je. Biarlah ada kesinambungan. Biarlah orang datang tengok, dan orang memang nak duduk dekat kerusi sebab nak tahu jalan cerita, bukan sebab rugi beli tiket. Jika cerita anda boleh membuatkan penonton mahu tahu, atau lebih banyak menimbulkan “curiousity” maka itu sudah cukup bagus menandakan filem anda mempunyai jalan cerita yang sangat menarik, sekurang2nya membuat orang tertarik.

4) dalam satu jalan cerita yang menarik, ciptalah karakter yang menarik. Berjaya memikat hati penonton, atau bahasa omputehnya “fall in love”. Hal ini tidak membawa maksud watak itu perlu romantik ke, sweet talker ke, handsome ke, macam2 lah yang positif. Tahukah anda, watak jahat kadang2 lebih menambat hati penonton. aku rasa definisi yang sesuai dengan kenyataan jatuh cinta dengan karakter adalah lebih kepada penonton berjaya memahami atau berasa dekat dengan karakter tersebut. Penonton berjaya meletakkan diri mereka bersama dengan watak2 dalam filem itu. Maka, itu juga membantu penonton memahami apa kehendak karakter tersebut dan jalan cerita akan disampaikan dengan lebih mudah. Tak adalah bila orang keluar dari panggung wayang, pastu tertanya2, “pa dia watak tu nak?”

5) akhir sekali, ideologi! Filem yang kosong, semata2 komersial, atau lawak tiada motif, semua itu tidak memberi makna apa sekali pun. Kita mahu menyampaikan mesej. Kita tidak mahu orang menganggap industri perfileman adalah industri yang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada negara kita. Kalau sekadar membantu dari segi kewangan, itu tidak mampu meyakinkan rakyat negara kita bahawa mesej yang disampaikan melalui filem sebenarnya mempunyai pengaruh yang lebih kuat. Jadi, kepada semua pengarah yang ada, sila ada ideologi. Jangan buat filem yang tidak mempunyai mesej. Sila spesifikkan mesej anda. Apa yang anda mahu sampaikan. Jangan semata2 mahu membawa perubahan, tetapi tidak tahu cara yang betul. Jadi sekali lagi, sila ada ideologi!

Baiklah. Sekian sahaja 5 teori mastikus. Setelah memikirkan 5 teori ini, maka anda bolehlah jadikannya sebagai filem yang bukan sahaja penonton mahu tonton, tapi anda berpuas hati kerana filem ini juga filem yang anda mahu hasilkan. Aku anggap konsep ini sebagai “give and take”…hehe…tolonglah jangan buat filem yang penonton naik jelik tengok atau pun filem yang hanya buat penonton ketawa sahaja. buatlah filem yang penonton boleh “enjoy” tengok, tapi anda masih lagi akan memiliki identiti tersendiri dalam menghasilkan filem anda. ..tamat!

Saturday, June 28, 2008

kekaguman pada psiko ini~


ya, memang la aku ketinggalan zaman. tapi kalau tak kerana Astro, aku still akan jadi orang ketinggalan zaman tu! Anyhow, aku baru tengok citer Perfume: The Story of A Murderer. Dulu ramai orang pernah tanya aku. "Kau pernah tengok Perfume? Cerita tu ada banyak censored." Aku pun jadi tak berminat nak tengok cite camtu sebab, watper kan? kalau nak tengok cite censored baik aku tgk cd blue jer! lalala~
Anyway, cite Perfume dah mengatasi bintang aku pada American Psycho 2. Karakternya tersangat deep. Dan keperluan membunuhnya iaitu untuk mengumpul wangian dari 9 tubuh anak dara tersangatlah sesuai dengan karakter psychonya tu. Cara Ben Whishaw potraykan watak Grenouille sangat berkesan. Arhh...kagumnya aku!! Kenapa dia tak menang award untuk itu??
Citer ni macam kutuk agama Yahudi dan kuasa Pope sikit sebab sumer orang percaya yang bila Pope dah buat jampi2 serapah dan bacaan2nya tu, pembunuh/psikopath ni akan tertangkap. Dengan adanya kewujudan watak seperti Alan Rickman - iaitu satu2nya orang yang bersikap rasional dan tak percayakan kuasa Pope, nampak macam agama tu tak berguna pun sebenarnya. Tambah-tambah orang yang ditangkap menggunakan kuasa Pope tu bukanlah pembunuh sebenar.

Em, aku tulis review ni tanpa rujuk apa-apa sebab terlampau kagum kat watak psiko cite ni. kepada yang dah tengok, korang setuju tak dengan aku? dan kepada yang tak tengok, tengok yer~!

Sunday, June 22, 2008

++retorik++

visual memainkan peranan penting dalam mempengaruhi minda indivdu. peranan otak memproses maklumat yang diterima mendatangkan kesan kepada kehendak seseorang. mata yang elihat, telinga yang mendengar dan maklumat yang diterima membuatkan individu mempunyai keinginan dalam hati...(wah, starting cam wat assignment)...


makanya, promosi sesebuah filem yang extravaganza gedebum mmg mendtgkn kesan khas ke atas dri seseorg. mengambil contoh filem kungfu panda, long khong dan heart(satu masa dulu), buktinya mmg jelas. kungfu panda telah memulakan kempen promosi d kaca tv sejak awal mei sedangkan filem tersebut hanya mula ditayangkan pada permulaan cuti sekolah pada 6 jun. kanak2 yg meenonton iklan di tv akan membuat permintaan sambil merengek2 kecil pd ibu bapa utk pergi menonton filem tersebut. promosi filem long khong jugak sama naek gan kungfu panda. masih ingat dgn promosi filem heart satu masa dulu? anda juga tau macam mana promosi tersebut dijalankan di tv MALAYSA bukan? impaknya adlh pada kutipan flem tersebut di pawagam.


trailer(betul ke spelling neh?) sememangnya memainkan peranan penting. visual pendek berserta dialog tertentu perlu berada pada kelas tersendiri untuk memancing emosi & psikologi penonton utk pergi menonton.


dan sekarang neh, filem sepi sdg mengisi ruang promosi di tv. sy yang menonton tv dua hari sekali ni pon rase x sabar nk tggu 26 jun. secebis yang dipapar namun menjentik hati utk menngetahi kondisi sepenuhnya filem tersebut...



ermmm....ingin sy menyentuh tentang promosi filem SUMOLAH. sangat extravaganza gedebum, tapi dengar cerita kutipan filem tersebut x semegah promosinya. dimana silapnya ya?

Friday, June 6, 2008

malam prom~

beb, aku tgk wayang lagi~! ish..ape nak jadi aku ni!! tapi tu standard la kan, budak filem~! heh.
baru-baru ni aku tengok cerita Prom Night. aku pernah tengok trailernya beberapa kali kat TV dan aku gak pernah tgk behind the scenes kat chanel E!. time tu aku rase macam agak smart la citer ni, sebab temanya iaitu malam prom dah menarik dah. kalau kat Barat prom night kan macam kite nye konvo la..begitu dinanti-nantikan! satu bintang untuk pemilihan tema dan tajuk filem. tahniah!
tapi itu jelah.
yang lain semua hancur. walaupun aku miss 5 minit permulaan filem, (dan aku pernah diberitahu oleh seseorang kalau miss 5 minit benginning filem, macam miss semuanya) tapi aku rasa x ada perbezaan apa-apa pun. pembunuh yang 'psiko' bak kata promonya tu, taklah psiko mane pun. stakat obses dekat satu perempuan je. anyway, maybe tu yg aku miss sbb masuk lmbt kot. tak dpt nk tau kenapa dia obses sgt ngan pompuan nih.
anyway, cara pengolahan unsur suspen filem ni amatlah mengecewakan. bagi aku lah. bagi orang lain aku tak tau. yelah, awal-awal dah tunjuk siapa 'pembunuh misteri' tu. misteri ke hapa mcam tu? boring gila kalau dah tau siapa watak antagonis dalam filem thriller. lainlah kalau dia buat pembunuhan yang ganas + kejam macam The Texas Chainsaw Massacre tu. ini setakat guna pisau rambo aje, baik tak payah.
lagi satu ek, mangsa semua datang dekat dia. dia just duduk satu tempat aje. kan boring camtu? kalau nak bandingkan cerita ni dengan mana-mana filem pembunuh psiko yang obses, aku cadangkan korang cari cerita "American Psycho 2" sebab tu adalah filem pembunuh psiko terbaik pernah aku tengok. jalan cerita yang berteka-teki, berbelit-belit sampailah dah habis, baru aku terlopong dan cakap, "Ohhh....".
walaupun American Psycho pun tunjuk siapa watak antagonis dulu, tapi psikonya psiko betul. dia tak tunggu mangsa datang. tak macam Prom Night, dan semua mangsa yang kena tu tak ada kena mengena pun dengan hidup pembunuh tu. nampak sangat diorang tu dibunuh sebab dah jadi saksi ataupun menghalang jalan je. so apa motif pembunuh tu sebenarnya?
aku bagi satu bintang aje dekat filem Prom Night ni. itu pun sebab tajuk dan posternya boleh tahan. yang lain.....iskh.

Thursday, May 29, 2008

seram berulat~

ey, aku tengok wayang lagi~! apa nak jadi dengan aku ni??
aku tengok cerita seram kali ini. seram yang berulat. Long Khong 2. erm, sekuel satu aku tak tengok. so x boleh nak bandingkan la~
**disebabkan aku ni budak belajar perfileman, maka aku ada rasa macam seorang VVIP bila setiapkali aku ke pawagam. tak taulah kalau korang ade rase macam ni jugak ataupun tak. budak perfileman bila datang pawagam, takkan boleh release tension punya. kita datang ke pawagam untuk menelaah, membaca garis-garis bahasa filem. berfikir dengan mendalam kemudiannya. dan bagi yang dah mahir teknikal, mungkin akan perasan kelemahan-kelemahan yang ada dalam sesebuah filem ni...
**dan oleh kerana aku ni VVIP dalam pawagam, maka aku sangat pantang kalau ada penonton yang menganggu mood aku bila tengah tengok wayang. memanglah orang awam bebas tunjukkan emosi bila tonton wayang, tapi ada seorang perempuan ni, belum pun sampai part seram, dah menjerit-jerit tak tentu hala. buat semua penonton dalam pawagam tu gelakkan dia. lepas tu boleh pulak mencarut-carut bila hantu dah keluar. kan hilang mood tu~? aku harap budak tu akan ambik bidang perfileman supaya dia boleh belajar ADAB DALAM PANGGUNG WAYANG.
ok, back to Long Khong 2. cerita ni, tak berapa nak seram, tapi menggelikan. dan menyakitkan. serupa macam kita tengok Happy Tree Friends la. cuma Happy Tree Friends tu comel. filem-filem seram Thai amat selalu menggunakan elemen sihir, atau black magic atau voodoo. walaupun berkesan, tapi itulah~ lama-lama boring jugak.
seolah-olah negara Thailand ni nak bagi amaran pada negara luar yang sekarang tengah khusyuk mengumpul kuasa - yang mereka ada kuasa black magic sebegitu. jangan rapat~! nanti aku sihirkan kau~! macam tu lah kot. filem Long Khong ni tak begitu dekat dengan aku sebab aku tak pernah tengok sihir yang macam tu. sihir yang sangat kejam. sampai membunuh-bunuh. sampai boleh tukar roh dengan jasad lain. paling kuat pun sihir yang aku pernah tengok, kena rasuk.
tapi over all Long Khong ni boleh dikatakan agak berjaya dari segi art directionnya la. dan juga satu lagi aku respek dengan pembikin filem seram Thai ni. mereka buat research~! kalau luka akibat sihir, mangsa akan mandi dengan air daun-daun tumbuhan dan pokok-pokok. kalau awet mayat, gunakan garam kasar. mungkin mereka benar-benar amalkan benda macam tu~?

Monday, May 26, 2008

encik steven spielberg~

arh~ korang dah tengok filem Indiana Jones IV?
aku tak pernah mengikuti perkembangan filem ni dari sekuel satu tapi sekuel empat ni aku pergi tengok pulak. hmm..

cerita ni tak banyak kelemahan, standard la filem dari steven spielberg tu..
cukup elemennya, pola perkembangan plot jugak sangat kuat. elemen kelakar dalam filem ni jugak tak bodoh dan tak slapstik langsung.

situasi satu: watak Henry Jones Junior the Third lakonan Shia LaBeouf yang boleh lagi mengeluarkan sebilah sikat untuk menyikat rambutnya tatkala banyak mata senapang mengacu pada dia. gila!

situasi dua: pertelingkahan remeh antara exboifren-girlfren depan anak haram mereka bila mereka sedang diculik sambil didengari oleh salah seorang drpd team penculik tu.

dan banyak lagilah situasi kelakar yang kena pada tempatnya. perkara-perkara macam ni membuatkan polanya sentiasa naik-turun. tak ada satupun pola yang rata.

tapi, satu jelah kelemahan steven spielberg ni. kalau dia bikin filem, mesti nak kena ada spaceship. mesti nak kena ada alien. mungkinkah itu trademark dia??? lebih kurang razak mohaideen la. kalau bikin filem, mesti nak kena ada elemen hindustan. mungkinkah itu trademark dia??

anyway, filem Indiana Jones IV ni aku bagi 5 bintang sebab tak ada satu pun part di mana aku tersandar mengantuk dalam pawagam tu~!

Wednesday, May 21, 2008

kemana kita~

sepetang bersama seorang lecturer dari jabatan kita. aku mula melihat sesuatu. korang tau x? lecturer pon same gan student... saat kita berjuang mengatakn tntg penulisan & skrin.. begitu jugak dgn lecturer.. mereka mempertikai kewujudan penulisan.. kemana hala tuju bidang pengkhususan ni... actually da lame da aku dgr hal yg satu dr lecturer yg sepetang bersama aku ni. tp aku mcm x concern. tp arini aku rse aku perlu pandang bende tu... kerna ape? kerna aku punya adik2 yang ramai di sana.... junior2 aku....

my dear, most of screen lecturers pandang student penulisan gan pndgn yg rendah beb~

nk kt lecturer sepetang bersama aku tu saje nk create cte atau bikin sensasi, aku menafikan sekerasnye. krn tiap cnth yg die nyatakn mmg ade. satu fakta yg aku bru taw ketika menjalani sepetang tu. pengasas orang aneh itu & juga bilik di tingkat atas(harap korg fhm) juga berpindah jabatan dr skrin ke penulisan.. krn tidak betah dgn prof razak kesayangan zureen...

maka, konflik akan berterusan... mengambil kata2 zureen. cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari~ manakala pihak pengurusan menahan kencing mereka.... setuju?

kita takkan kemana... jika terus begitu... ade sesuatu yg x kena kat sini... seseorg perlu membetulkannya.. yg pasti, org itu bukan kita.. kerna kite cume diploma holder (ambik sebijik!)

++cik mas kahwin 31 mei neh....ermm.. cik mas jabatan ape? ah, aku juga diskriminasi rupanya...


Tuesday, May 13, 2008

aku mau tonton lagi


Aku rindu nak tengok filem Seasons Change. Aku tengok filem ni dekat Mid Valley tahun lepas (2007) dan aku terus jatuh hati pada filem ini (terutama pelakonnya, Chutima Thepanarth). Masa nak pilih kena tengok filem apa, aku macam samar2 tak tahu nak tengok filem apa. Tapi bila terpaksa memilih filem yang akan tamat tayangannya sebelum pukul 5, maka tiket yang ada hanyalah filem ini. Aku sendiri pun tak tahu filem apa tu. Tak tahu langsung filem itu filem Thailand ke, atau filem budak sekolah, atau filem berkenaan cinta “muzik” . Aku ingat filem tu animasi. Mati2 aku ingat cartoon. Tapi bila kieka bagi tiket tu dekat aku, barulah aku tahu rupanya filem tu filem Thai. Aku yang mengangguk setuju aje, dah rasa takut2 kalau filem tu membosankan.
Mula-mula aku tengok pembukaan filem ni, aku dah mula jatuh cinta pada cinematography nya. Cantik, kemas, malah berseni. Apa yang membuatkan aku lebih jatuh cinta ialah hero utamanya iaitu Chutima Thepanarth yang memegang watak sebagai Pom. (muka dia mirip mamat yang aku minat masa sekolah dulu, main drum gak, KEBETULAN???) Sinopsisnya lebih kurang macam nilah, Pom ni merupakan seorang pelajar sekolah biasa yang minat bermain drum dan muzik yang disukainya adalah rock n roll. Pom jatuh cinta pada seorang gadis bernama Dao dan Pom mengetahui yang Dao akan memasuki sebuah sekolah muzik. Pom berusaha untuk masuk ke sekolah muzik itu semata-mata mahu mendekati Dao. Dao pula sememangnya berminat untuk memasuki sekolah muzik dan ingin bermain dalam orkestra. Pom berjaya memasuki sekolah muzik tersebut kerana kepakarannya bermain drum. Pom bersahabat baik dengan Aom, gadis yang berada dalam satu kumpulan orkestra yang sama dengan Dao. Aom mula menyedari yang Pom seperti tidak serius dalam bidang muzik kerana niatnya hanya untuk mendekati Dao sahaja. Pom tidak sedar yang Aom telah jatuh cinta pada dirinya. Akhirnya….tengok sendirilah!
Hehe…alah, ending dia mesti korang dapat agaklah. Happily ever after!!! Walaupun filem ini merupakan filem cinta yang tidak lari dari konsep filem cinta yang lain iaitu “cinta tiga segi”, “cinta sahabat”, “cinta remaja”, dan sebagainya, tapi aku rasa pengolahannya sangat menarik. Setiap babak seperti menyampaikan emosinya tersendiri. Muzik dan melodi dalam filem ini juga kena pada situasi serta perasaan yang ingin disampaikan kepada penonton. Tidaklah seperti beberapa filem yang hanya menggunakan muzik sebagai elemen untuk menunjukkan pelakon boleh menari atau pun pelakon boleh miming dalam filem. Apa kena mengena??? filem ini juga boleh dikategorikan sebagai “romantic comedy”. Elemen komedi dalam filem ini lebih berbentuk comical dan dekat dengan kehidupan seharian kita. Bukan lawak yang mesti ada “trademark”, atau pun lawak yang mesti nak tunjuk orang nampak “bodoh”. Entah kenapa filem ini berjaya membuatkan aku termimpi2 mahu menontonnya lagi. Dah dekat setahun aku tunggu cd or dvd nya keluar, tapi tak juga. filem ini tidak menggunakan teknologi yang canggih atau pun lokasi yang cantik. Barangkali pengarahnya tidak menggunakan alasan “tak ada budget” untuk menghasilkan sebuah filem yang begitu tinggi nilai seninya. Filem ini bersih dari sebarang unsur “comot” (pepatah ANA), jadi filem ini boleh ditonton oleh semua peringkat umur. Kisah cinta yang biasa kita dengar, tetapi pengolahannya sangat simple, tetapi kreatif. Susah nak dapat tengok filem macam ni dekat negara kita. Barangkali cinematography lebih kurang dengan filem SEPET, TENTANG DIA, dan MENGEJAR MATAHARI. Tapi, SEASONS CHANGE mempunyai daya tarikannya tersendiri dalam menyampaikan kisah cinta remaja di sebuah sekolah muzik. AKU MAHU TONTON LAGI!!!!

Saturday, May 10, 2008

THE FILM

ermmm....
bila da duduk umah ni, rancangan di tv adlh salah satu perkara yg sentiasa di-update dlm schedule aku... actually aku x suke tgk tv. krenye bukan hard die fan tv aku neh.... so, aku akn tgk selected cte jek... mcm action muvee, stephen chow or kaum2 csi.... yg laen, x berape nk tgk....

al-kisah ari sabtu jam 12 tgh hari aku on tv & tgk satu cte bollywood otw nk start..bertajuk THE FILM...erm.... aku ade tgk iklan cte neh.. mcm best! maka, aku decide utk menonton...

THE FILM ni mengisahkn tentng 7orang yg dtg ke mumbai untuk cri kerja dgn mempertaruhkn bakat dorg dlm bidng seni. sushmita(menlis skrip), vijay(mengarah), ankita & aditya (pelakon), raman(pengarah muzik), nandhini(menyanyi) & jugak irfan (menulis lirik lagu). demikianlah dorg punye watak & skill yg dorg ade.... namun begitu, sume usaha dorg mcm sia2 sb industri perfileman kat india dlm cte ni sedang dibanjiri isu peras ugut oleh samseng yg dikenali sbg abang shamim....(shamim bhai). dorg almost give-up utk berjuang dgn bidang seni....

maka, sushmita mengambil idea drpd situasi yg berlaku & mengajak rakan2nya memeras ugut menggunakan nma shamim bhai utk mendapatkn wang. pd awalnya, separuh drpd mreka x bersetuju tp akhirnya ersetuju. dipendekkn cte, perkara yg dirancang berlaku & mereka hampir berjaya namun tersangkut krn pihak polis berjaya kesn mereka. sudahlah dorg nk meloloskn dri pihak polis, kemudian kumpulan shamim bhai pon buru dorg tuh. satu demi satu ahli kump tu mati.. dan, akhirnya ketika hanya sushmita & aditya yg masih hidup, aditya terbaca skrip yg ditulis oleh sushmia iaitu tntg kisah benar 7orang yg berjuang. malah, terbongkarlah segala rahsia iaitu sushmita yg merancang setiap pembunuhan yg berlaku ke atas rakan-rakannya.. aku klasifikasikn cte ni sbg suspen thriller dlm seni.... genre plg panjang yg korg pnah jumpe.. yg pasti cte ni ibarat anak halal kat malaysia... anak halal adalah sebuah cte yg menyampaikan satu bentuk kejujuran yg berlaku pd anak bangsa MELAYU di malaysia... walaupun ada org kt(korg taw sape org tu), filem anak halal x patot papar sesuatu yg negatif & ending yg x menyebelahi pihak yg benar, tp ia menyampaikan identiti yg jujur tntg negara kt...

berbalik pd THE FILM, pengarah memaparkn masalah sebenar industri mereka. peras ugut dr samseng memang berlaku dlm industri di India. tetapi, India tetap mampu mengeluarkn hampir 200 filem setahun. industri kita? apa masalah industr kt? gossip sesama artis. artis putus cinta x boleh berlakon bersama. produser saman pelakon.. india juga ada.... tp kuantiti filem terbitan mereka masih mengagumkan... soalan: bagaimana dgn tahap profesional & kuantiti filem yg diterbitkn di malaysia?

filem ni jugak tegar utk mengkritik sistem kerajaan India. tentang industri perfileman yg dipinggirkn & juga polis...erm.... hampir setiap filem mereka mengkritik jabatan polis negara mereka. THE FILM bukanlah filem pertama yg berbuat demikian. hampir semua filem yg melibatkn penjenayah akan mengkritik polis mereka. oh ya, aku nk kritik sket jek la yg aku x suke gan cte neh. watak irfan adlh seorang lelaki muslim. sayangnya, dia mati dibunuh rite after die g smyg jumaat. malah, die adlh org pertama yg mati dlm group neh. dorg mcm nk tunjukkn apa2 hal, org Islam patut dimusnahkn dlu.. aku emosi tul tgk scene neh... pulak tu, irfan tu membayar nazar setelah rancangan peras ugut dorg berjalan lancar.... ciss.....

ermmm..... menonton filem ni mengingatkn aku pd kata2 puan ayu....

"film is not what u see..it is what u dont see...."



Friday, May 9, 2008

ku cari teman2ku...

teman,
kini menghilang dari pandangan mata,
meninggalkan ku sendirian.

andai suati hari nanti,
menyepi tanpa berita,
adalah sesuatu yang paling ku takuti.

ke mana arah akan aku tuju,
mencari jejak Ct112 yang ku rindui,
melangkah tanpa ihsan.

sebak kian bertandang di dada,
risau akan realiti hidup,
akan ada yang menghilang...

teman2 (aku dah tkut nk gna perkataan kawan2)
jadikan kpb ni tmpt pertemuan kita,
jgn sesekali m'hilang tanpa khabar...

Thursday, May 8, 2008

congkak

ari isnin yang lepas aku pergi menonton mubi dengan best fren aku iaitu nasa. we all decide untuk tgk cerite congkak. hurm..sebenarnya aku dh tgk cerita tu sebulan lepas,tpp sbb nasa nak tgk,aku korbankan jugak la..

kali kedua menonton filem tu,bukan lagi terjerit2 dan terkejut mcm 1st time tengok.btw,terkejut pun sbb effects editing jek (wah,semenjak blaja editing).huhu..

kali kedua,aku tergelak2 je tgk cerite tuh..tergelak sbb story line, ketidaklogikan, dan first cerita yang mcm aku rs tak sampai kat aku...

first,keluarga ni nk pergi bercuti. tp mase on d way dalam kereta, wife die (nanu) dah bermimpi yang bukan2.mimpi yang ala2 scary.. jadi sebenarnya keluarga ni dah dipilih oleh ghost untuk menjadi mangsa.hurmm... kre ghost ni memilih secara random ke hape? (subject pn.lina)

lepas tu, mase (riezman) berhenti tanya kat sorang makcik ni kat mana Tasik Putih, then mak cik tu jawab 'anak jalan terus n so on'. so sekali lagi keluarga ni dah dipilih awal2 untuk duduk kat rumah berhantu tu.mcm tu? tak logik btol... padahal keluarga ni tak de kene mengene langsung pun dengan congkak. Lainla kalau riezman ni bukak kilang congkak.

ok,pas tuh, bile dah smp wife die (nanu) mintak kunci, nak bukak rumah, walaupun sebenarnya dieowg dah salah rumah,boleh macth pulak kunci tu..hurm.. n rumah tu kata (m.rajoli) dah bertahun tak de owg duduk, tapi ade pulak electricity, air,..hurmm..mmg tak logik....

n kronologi cerite tu mmg simple la. lebih simple dr karangan aku mase darjah 5 yang bertajuk 'aku sebatang pen'..

kronolgi nye is

begining : satu keluarga pergi bercuti

middle : kene kacau dengan hantu spnjang kat rumah tu

end : balik k.l

tu jek. jd ape mesej yang nak disampaikan... drpd filem tu perubahan apa yang boleh dibuat serba sedikit pada masyarakat specially islam. ade x? macam mana la tak kene kacau dengan hantu, satu family tu tak pernah sembahyang langsung. tu gambaran keluarga islam atau ape? kalau dalam filem barat, selalu je tunjukkan church, rantai salib. tp dlam filem2 kite ade? tak de pun.

nasiblah ada watak m.rajoli yang paparkan ayat2 al-quran, nama allah s.w.t.. ade la jugak dr x de...

lagi satu scene, (nanu) keluar ke kedai nak bli ikan, so mase tgh memilih2 brg2 yg nak dibeli tu, ade la sorang penduduk kampung ni menyapa

penduduk kampung : orang baru ke kat sini?
nanu : ha ah
penduduk kampung : duduk kat mana?
nanu : kat rumah kat sana tu?

lebih kurang la skrip die...

then penduduk kampung tu terus lari tinggalkan nanu, hurm, kalau ye pun pengarah nak bg tau audience yang rumah tu mmg berhantu, bgtau la dengan cara lain. dengan cara penduduk kampung ni lari, terpapar lah 'peel' owang melayu yang mmg pentingkan diri sendiri. nak selamatkan diri sendiri jek..hurmm

kalau audience tu bukan owg melayu,maka die akan gelak2 melihat perangai owg melayu. pttlah tak maju2. pttlah negara yang nampak damai sbenarnya berpecah dek parti2 yang berlainan. melayu dgn melayu pun x boleh nak bersatu hati.. itulah impaknye sebenarnya...

industri perfileman tempatan boleh maju sebenarnya. kalau x sehandal dan x setanding dengan industri barat tp cukuplah jike filem mampu menjadi medium yang dpt menyedarkan orang melayu yang beragama islam ni drpd tak terus khayal dengan hal2 duniawi.. jgn bile dah terhantuk,baru nak tersedar...


Wednesday, May 7, 2008

hurm..
mcm baru semalam aku mencelik mata, memandang semua rakan2 yang berbagai ragam,dengan wajah yang penat,berdiri di kaki lima stadium, menunggu bas dan sambil berebut2 dgn harapan dapat sampai ke puncak dengan selamat dan segera.
itulah saat semua akan merungut. kenapalah kelas kat stadium! kenapalah bas lambat! ala, aku berdiri lagi! eh,hensem la mamat ni. eh cantik la budak ni. huhuhuhu... kerana terlalu keletihan,adakalanyasempat pula melahirkan mimpi di sebuah syurga bergerak..

tapi itulah sesuatu yang akan dirindu-rindukan...yang kadang2 bila terlintas di fikiran, terasa begitu sebak dan sedih. begitu rindu. hari ini aku mencelikkan mata, dan segala-galanya sudah berakhir. pengakhiran satu penderitaan,kebahagian dan erti kasih sayang. 3 tahun itu, aku belajar menghargai,mengenali dan menyanyangi..

ade seseorang di KBP ini yang benar2 membuatkan aku rase ingin dekat dengannya. tetapi itu tidak mungkin berlaku.cukuplah aku nyatakan yang aku mula mengenali dirinya. baru mengenali sedikit tentang dirinya. dia bukanlah seperti yang dipaparkan di luarannya dan dia benar2 menderita di dalam jiwanya. aku doakan kau berjaya.akhirnya terpacul juga doa ini untuk kau walaupun kau tak perlukannya dari aku. aku harap kau tabah..kau terlalu istemewa dan kau mungkin mampu mengubah dunia.itu saja...

kepada yang lain,perselisihan kadangkala menyedarkan kita tentang sesuatu.sememangnya tiada manusia yang mampu lari dari kesilapan tetapi kesilapan itu yang akan mengajar kita erti kematangan dan simpang-simpang kehidupan. jadi,bila kita sudah melakukan kesilapan, belajar dan janganlah mengulanginya. kita tidak mampu memuaskan hati semua,tetapi cukup jika kita cuba menjaga hati semua. semoga anda semua berjaya menempuh bidang anda dan apa jua yang anda lakukan selepas ini. semoga kelak bila bertemu, akan wujudnya wajah-wajah comel seiras kamu,memegang tangan kamu,berada di dukungan atau merengek2 kepada kamu. kalian juga sudah membawa kenderaan yang hampir sama besar dengan fakulti T.E.K.A. wajah2 kalian akan berada di muka depan akhbar-akhbar. dan aku akan tersenyum...

salam sayang....

Monday, May 5, 2008

rilek la~

woa.
rase pelik la pulak. tak bangun awal tergesa-gesa untuk ke kelas pn lina.
tak bole nak pegi dining hanya untuk survey lauk, and then beli jugak makanan kat kedai ibu.

eh knape korang sedih-sedih ni... kan blog ni ada. itu la tujuan blog ni dibuat. untuk menyatukan kita, budak 112. walaupun kita ni tak la sehebat mana dalam production macam budak 111 tu.... tapi kita satu.

ehem. tapi kenapalah dah sampai semester enam baru nak sedar benda tu.

Friday, May 2, 2008

pernah atau tidak???


pernah atau tidak, dalam tempoh lebih kurang 3 tahun ini, aku mengatakan yang aku sayang kamu? pernah atau tidak, dalam masa yang begitu lama, tapi terasa singkat ini, aku meluahkan rasa kasih yang mendalam terhadap kamu? pernah atau tidak, selama kita menghayati setiap saat yang berlalu, aku memberitahu yang kehidupan ku lebih bermakna dengan kehadiran kamu? tahukah kamu itu adalah kamu semua yang bersama-sama dengan ku dalam tempoh lebih kurang 3 tahun ini dalam usaha menggengam segulung diploma?

barangkali aku pernah, dan barangkali aku tidak. biarlah apa pun keberangkaliannya, aku mahu katakan jua penghargaan yang ku ingin tujukan buat kamu semua. tahukah kamu semua, pada awal dulu aku merasakan jauh dan tidak pernah hampir dan dekat dengan kamu. barangkali aku khayal dihanyut teman yang melemaskan aku dalam lautan persahabatan yang penuh pengkhianatan. aku tidak sedar kehadiran kamu yang sebenarnya selalu berada di situ dan tidak pernah berganjak. tahukah kamu semua yang di saat bahu ku ini lenguh mengeluh kepenatan, kamu semua tumbuh serta merta ibarat pohon yang rendang membenarkan aku bersandar teduh dan tenang. tahukah kamu semua juga ibarat selimut yang memanaskan diri ku di saat belakang ku mengerang diserang sejuk kekejangan.

aku percaya ini bukan akhirnya, dan aku percaya perpisahan ini hanyalah permulaan untuk kita memulakan hidup baru dalam dunia yang lebih bererti dalam menilai sebuah persahabatan antara kita semua. aku juga percaya yang perpisahan ini akan lebih menguatkan setiap satu dari kita dalam meneruskan perjuangan sebagai khalifah di muka bumi. dan aku juga percaya, apa jua yang aku lakukan selepas ini, pasti akan mengimbau setiap satu kenangan dan peristiwa yang mengingatkan aku pada kamu semua. kerana percayalah, pernah atau tidak aku katakan, yang kamu semua adalah diriku, ada dalam diriku, bersama dalam hatiku, yang akan ku bawa dalam mencapai kejayaan menjadi anak seni yang berjaya.

sayang kamu semua...pa115@ct112